GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, June 08, 2016

Memilih Pas sebagai wakil parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pasti akan menguntungkan BN.

 Dr Abdul Rani Osman tidak sepatutnya menjadi calon Pas di Sungai Besar jika benar dia mahukan perubahan dengan menyokong usaha untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

1) Rani dilaporkan berkata, "PAS mahu menyingkirkan seluruh kerajaan Umno-BN yang diterajui PM Datuk Seri Najib Razak dan diganti dengan kerajaan alternatif yang baru. Menggantikan Najib sahaja tidak akan menyelesaikan masalah," kata Rani.

2) "Jika dipilih sebagai ahli parlimen, saya akan menyokong sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN.

 3) Dr Rani Osman juga menafikan akan wujudnya gabungan antara kedua-dua parti Melayu berkenaan walaupun ada spekulasi mengatakan demikian.

 4) Beliau berkata,  beliau sendiri akan keluar PAS jika parti Islam itu bergabung dengan seterunya, UMNO bagi membentuk kerajaan perpaduan.

  Semua kenyataan Dr Rani diatas itu amat berentangan dengan kenyataan-kenyataan presiden partinya sendiri sebelum ini.

  Kalau Rani mahu membuat perubahan, sila buat perubahan keatas partinya terlebih dahulu. Tukarlah presiden parti kamu itu sendiri terlebih dahulu. 

  Kenapa perlu tukar Hj Hadi? Sebab kenyataan Dr Rani adalah bertentangan dengan kenyataan-kenyataan Hj Hadi yang sebelum ini.

 Wahai Rani, cukuplah bagi kita melihat kepada gelagat ahli parlimen Pas yang sedia ada sekarang ini. Apakah peranan mereka sebagai ahli parlimen ? Suara mereka langsung tidak kedengaran dalam parlimen. Ini disebabkan remote control ada pada Hj Hadi.

  Kalau dalam PRK kali ini rakyat memilih Pas sebagai wakil parlimen Sungai Besar, dan Kuala Kangsar , ini pasti akan menguntungkan BN.

  Rekod ahli-ahli parlimen PAS yang ada kini, tidak begitu baik. Kewibawaan mereka tidak terserlah.

  Ahli parlimen Pas gagal menyuarakan kepentingan rakyat jelata dalam semua bidang, khusus dalam mendengar luahan hati mereka.

  Ahli parlimen PAS tidak menonjolkan kemampuan dan kelebihan dasar PAS, iaitu Islam dalam semua isu seperti isu alam sekitar, pertahanan dan ekonomi.

  Ahli parlimen Pas gagal menjadi watch-man, iaitu mengkritik dan membongkar dasar-dasar kerajaan yang tidak baik, lebih lagi keputusan yang tidak menguntungkan rakyat dan negara.

  Rani juga menafikan wujudnya gabungan antara kedua-dua parti Melayu - Umno dan Pas.  Tolonglah jangan cuba mahu memperbodohkan kami di akar umbi yang nampak jelas kewujudannya ke arah itu.

  Husam Musa telah mendedahkan bahawa Presiden PAS, Hj Hadi ada mencadangkan kerajaan PAS-Umno dibentuk di Selangor dengan 3 Adun PKR menyertai PAS.

  Hj Hadi telah menafikan dakwaan Husam itu lalu mencabar Husam Musa untuk bersumpah bagi membuktikan dakwaannya bahawa wujud usaha penyatuan antara PAS dan juga UMNO.

 Selang beberapa hari kemudian, Husam Musa telah menyatakan kesanggupannya untuk bersumpah talak isteri demi menegakkan dakwaannya berkenaan rundingan antara PAS dan Umno. Husam turut mencabar Hj Hadi Awang melakukan perkara yang sama bagi menafikan pendedahan tersebut.

 Hj Hadi terdiam dan terus berdiam hingga kini. Rani patut tanya kepada presiden partinya,  " Kenapa Tuan Hj Hadi tidak sahut cabaran Husam? Takut kena makan sumpah? "
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Dasar presiden gampang..penakut mcm najis..

Anonymous said...

Aku pergi zoo. Boring betol tengok muka berook tua kat zoo neh....

Anonymous said...

Tak usahlah bersandiwara...tak usah bermain kata kata....mati hidup balik pun pas mustahil boleh tewaskan umno/bn sbb itu dia pilih utk bersekongkol dgn umno...pas sudah hilang arah dan dah mcm ibarat org gila selekeh berdaki terhuyung hayang tepi jalan..
Tiada siapa peduli atau mendekati atau ibarat menjadi ibarat anjing kurap di pekan tinggal.

Anonymous said...

Hadi lebih sayangkan bini dari sayangkan Allah yang telah memberi amanah kepadanya.

Berita dan cerita mengenai cadangan Hadi pas umno berkerjasama pun bukan rahsia. Otak Hadi lemah kerana tidak ada cara lain untuk menafi tuduhan Husam selain dari bersumpah.

Oleh kerana ramai yang sanggup kata bersumpah olok-ollk, itu yang Hadi cabar bersumpah 'kosong'. Tapi bila letak cerai kan isteri itu yang Hadi terus senyap.

Dah menipu dan munafik tahap macam ini pun, orang PAS masih ikut rombongan Hadi di sana nanti.

Boley Jalan said...

Alasan 1.Bukan takut kena sumpah.......takut kena talak bini mude wei! Aku nikoh dia umor 15 tahung......aku maso tu doh 58 taung...kalau talak hok tue dakpe le!
Alasang 2. Kan ulamak dilarang bersumpah dgn nama tuhang dia! Mung nak suruh ulamak wat dose!?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...