GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, June 26, 2016

Kilang roti High 5 tutup....Pekerja derita nak menyambut raya....

 Sejumlah pekerja kilang roti High 5 menuntut pampasan yang mereka berhak terima, selepas diberhentikan secara tiba-tiba hanya beberapa minggu menjelang sambutan Hari Raya.

 Kira-kira 30 pekerja dari High 5 Consolidated Berhad berkumpul di luar ibu pejabatnya di Shah Alam pagi ini untuk membantah apa yang mereka dakwa pemberhentian kerja secara tidak adil.

  Wakil pekerja Mohd Rosnizam Abu Said (gambar atas) mendakwa 60 pekerja telah menerima surat dari syarikat itu pada 22 Jun, memaklumkan kepada mereka bahawa syarikat itu akan menghentikan operasi pada 23 Jun.

 Surat tanpa tarikh itu, bagaimanapun, menyatakan ia memberi mereka sebulan notis.

 Ini, dakwa Rosnizam, adalah satu pembohongan.

 "Kami mahu tahu apa yang akan berlaku kepada kami. Bagaimana dengan pampasan kami, hak kami sebagai pekerja?" kata Rosnizam kepada pemberita semasa mengadakan bantahan tersebut.

 Pemberhentian mereka dibuat tanpa dimaklumkan terlebih dahulu, katanya.

 Menurut satu laporan polis yang dibuat oleh salah seorang pekerja, mereka diberikan cek gaji setengah bulan dan juga diberitahu mereka tidak perlu melaporkan diri untuk bekerja mulai 24 Jun dan seterusnya.

 Rosnizam berkata, pekerja Melayu akan menyambut Hari Raya dengan hanya setengah bulan gaji.

 "Ini benar-benar mengecewakan," keluh Rosnizam.

 'Caruman KWSP tak dibayar'

 Mereka juga tidak menerima komisen mereka sejak dua bulan lalu, dakwa Rosnizam.

 Beliau berkata walaupun caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah ditolak daripada gaji mereka, tetapi akaun KWSP mereka merekodkan bayaran tertunggak sejak lapan bulan lalu.

 Beliau kesal tunggakan caruman KWSP mereka telah menyebabkan pekerja menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman bank, kerana bank enggan memberikan sebarang pinjaman kerana rekod pembayaran caruman KWSP.

 Beliau juga mendakwa ini berlaku kepada pekerja High 5 di semua 12 cawangan syarikat itu seluruh negara.

 Terdapat kira-kira seribu pekerja High 5 di seluruh negara, katanya.

 Setiausaha Agung PSM, A Sivarajan berkata beliau telah menerima aduan yang sama dari pekerja High 5 antaranya di Ipoh dan Seremban.

 Sivarajan berkata mereka telah membuat laporan polis dan bercadang untuk membuat laporan kepada Jabatan Buruh pada hari Isnin.

 Beliau menggesa Kementerian Sumber Manusia untuk mengambil tindakan segera bagi pihak pekerja-pekerja berkenaan, sebelum mereka benar-benar dibiarkan oleh syarikat. ~ sumber

Komen al- Husseyn :

    Menurut sumber, roti jenama High 5 ini adalah jenama syarikat Siverbird Group Berhad yang merupakan syarikat pelaburan Tabung Haji (TH),  Felda dan Tan Sri Vincent Tan melalui Berjaya.

 TH membeli RM90 juta saham-saham di dalam Siverbird Group yang kini telah gulung tikar dan mengalami kerugian.

 Pada Februari 2012, Silver Bird, sumber mendedahkan mengenai penemuan RM112million (yang kemudian ternyata menjadi RM297 juta) ketirisan di kewangannya.

 Lembaga pengarah yang diketuai oleh Datuk Gan Khuan Poh, telah menggantung serta merta Pengarah Silver Bird ketika itu urusan kumpulan Datuk Jackson Tan, Pengarah Eksekutif Ching Siew Cheong dan Pengurus Besar akaun dan finance Lai Poh Mei. Silver Bird kemudiannya memfailkan saman sivil RM125 juta terhadap Tan, Ching dan Lai pada bulan Ogos 2012. Sila baca lagi pendedahan di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...