PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, June 16, 2016

Pas - Umno sehati sejiwa menyerang Amanah dan DAP.


  Hj Hadi telah lama memberi perakuan bahawa Umno telah melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza.

   "Satu proses anjakan pradigma kepada Umno!" Pujian setinggi gunung oleh Hj Hadi.

  Bahawa Umno telah banyak berubah menjadi bertambah baik. Umno sudah tidak menganggap PAS sebagai musuh mereka lagi.

  Paling ketara perubahan baik Umno ialah apabila Umno sudah tidak lagi mengutuk PAS sebagaimana lazimnya. Begitu juga Pas sudah tidak mengutuk Umno lagi.

 Umno tidak mengutuk Pas kerana berasa sangat berhutang budi bila mana PAS telah berjaya memporakperandakan Pakatan Rakyat hingga berpecah. 

  Pas pula tidak mengutuk Umno sebab sudah tersedak kerana tertelan dedak yang Umno hulurkan.

  Kalau ada orang-orang Pas yang mahu menafikannya, sila suruh Mursyidul Am Pas dan Hj Hadi sahut cabaran Dato Husam yang berkata :


" Mursyidul am, presiden, dan lain2 beranikah bersumpah atas nama Allah tak pernah terima apa2 habuan dari pihak Umno atau Najib? Ambo berani bersumpah atas nama Allah ambo tak terima satu sen pun." 
  Berani kerana benar, takut kerana salah. Sehingga kini tidak ada dari kalangan pimpinan Pas untuk menyahut cabaran Husam tersebut.

  Umno telah berjaya menyakinkan PAS bahawa DAP itu adalah musuh. Bahawa Amanah itu adalah khadam DAP. Pas akur apa saja yang Umno katakan. Apa yang Umno tuturkan, maka itulah juga yang akan dituturi oleh Pas.

  Maka kini PAS dan Umno masing-masing menganggap DAP dan Amanah adalah musuh utama mereka.... 

   Dulu Umno kata, Pas khadam DAP. Sekarang bila Pas dah berbaik dengan Umno, Pas pula kata, Amanah khadam DAP! 

   Bijak sungguh Umno melatih Pas untuk menuturkan ungkapan tersebut. Maka ungkapan "Amanah khadam DAP" kini menjadi wirid utama Pas, siang malam, pagi petang.

 Pas dan Umno sudah jadi sehati sejiwa untuk menyerang Amanah dan DAP.

  Umno telah memberikan ruang yang seluasnya kepada Pas di muka depan akhbar-akhbar mereka dan juga di berita perdana TV menghentam Amanah dan DAP!    
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Elok la tuuu. Amanat Hadi yg dulu dah terbatal gamaknya. Dosa dosa umno dah terampun kot. Tak sabaq aku nak tunggu Amanat Hadi version 2.0

Hahahaha

Oh! Ya! Satu lagi, apa cerita syuhada memali dan waris waris? Lama tak dengar berita memali sejak pas ada pimpinan baru.

Anonymous said...

Hadi pun sudah jadi perasuah bila terima 2 kereta dan sebuah rumah atas jasabaik anugerah projek...tak heran perasuah berbaik sesama perasuah.

Anonymous said...

Mat sabu kenapa serang markas pas kesalah jalan nak serang umno sampai kat pas

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...