PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Sunday, June 26, 2016

'Saya takkan melutut'

  Selepas kira-kira 24 jam dipecat Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berikrar tidak akan hidup melutut kerana bukan prinsipnya tunduk bersekongkol dengan perbuatana jahat pemimpin perosak bangsa dan negara.

 Menegaskan bahawa "obor perjuangan dalam jiwa" beliau akan terus menyala bekas timbalan perdana menteri itu menegaskan beliau tidak akan merayu terhadap keputusan Majis Tertinggi Umno (MT) semalam.

 Muhyiddin juga menyeru "bangsa Melayu" supaya bangkit memperjuangkan integriti supaya tidak diperkotak-katikkan oleh pemimpin rasuah dan tamak

"Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.

 "Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah Umno dan negara yang melibatkan perdana menteri," katanya.

 Begitu juga, kata Muhyiddin, nasib yang menimba Mukhriz dan Mohd Shafie.

 "Segala-galanya berlaku hanya kerani kami mengambil langkah berani menegur perdana menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan Umno yang asal," katanya.

 Umno yang ada kini, kata Muhyiddin, berubah menjadi sebuah parti hanya dikuasai seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya. Baca lagi di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Ajaklah muhyiddin masuk pan wahai abg usin...mungkin dgn kemasukan muhyiddin kedalam pan akan merancakkan sokongan melayu kepada pan...kahkahkahkah...

Lelaki Dicermin said...

Rasa lepas di pecat terus keluar umno lagi bermaruah. Sbb dlm umno kalau dah kena pecat dr jawatan.. kekwn akan menjauh..skg nak buat apa abg din.. nak join PH.. huhuhuhu.. fikir2 lah nasib yg tubuhkkan parti negara dulu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...