Friday, June 24, 2016

Pas berani menyalak sahaja tapi tidak berani nak menerkam!


  Pada 26 Julai 2015, Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din mengingatkan bahawa hubungan PAS dengan PKR terputus sekiranya rakan sekutunya itu menyertai gabungan pembangkang yang baru bersama DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB).

 Menurutnya lagi, kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemgumuman pembentukan muafakat pembangkang yang baru "menggambarkan seolah-olah parti itu ingin memutuskan hubungan dengan PAS", lapor Mingguan Malaysia hari ini. Baca lagi di sini

 Berlandaskan kepada kenyataan Haron Din diatas itulah maka Dewan Muslimat dalam Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-56 di Kota Bharu yg lalu telah meluluskan usul yang dikemukakan perwakilan PAS Kedah supaya PAS mengkaji semula hubungan dengan PKR.

 "Memandangkan sejak kebelakangan ini, Pas dilihat bergerak secara bersendirian dan bersikap berdikari dalam menangani isu-isu politik dan masalah, maka adalah lebih baik dalam pilihan raya akan datang kita bertanding di semua kerusi tanpa bekerjasama dengan parti-parti lain," kata usul tersebut yang tertulis di dalam Buku Usul.

  Usul itu mempunyai kaitan dengan beberapa tindakan yang dibuat oleh PKR termasuk ketika Pilihan Raya Negeri di Sarawak baru-baru ini.  

  Tetapi belum pun Majlis Syura Ulama berbincang dan membuat apa-apa keputusan, tiba-tiba Pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu, parti Islam itu akan meneruskan kerjasama politik bersama PKR seperti yang diputuskan dalam muktamar tahun lalu.   

 Kenyataan Mustafa Ali ini berkemungkinan besar kerana bimbangkan Majlis Syura Ulama akan terpengaruh dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan parti itu akan meneliti usul memutuskan hubungan dengan PKR.

Tetapi yang peliknya, kenapa usul Muslimat itu perlu dibawa untuk dibincangkanlah oleh MSU? Kenapa tidak dibincang dan diputuskan dalam muktamar sebagaimana keputusan meneruskan kerjasama politik bersama PKR yang diputuskan dalam muktamar tahun lalu?

 Muktamar Muslimat PAS Ke-62 mengusulkan supaya Majlis Syura parti itu mengkaji untuk memutuskan hubungan dengan PKR pula.

 Mustafa menghina Dewan Muslimat Pas

 Mustafa nampaknya telah menghina Dewan Muslimat Pas apabila beliau memperlekehkan usul Dewan Muslimat yang dianggap 'kurang pengetahuan' dalam isu tersebut

“Usul Dewan Muslimat itu timbul disebabkan kurangnya ‘pengetahuan’ pihak berkenaan dalam isu tersebut.-," kata Mustafa.

 “Dia (pihak kemuka usul) tak tahu banyak perkara, dia tengok begitu sahaja. Kalau secara keseluruhannya, benda yang positif (bersama PKR) masih banyak.”

 Sepatutnya, Usul Dewan Muslimat itu dibawa untuk dibincang dan dibahaskan dalam muktamar Pas Pusat kerana hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

Merujuk Fasal 7. Perlembagaan PAS 
 Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan 

 (1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

 Melalui perbahasan dan perbincangan secara terbuka oleh para muktamirin, maka kita semua akan dapat menilai sama ada usul tersebut patut diterima atau ditolak oleh muktamar.

 Juga melalui perbincangan dan perbahasan itu juga, maka banyak perkara yang Dewan Muslimat akan pelajari, kalaulah benar dakwaan Mustafa bahawa Muslimat tak tahu banyak perkara.

  Sebenarnya, Pas ni berlagak macam anjing yang menyalak bukit sahaja.... berani menyalak sahaja tapi tidak berani nak menerkam! Tunggu apa tunggu?
Comments
15 Comments

15 comments :

Anonymous said...

Selangor ni lubuk duit buat PIS. Sepatutnya dah lama PIS diterajang keluar. PIS memang takde dana. Derma ceramah..elek. Jualan Harakah...elek. Penyumbang tegar utk PIS juga elek... Sebab tu PIS jadi barua UMNO untuk hentam pembangkang bagi mendapatkan dana aka DEDAK atau menjadi pelacur kelas atasan untuk dilelong seperti kata TITM, sape offer lebih...we follow. Tak usahlah bekerjasama dengan parti lalang mcm ni aka munafik. Langsung takde prinsip. Sekelip mata je boleh berubah pendirian, terutama sekali HADI maksum & Haun Din. Harimau pondan, kuku dah kena cabut..mana berani menyerang. Ngauman je garang. Dah la...pegi main jauh2. Buat bising..je.

Anonymous said...

Sehingga sekarang Haron atau hadi tak berani umumkan semua jawatan yg di pegang oleh Pas dlm kerajaan PKR selangor dilepaskan..cakap je besar..putar2

Anonymous said...

