GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, June 19, 2016

Pas perlu kembali ke meja rundingan bersama Pakatan Harapan.

  Pengerusi PAS Selangor Datuk Iskandar Samad mengakui parti itu tidak boleh bersendirian dalam PRU 14 nanti.

Katanya, mereka mahu mengembangkan 'blok ketiga pembangkang' yang dibentuknya bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

 “Realitinya di Selangor ini bersendirian tak boleh.

 "Memang kena ada sokongan dengan kawan-kawan lain,” katanya yang juga pengarah pilihan raya PAS Sungai Besar. 

  Iskandar juga berkata PAS mesti bekerjasama dengan kumpulan NGO.

 Komen al-Husseyn : 

  Betul! Betul! Betul! Pas tidak boleh bersendirian. Bukan sahaja di Selangor malah di mana-mana  sekali pun kalau benar-benar jujur mahu mengalahkan Umno BN.


  Tapi bukan dengan cara sebagaimana yang Iskandar cadangkan iaitu mengembangkan 'blok ketiga pembangkang' yang dibentuk bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) atau bekerjasama dengan kumpulan NGO.

  Tibalah masanya Pas muhasabah diri sendiri dan melihat kepada realiti selepas melalui dua ujian di PRN Sarawak dan di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang baru lalu.

 Bahawa pertandingan tiga penjuru dengan jelas menjejaskan peluang pembangkang untuk mengalahkan BN.

   Pas walaupun mendapat sokongan pihak media kerajaan untuk membelasah parti yang baru, Amanah; ternyata Pas hanyalah diperalatkan oleh Umno/BN untuk memecahkan kesatuan pembangkang dalam menghadapi musuh sebenar iaitu Umno/BN.

  Pas memerlukan barisan pemimpin yang benar-benar jujur dan serius jika  mahu menjatuhkan Umno/BN.

   Kesilapan Pas adalah kerana pendirian parti tersebut tidak tentu arah hala tujuannya walaupun sering mendakwa mengamalkan politik matang

    Kenyataan-kenyataan lunak pemimpin-pemimpin Pas terhadap Umno tetapi bersikap yang sebaliknya terhadap parti yang juga mahu menentang Umno adalah bukti ketidak tentuan hala tuju parti itu sendiri.

    Pas perlu menyambut pelawaan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang mahukan Pas kembali ke meja rundingan bersama Pakatan Harapan.

 "Masih ada masa untuk membaiki sesuatu.

 "Kami sentiasa terbuka untuk perbincangan dengan PAS," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Amanah Perak selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan Kuala Kangsar pilihan raya kecil. 
Comments
16 Comments

16 comments :

Anonymous said...

Pimpinan PAS patut insaf dari kekalahan teruk dalam PRK Sungai Besar dan Kuala kangsar!!!
Pemimpin dan para ustaz PAS jangan angkuh lagi!!!
Ahli-ahli PAS pula jangan diperbodohkan oleh ustaz yang jual ayat Quran lagi!!!
Saya tidak kata semua, memang sebahagian agamawan menjual ayat-ayat Al-Quran untuk kesenagan dan kemewahan hidup di dunia !!!

Anonymous said...

Tunggu Moktar senik mati, tunggu Hadi Awang meninggal, tunggu barisan pempin ini semua dah jadi arwah barulah insyallah PAS ini betubah. Kita tunggu juga janji Harun Din, PAS nak tarik diri dari kerajaan Selangor lepas PRK ni..atau ungkapan itu mungkin dimungkiri...

Anonymous said...

Apa gunanya menyesal sekarang apakah PAS tidak sedar atau dilalikan oleh UMNO dengan sokongan RUU hudud Hadi itu ,PAS begitu yakin mendapat sokongan ,telah berbuih mulut membuat teguran tapi dek kerana Hadi Awang dan kuncu-kuncunya begitu angkuh dan sombong dengan akhlak huduh mereka maka inilah hasilnya yang jadi mangsanya ialah pengikut dan penyokong yang terlalu taksub dengan tok lebai yang tidak ada hala tuju.Kita tunggu dan lihat agenda UMNO/BN selanjutnya untuk meruntuhkan PAS khususnya dan pembangkang amnya.

ISMAIL ISHAK said...

Sepatutnya serpihan pas yg patut insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Anonymous said...

