GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, June 19, 2016

Sahabat-sahabat nabi dibunuh, dicaci....

Siapa yang caci siapa? Hina orang lain sebagai
pencuri, pengacau, melalak Mat Sabun bagai...
Calon PAS Sungai Besar Dr Abdul Rani Osman berkata kemenangan sebenar hanya akan dikecapi di akhirat kelak.

 “Dalam Al-Quran pun diceritakan bagaimana sahabat-sahabat nabi dibunuh, dicaci, tapi mereka menang di akhirat,” katanya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru.

  Kalaulah dia menang, nadanya tentu sekali berlainan bunyinya. Tetapi oleh kerana dah kalah dan tidak tahu menerima asbab sebenar kekalahannya (kekalahan Pas) maka dikaitkanlah dengan akhirat.

   Memang pada awalnya lagi, bila Pas melangkah untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini, mereka seolah-olah menganggap diri mereka sedang berangkat masuk ke medan perang untuk membunuh musuh.

   Lagak angkuh dan lebih perasan ini dapat dilihat ketika penamaan calon di Kuala Kangsar pada 5 Jun lepas.

  Penyokong Pas telah datang menghampiri kawasan AMANAH dan cuba memperovok dengan mengatakan parti itu sebagai pencuri dan pengacau.

 Mereka yang masih tidak tahu menyebut AMANAH, turut mengatakan 'PAN' bertanding dalam PRK ini kerana telah ditaja oleh DAP yang merupakan parti abang long dalam Pakatan Harapan.

   Di Kuala Kangsar, ada pula yang mengejek-ejek dan menghina presiden AMANAH, Mat Sabu dengan laungan 'Mat Sabun!' walaupun Mat Sabu tidak ada dalam perhimpunan penamaan calon di Kuala Kangsar pada masa itu.

   Mereka menganggap seolah-olah mereka adalah angkatan suci perang Badar yang berhadapan dengan angkatan al-Ahzab! Mereka begitu pasti akan menang kerana kata mereka, 'Kami ada Allah!' dan mereka merasakan Allah akan berikan mereka kemenangan di bulan puasa ....

  Bila dah kecundang, begitulah nada mereka. Nada orang yang kalah dan kecewa di dunia untuk menenangkan jiwanya sendiri.

   Tidak mungkin sebagai orang Islam, Dr Rani hanya menyedarinya setelah kalah?

   Buat apalah dia bertanding kalau dia dah tahu kemenangan sebenarnya di akhirat?

  Buat apa dia menyusahkan petugas-petugas parti berkempen berhempas pulas siang malam kalau Dr Rani hanya mahukan kemenangan di akhirat? 

  Bukankah lebih baik bagi para petugas-petugas parti  disuruh melakukan amalan-amalan soleh seperti Qiyamullail di bulan Ramadhan ini? Memperbanyak bacaan Al-Qur'an , memperbanyak dzikir, doa dan istighfar dan sebagainya supaya dapat meraih kemenangan yang hakiki di akhirat nanti?

Allah ta’ala berfirman :
 وَبَشِّرِ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ

 “Berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih (menjaga shalat, zakat, menjalankan sunnah dan amalan ketaatan kepada Allah lainnya) bahwasanya mereka akan mendapatkan balasan berupa surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai…” (Qs. al-Baqarah: 25)
      Tetapi Dr Rani dan yang sewaktu dengannya, perlu pula menyedari, bahawa jangan begitu pasti bahawa dia dan partinya bersama presidennya sekali akan mengecapi kemenangan di akhirat nanti kerana Allah sudah memberi peringatan yang merupakan larangan supaya tidak menghina orang lain dengan cercaan atau memanggil orang lain dengan gelaran yang tidak digemarinya?

Al-Hujuraat: Ayat 11
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
   Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman seperti yang terdapat pada pangkal ayat “Wahai orang yang beriman…..” Ayat ini menerangkan tentang etika kehidupan orang-orang yang beriman. Etika ini adalah dalam bentuk peringatan daripada Allah SWT kepada orang-orang yang beriman supaya sesuatu kaum ynag beriman itu tidak mengolok-olokkan kaum beriman yang lain seperti dinyatakan dalam ayat kedua yang bermaksud,”Janganlah sesuatu kaum mengolok-ngolokkan kaum yang lain.”Ini adalah kerana ada kemungkinan kaum beriman yang diperolok-olokkan itu adalah lebih baik daripada mereka yang memperolok-olokkan itu.

 Peringatan ini disampaikan dengan cara yang halus tetapi tepat. Orang yang beriman seharusnya sentiasa muhasabah diri untuk melihat kekurangan pada dirinya.

 Orang yang tidak beriman sahaja yang boleh menghina orang lain kerana mereka menganggap diri mereka sempurna. Dengan demikian, tidak mungkin orang beriman boleh merendah-rendahkan saudara sesama Islam yang lain.

