PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Sunday, June 26, 2016

NASIB DAP APABILA LAHIR DALAM POLITIK DI MALAYSIA

Pada tahun 1978, bila Kjaan Pas di Kelantan dirampas secara zalim dan tidak demokrasi, sebuah parti yg dikatakan "kafir Harbi" iaitu DAP adalah satu2nya parti yg membela Pas waktu itu. Ini diakui sendiri oleh Hadi Awang, Presiden Pas.

 Begitu juga, sewaktu peristiwa Memali yg mengorbankan Syuhadak Us Ibrahim Libya dan para pengikutnya, di Parlimen waktu itu parti "Kafir Harbi' iaitu DAP ini lantang mendesak kerajaan zalim Umno/Bn untuk melakukan Suruhanjaya Diraja Bebas dan pembentangan kertas putih bagi menyiasat tragedi yg berlaku.

 Apabila wang royalti petroleum dirampas dari Kjaan Tganu sebaik saja Pas mengambil alih kjaan Tganu, sekali lagi lantang DAP parti 'Kafir Harbi" ini mengecam tindakan zalim kerajaan Umno/Bn ke atas Kjaan Tganu di bawah Pas.

Di waktu seorang anak gadis Melayu Islam di bawah umur di Melaka dirogol sehingga melahirkan anak oleh seorang pemimpin politik, bangkit Lim Guan Eng, salah seorang pimpinan DAP "kafir harbi' ini membela nasib anak gadis Melayu Islam tersebut sehinggakan Guan Eng rela dipenjarakan. Sila rujuk beritanya  di sini

 Kita juga masih ingat, seorang gadis Melayu Islam yg berfurdah dibuang kerja kerana enggan menanggalkan furdahnya, bangkit Karpal Singh seorang peguam dan pimpinan utama dari DAP parti 'kafir harbi' ini membela nasib Muslimah tersebut.

 Di Parlimen, suatu ketika, diwaktu kerajaan Umno/Bn ingin mengadakan judi bolasepak Piala Dunia, DAP sebuah parti 'kafir harbi' sebulat suara bangun di Parlimen menentang cadangan kerajaan diwaktu itu.

 Sesungguhnya, DAP memiliki banyak sejarahnya. Pernah digelar pemimpinnya sebagai mengikut cara "Omar Abdul Aziz' sehinggalah pernah digelar juga "kafir harbi". Semua gelaran itu bergantung kpd kepentingan kita untuk menunjukkan DAP itu baik atau buruk. DAP baik ketika mereka menguntungkan kita dan DAP buruk ketika kita tidak beruntung.

 Nasib kamulah DAP ... lahir dalam politik di Malaysia. ~ Wfauzdin Ns
Comments
14 Comments

14 comments :

Anonymous said...

Ramai generasi muda dlm PAS tak ingat kebanyakan peristiwa tersebut. Masa tu depa nangoi nangoi lagi, bersunat pun belum. Bila dah besar, belajar di timur tengah, balik malaysia terus nak tegakkan islam. Terlupa gamaknya, negara kita ni masyarakatnya majmuk.

Anonymous said...

Terserlah pas pon zalim pd Party DAP

Timnajib Jomfikir said...

Siapa tak kenal UMNO? Parti Melayu yang bersifat hasad dengki.

Siapa yang berkawan dengan UMNO memang dia bodohlah.

Anonymous said...

Pernahkah mufti Pahang kritik Najib, walaupun bukti bertimbun ttg salahlaku dia. Pernahkah dia tegur rosmah tak pakai tudung, belum lg cakap pasal beli handbag, naik jet dsb. Itu pun kata dia bukan cakap politik!??

Anonymous said...

PAS dulu zaman takut ALLAH

Tapi zaman sudah berubah

Pemimpin PAS masa kini takut DUIT

Hidup miskin masa tua susah di terima oleh PAS juga pak Mufti semua nya

Dunya tak lari tapi orang orang agama ini gila kejar Dunya

Hanya SYAITAN maha mengetahui

Anonymous said...

kafir ada 2 harbi dan zimni

jgn lupa ulamak pun ada dua. ulamak baik dn ulamak suk

dn rakyat bukan tunggul kayu yg tidak nlh berfikir dan menilai

Anonymous said...

Kita perlu faham 2 perkara, pertama wpun seisi dunia ni amalan baik dilakukan tapi aqidah bathil, maka tak dinilai Allah amalan tersebut, malah bukn shj aqidah, tidak solat pun dah cukup mnghapuskn amalan baik tersebut, kedua wpun beribu tahun beramal tiba2 mnukar pndirian mnentang Islam maka sia2 juga amaln tersebut & kalau ianya mnjadi ancman kpd Islam layaklah ditentang dan dihina. Itulah metamatik Islam yg tak boleh dihitung mngguna logik akal.

Anonymous said...

