PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Sunday, June 12, 2016

RUU Hadi ciptaan manusia, bukan hukum Tuhan, kata Kit Siang

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menegaskan bahawa Rang Undang-undang (RUU) anggota persendirian mengenai Akta 355 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai rang undang-undang buatan manusia yang cuba diperlihatkan seolah-olah ia adalah daripada Allah Taala.

 "RUU hudud oleh Abdul Hadi adalah dicipta oleh dirinya sendiri, ia bukan undang-undang Tuhan. Ia adalah undang-undang buatan manusia. Itulah sebabnya ia boleh dipinda ," katanya pada sidang akhbar.

 "Malah, Kanun Jenayah Syariah Kelantan II Enakmen 2015 adalah undang-undang PAS. Jika ia adalah undang-undang Allah, maka ia tidak boleh dipinda ," katanya.

 "Oleh itu, saya fikir ada keperluan untuk dibincangkan perkara ini."

 Sambil mengakui adalah sukar untuk orang Islam menentang apa yang dipanggil hukum Allah, beliau berkata, namun, adalah lebih mudah untuk mereka menentang RUU Abdul Hadi itu. ~ sumber
Comments
7 Comments

7 comments :

tanya sama itu hud hud said...

Hadi ah wang(nama baru setelah menjadi pemakan dedak)boleh tipu walaun kampong je la..
Perasan dia dilantik oleh Tuhan la tu nak pinda2 hukum pastu jual nama Tuhan.
Paspispus mampuss

Anonymous said...

Saya rasa admin kena remove berita ni, bg bola tanggung kpd pas utk mnyerang kita. Kena ingat majoriti dlm pan arif tentng hukum Allah ni, susah kami nak bertepis dgn pas nanti.

Anonymous said...

Sekarang saya tak tahu apa pendirian mereka tetapi jika mereka masih fikir mahukan perubahan kerajaan, saya nasihatkan supata tak payahlah balik mengundi.

“Sebab menang atau kalah, kerajaan BN tetap tidak akan berubah malah tida memberi apa-apa kesan pun,” kata Ahmad Maslan

Anonymous said...

Hoi mad maslan. Kalo tiada kesan kenapo bn letak calon?? Bagi pembangkang menang free. Amacam? Mad nk tipu berpadalah. Dulu gst ko kata turun harga barang. Now hujan saja turun. Ko kira nasib baik tidak diberhenti oleh najib. Tengok member ko hasan malek. Pencen menteri. Goyang telor ler. Hihihi

Anonymous said...

Sekarang ini, jika Hj Hadi kata hudud... ikut hukum hudud. Kalau sebat 100 kali sebat lah 100 kali. Tapi kenapa 10 kali atau 20 kali. Kemudian 3 tahun lagi tambah 30 kali. Maknanya kalau boleh di pinda berkali-kali mengikut keadaan maka kemudian-kemudian nanti boleh turun dari 30 ke 20.

Nak ikut hudud, ikut sepenuhnya. Jangan dibaling batu boleh ditukar dengan penjara.....

Wallahualam.

Anonymous said...

Kalau hudud mengapa di tangguh sehingga oktober.
Mana pergi nya kertas pembentangan semasa DUN..
Kalau tambah isi pun tak jauh beza nya...
Apa pembentangan DUN lain ... Parlimen lain ke ?

Anonymous said...

Hahaha...abg usin bang usin....tuan guru lim kit siang telahpun mengeluarkan fatwanya...sebagai ahli fikah tersohor dan ahli dlm bidang hadis maka wajar kita mengkaji fatwa tuan guru lim kit siang tersebut...terbaik abg usin...kelaku yg baik...kelaku yg terbaik wahai abg usin kelaku...kahkahkahkah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...