 Jangan diingkari peringatan Allah di atas tadi kerana Allah ada berfirman :
 أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

 “Adakah kamu beriman kepada sebahagian al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Maka tidak ada balasan bagi orang-orang yang berbuat demikian di antara kamu melainkan kenistaan dalam kehidupan di dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat. Allah tidak alpa daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 85).
 Walaupun ayat ini menceritakan tentang orang Yahudi yang tidak beriman sepenuhnya terhadap kitab Taurat, tetapi ayat ini juga ditujukan kepada mereka yang mengambil sebahagian daripada al-Quran dan menafikan sebahagian daripada isi kandungan al-Quran.

Ibnu Abbas menyatakan:
 .مَنْ جَحَدَ مَا أَنْزَلَ اللهُ فَقَدْ كَفَرَ. وَمَنْ أَقَرَّ بَهَ وَلَمْ يَحْكُمْ، فَهُوَ ظَالِمٌ فَاسِقٌ  

“Barangsiapa yang mengingkari apa yang diturunkan oleh Allah, sesungguhnya dia telah kafir. Dan barangsiapa yang mengakuinya (keberadaan hukum) namun tidak berhukum dengannya, maka dia adalah zalim, fasik”.
  Dr Rani ada berkata, " ....sahabat-sahabat nabi dibunuh, dicaci...."

   Kata-kata Dr Rani ini tentu sekali akan mengingatkan kita kepada ancaman Hj Hadi terhadap kalangan mereka yang keluar dari PAS sebagai golongan pengkhianat yang disifatkannya lebih teruk daripada lawan.

 Menurut kata Hj Hadi, dalam perjuangan Islam, pengkhianat hanya ada dua pilihan sahaja : Bertaubat ataupun Dihapuskan.

  Hj Hadi dan orang-orangnya terus menerus menghina dan mencaci dengan berbagai gelaran terhadap mereka sejak mereka masih berada dalam partinya dan setelah mereka keluar dan menubuhkan parti sendiri, parti Amanah Negara.

   Tidakkah mereka (yang ditendang keluar Pas),yang dicaci dan diancam untuk dihapuskan oleh Hj Hadi ini lebih menepati ungkapan Dr Rani :

“Dalam Al-Quran pun diceritakan bagaimana sahabat-sahabat nabi dibunuh, dicaci, tapi mereka menang di akhirat,”

Allahu a'lam.
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Dr rani cuba nak bagitau yg dia tu sebaris dgn para sahabat(?)

Anonymous said...

Pas ,parti otak lembu, tak sedar diri.

Anonymous said...

Pas dah kena jual. Strategi bijak Umno. Beli pemimpin dan bagi gula gula pada ahli. Api apikan dengan Dap. Senang sahaja memang patut pun Umno memerintah sebab otak geliga. Pas bengap sebab ahli lurus.

Arouse Mah said...

Dari mana Hadi dapat 2 biji SUV sport baru dekat Rm700 ribu ???. sejak sedondon dgn najib

Anonymous said...

Cara politik PIS, adalah politik niat menghalalkan cara. Tak peduli kalau terpaksa jual agama, berkawan dgn penyamun dan pemerintah yg zalim janji hajat tercapai. Wala'un buat salah, takde masalah..Ulamak dunia boleh kasik settle..PIS sedang berjual beli dengan UMNO. PIS telah berjaya melaksanakan bahagian dia utk pecah undi pembangkang. UMNO kena bls jasa PIS. PIS tak fikirkan survival rakyat..PIS hanya fikirkan survival mereka sendiri. Tahniah PIS..kata orang lain barua...Rupanya engkaulah barua yg sebenar. BARUA kepada UMNO, MCA, MIC GERAKAN...aka BN. PIS ada telur dgn DAP, tapi jadik pondan sama MCA, MIC dan GERAKAN.

Ritchie Blackmore said...

Mat Rani dah terlebih sesat dgn menyamakan pas yg nanar(bengong kata amarnik) seolah2 agama islam !.Aku dah nampak tempat kau dineraka wahai mat Rani yg sesat...

Anonymous said...

nak tanya en rani, para sahabat masuk perang memang mereka tak mahu menang ke?

Anonymous said...

Pas tak payah ckp pasal islam syurga neraka kerana rakyat tahu dan sedar tahap islam pas tu mcmana..dulu zaman nabi yg tentang nabi adalah org kafir quraish yg tidak tahu pasal islam langsung tp sekarang yg tentang pas adalah org2 islam yg faham islam..bila islam pas sudah semacam syiah dan semakin sesat,sbb itu pas wajib ditentang supaya akidah rakyat tidak tergelincir.

Anonymous said...

Rasuahlah apa lagi...hadi ni perasuah kuat sbb tu Allah tidak beri PT menang dlm pru13..kalaulah menang tak tahu mcmana tamak halobanya..
Kerja x nak tp laba berebut sakan. nilah jenis puak puak celaka ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...