Pak usin cuba baca kisah Abu Thalib bapa saudara Rasulullah yg majoriti anak2nya sahabat yg membela Islam...Dia lah manusia yg paling hebat mmpertahankan Rasulullah. Tidak ada sekelumit pun kebencian, kemarahan dan penghinaannya kpd Rasulullah, tapi aqidahnya bathil dia tetap tidak diterima Allah...rasanya jasa LGE & DAP tak terbnding pun dgn Abu Thalib ini.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Saya nak respon kpd Anon diatas yang menyebut : beribu tahun beramal tiba2 mnukar pndirian mnentang Islam maka sia2 juga amaln tersebut..

i) Mudah sangat kamu nak menghukum DAP atau orang lain sbagai menentang Islam tanpa memberikan sebarang bukti. Seolah-olahnya negara ini tidak ada undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap mereka yg menentang Islam, agama persekutuan. Saya perturunkan ambilan dari AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 seperti berikut :

Seksyen 7
Menghina, atau menyebabkan dipandang hina, dll. agama Islam
Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang
tampak atau dengan apa-apa cara lain-
(a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina;
(b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang
berhubungan dengan agama Islam; atau
(c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang
yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan yang berhubungan dengan agama
Islam,adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 8
Menghina, atau menyebabkan dipandang hina, dll. agama Islam
1) Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang
tampak atau dengan apa-apa cara lain :-
(a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina;
(b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara
yang berhubungan dengan agama Islam; atau
(c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undangundang
yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan yang
berhubungan dengan agama Islam

Kalau benar ada siapa-siapa yg menentang islam dengan cara menghina atau mempersendakan agama Islam, ianya boleh diambil tidakan seperti di atas.

Ternyata tidak pernah diambil tindakan mengenainya kerana tuduhan2 itu hanyalah tohmahan sahaja keran hanya utk menakut-nakut orang Melayu kepada DAP dan dpt mengekalkan kuasa Umno.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Saya ingin respon kpd Anon yang kata : kisah Abu Thalib bapa saudara Rasulullah yg majoriti anak2nya sahabat yg membela Islam...Dia lah manusia yg paling hebat mmpertahankan Rasulullah. Tidak ada sekelumit pun kebencian, kemarahan dan penghinaannya kpd Rasulullah, tapi aqidahnya bathil dia tetap tidak diterima Allah...rasanya jasa LGE & DAP tak terbnding pun dgn Abu Thalib ini.

Apa kaitannya maka kamu nak bandingkan jasa LGE & DAP dgn Abu Thalib? Sepatutnya apa yang perlu kamu perhatikan dan halusi ialah bahawa Rasulullah SAW tidak penah bencikan Abu Thalib walaupun dia bukan islam, tetapi telah memberikan pelindungan kepadanya. Rasulullah sering berusaha untuk memujuknya supaya menerima islam hingga ke akhir hayatnya, namun gagal.

Kenapa kamu bencikan LGE & DAP? Apakah karektor LGE & DAP boleh disamakan macam Abu Lahab, yg juga bapa saudaranya tetapi ia menentang Islam?

Sedangkan LGE & DAP tidak melakukan kezaliman terhadap penganut islam dibawah kekuasaan mereka di PP. Malah mereka turut mwmbantu membina rumah2 utk rakyat Kelantan kehilangan tempat tinggal akibat banjir yg lepas.

ii) "untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku." (Q.S. Al Kaafiruun: 6)

Islam melarang kita menyakiti hati pemeluk agama lain dengan tindakan-tindakan yang kotor, kasar,zalim, ataupun perbuatan tercela lainnya.

Islam agama yang benar, kewajibaan kita hanyalah menyampaikan,ataupun memanggil manusia kejalan yang benar, bukan dengan paksaan, tapi dengan kerelaan. hanya Allah yg berkuasa utk memberikan hidayah.

Anonymous said...

Jgn bandingkan kebaikan sesorang bukan islam itu pada sisi Allah atau manusia..selagi kebaikannya memunafaat kpd manusia,dia harus dipuji dan bukan dikeji...disisi Allah itu sudah bab lain.

Anonymous said...

Apa yg ngko mghoyan ni usin...sayang beno mike dgn DAP...ikut je la deme tu tak de sape nak heghan...kubo asing2..hehehe..

Anonymous said...

Sebab apa Rasulullah tidak membenci Abu Thalib kerana pamannya itu tidak pernah menentang Baginda malah terus menyokong & memberi perlindungan kerana dia percaya apa yg dibawa Rasulullah itu benar. Tak mcm PANDAP khutbah jumaat pun ndak dilawan, putarbelit cdgn hudud konon hudud pas tanpa ilmu & belum dibahaskn lagi.

Anonymous said...

Buat penyokong pas tegar...tanya mak anda adakah lpas mak bapk buat projek dulu da mandi junub ke belum...bodoh nya nampk sampai kiamat..tiada bhasa baik untuk penyokobg hj hadi kaki temberang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...