Barisan Kepimpinan Hadi wajib diKIOKkan. Baru PAS boleh selesa di meja rundingan.

Anonymous said...

Bukan Pas tak tahu, tapi dah kena jual. Umno memang bijak, ini strategi mereka. Siapa pun boleh dibeli dan diberi sedikit gula gula untuk mengaburi mata ahli.

"Nukilan - Aku Prihatin" said...

PAS ni nama saja parti veteran tapi tak cerdik politik. Jgn ingat bertaraf ustaz / kononnya ulama , anda mahir dan memiliki perwatakan seorang pemimpin politik yg nasionalis. Jadilah spt tgna & ustaz fadhil pemimpin anda yg hebat berpolitik. Jgn hipokrit dgn agama dan mempergunakan agama utk survival sendiri. Dgn kekalahan terbaru ni pun jika masih bersikap ego dan besar kepala ... tak tahu la apa nak kata!

Anonymous said...

Pas kena tukar pemimpin2 jumud

Anonymous said...

Amanah perlu cari formula bagaimana mau tarik undi melayu...undi melayu hanya berlegar dikalangan umno dan pas dan diakui undi cina tidak diperoleh oleh pas dan berlegar dikalangan umno dan amnah...

"Nukilan - Aku Prihatin" said...

Tahniah BN atas kejayaan menang di Sg Besar & KK. Mudahan selepas ini jika ada pilihanraya, menang laa semua walaupun dgn taktik kotor dan dpt memerintah sampai hari kiamat. Jgn pulak lupa dgn kuasa yg ada utk membuli dan menekan kehidupan rakyat. Tak apa... Rakyat Di Malaysia ni kan robot. Senang digula-gulakan dgn brim brom dan brammm. Utk pembangkang, teruskanlah membangkang juga sampai kiamat berkat doa ustaz-ustaz PAS yea. Kan kita nak redha Allah. Rakyat menderita dan kerajaan tibai duit secara boros pun .. Kata P.Ramlee ... Dugaan!! Ahaaa ... Bertelingkahlah lebih dahsyat lagi selepas ini sesama pembangkang yea. Engkau kata aku, aku kata engkau... Eehhhmm politik bodoh !! Perasan diri kuat dan hebat. Jgn sedih bila kalah sebab kita yg pilih utk dikalahkan. Bukan sekali, berkali-kali. Kasihan rakyat marhain yg jujur dan ikhlas ingin melihat pembaharuan melalui Pakatan Pembangkang ... akhirnya mereka kecewa dgn anda sebagai barisan pembangkang terutamanya PAS yg tiada wawasan dan kepimpinan nasional. Sayonara PAS .. Kata mereka yg selama ini mendokong PAS.

Anonymous said...

payah nak ajak bincang dgn pimpinan pas yg bertuhankan ego ni..mana ikhlas nya nak berjuang demi rakyat.demi malaysia.la ni yg dlm pas ni dok nampak jawatan itu ini je..baik dlm amno bn klu nti jd bergabung..atau di selangor..Allah Taala uji dgn jawatan dan wang dan harta sedikit..mula dia tamak n haloba..mula melencung..kata nya orang2 pas neh zuhud..kih kih kih..binawee...

Abdullah Omar said...

Aku sokong Amanah

Norakisma said...

Dah banyak Kali PAS diperkudakan UMNO,tak faham2 ke tok2 guru/Ustaz2 PAS,kalau tak faham, PRK Sg Besar Dan K Kangsar dah fahamkan PAS.tak faham juga??? Patutlah Otak bebal.otak lembu masih Balih makan, otak udang pun bolih makan, kalau otak bebal??????? Tak tahulah, bebal tetap bebal.Maaf tok guru/ustaz tak semuanya bebal tapi kenaler fikiak Dan kompromi Baru sukses.

Anonymous said...

Tunggu zuhdi dan pemimpin paschai gol,baru pas boleh berubah..mcmana nk kasi diorang mati serentak yer..jatuh kapalterbang? Kalau boleh taja pelancungan utk pemimpin2 ni melancung dgn kapal terbang buruk dan dipandu pilot yg tiada pengalaman...ok kot cara ni.

Anonymous said...

Takda makna nk duduk dibawah nakhoda yg gila mereng mabuk ketum...tunggu masa jer kapal tu nk karam.

Anonymous said...

Inilah jadi nya bila pas dipimpin oleh org2 gila iseng.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...