PAS

Orang Bijak dan Waras tengok PAS ini bagai Sampah menanti Alam Flora saja

Tiada Nilai Ekonomi tapi cuba membodoh kan manusia yang tak setuju dengan otak gagal mereka

Kasihan Rakyat Kelantan di bawah PAS masih miskin papa kedana

Syafiq Ridzuan said...

Tuan,

saya perhatikn focus blog lebih terarah pd kritikan pd PAS. Dah kurang hal2 berkaitan busuknya UMNO/BN dihidangkan pada kami rakyat terbanyak. Sekadar pendapat utk tuan renungkn.

otaiblues.blogspot said...

tak payah cakap lagi...putus je hubungan dengan pakatan harapan...terus je sambut tangan umno untuk ug yg di nanti nanti kan...memang itu yg di tunggu tunggu selama ini...
tak perlu nk berlakun bersandiwara politik matang ....

Alhusseyn Alhusseyn said...

Syafiq Ridzuan, kenapa tuan tidak nampak kelakuan Pas yg menyerang Amanah dan Pakatan Harapan?

Umno tidak pula menyerang Amanah..sepatutnya tanyalah kpd Pas, kenapa mereka serang Amanah dan tidak langsung menyerang Umno walaupun ketika PRK SG Besar dan KK?

Lan Jeniang said...

Pas dan Amanah boleh terus berkelahi. Hujah Amanah kuat. Hujah Pas tepat. Amanah ada bukti Pas bagi tongkat pada Ummo. Pas ada bukti Amanah khianat untuk bersatu dalam jemaah. Amanah dipimpin oleh pasukan profesional cintakan Islam dan kedamaian. Pas dipimpin oleh ulamak yang berwibawa. Pergaduhan Pas dan Amanah memuaskan hati kedua-dua pihak yang berseteru.

Persoalannya; Adakah mereka ini benar-benar ahli politik atau masing-masing sudah jadi kumpulan kongsi gelap yang nak tunjuk samseng tahi kucing?

Anonymous said...

Abg mat sabu pi ceramah depan markas pas di kuala kangsar apa crita abg usin kita...sampai pi serang dpn markas ni apa crita ni uiiiiii...kelaku yg x baik ka baik tu abg usin...kelaku yg mcm mana tu abg mat sabu kita tu...kahkahkahkah...jgn x jwb plak komen ni abg usin...cai2 pan lain pon boleh jwb komen ni jgn serah kat abg usin sorang ja nooo kahkahkah...

Alhusseyn Alhusseyn said...

Jangan nak buat fitnah kata Mat Sabu pi serang dpn markas... cer teliti ucapan Mat Sabu ketika itu.... serang atau menerang? Moga kita pakat2 ambil iktibar & munafaat tazkirah Mat Sabu. Jangan ingat Pas sahaja yg boleh bagi tazkirah ...huhuhu!

Anonymous said...

Sama la tu abg usin kita uiiii serang ngan menerang bila pi depan markas org kira provokasi la tu uuiiii....kahkahkah...spin la lg abg usin...kelaku presiden pan tu kahkahkah...ada ka patut pi ceramah cmtu...ada ka org pas buat kelaku mcm tu dpn markas pan...apa la abg usin...kelaku tak baik tu kahkahkah

Alhusseyn Alhusseyn said...

Woit! bukankah dulu korang bukan main minat dengan ceramah Mat Sabu....berduyun-duyun nak gi dengar ceramah dia? Beli keset dia lagi... patutnya berasa untunglah mat Sabu mai bagi tazkirag percuma, dia bukan tadah tabung pun ...percuma pun korang sentap??

otaiblues.blogspot said...

pas pun dari dulu..mulut mcm longkang juga...marahkan umno..
la bi tambah busuk pekong marahkan amanah dap pkr..
di lihat setelah ptesident pakai sama se dondon..semua kesalahan yg dulu umno yg buat telah berpindah ke PH.
dapat dan makan dedak cap agong kot...

Anonymous said...

Kahkahkah abg usin abg usin mmg kelakar ayat abg usin tu...kelaku yg kelakar...kenapa abg usin tak g dengar ceramah hj hadi jugak kalu camtu kahkahkah...dulu bkn abg usin minat dan suka ke ceramah tn guru hj hadi...sekarang hj hadi bg tazkirah percuma jugak kenapa abg usin tak pergi dgr kahkahkah...laim benar kelaku abg usin sekarang kahkahkah

Anonymous said...

Maknanya betoi la mat sabu @ pan pun sama dok serang pas..biasalah time pilhnraya ni mcm berperang masing2 dok serang lwn masing2 lah..pas tentu hantam pan sbb dah jadi musuh cuma tak la sehebat pas pukul umno di tmn bunga raya kk haritu..

Syafiq Ridzuan said...

AGREE TO DISAGREE...merujuk pada jawapan tuan terhadap pendapat saya.

Bagi saya unless untuk mempertahankan diri, direction blog ini patut menjurus pada nilai tambah utk PH. Tak mengapa pendapat saya xpenting pon.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...