Wednesday, June 15, 2016

Sidang media Rafizi kecoh, pembantu Rosmah muncul tanpa diundang

  KUALA KANGSAR: Kecoh seketika sidang akhbar Naib Presiden PKR Rafizi Ramli di Ibu Pejabat Amanah Perak hari ini apabila Pegawai Khas Isteri Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor datang ‘tanpa diundang’ ke majlis itu.

 Lebih kecoh apabila petugas Amanah menghalang Rizal memasuki ruang sidang akhbar dengan alasan beliau tidak dijemput menghadirinya dan kekalutan itu berlangsung kira-kira 15 minit.

 Rizal ketika ditemui wartawan di luar bangunan itu berkata tindakan pembangkang menghalangnya masuk membuktikan mereka tidak berani berdepan dengan kebenaran.

 “Dia (Rafizi) ini berani cakap belakang saja. Cakap depan tidak berani. Saya bukan nak jumpa dia sangat, kalau nak jumpa dia, bila-bila saya boleh jumpa.

 “Saya cuma nak dengar apa dia cakap. Tetapi malangnya saya dihalang masuk pada sidang media dia. Kenapa? Takut pembohongannya terbongkar,” katanya kepada FMT.

 Katanya, laporan polis mungkin akan dibuat jika Rafizi terus menerus membuat pembohongan terhadap Rosmah dan isu jet.

 “Buat masa ini kita masih dalam peringkat perbincangan lagi dan meneliti pembohongan dibuat Rafizi,” katanya.

 Ketika ditanya sama ada akan menghadiri ceramah perdana Amanah malam ini yang diketuai Rafizi, Rizal berkata:”Saya akan datang kalau dijemput.”

 Amanah malam ini dijangka mengadakan ceramah pentas perdana yang bertajuk ‘#Bongkar. Kita dapat GST, mereka dapat jet’.

 Selain Rafizi, Presiden Amanah Mohamad Sabu juga dijangka menghadirinya. ~ sumber

Komen al-husseyn:

  Dia dihalang bagi mengelakan berlakunya perkara yang tidak diingini. Kalau benar dia hadir hanya untuk mendengar pendedahan Rafizi, kenapa dia tidak menghubungi Rafizi atau menghantar wakil menemui Rafizi terlebih dahulu untuk mohon keizinan Rafizi untuk ke majlis tersebut? 

   Datanglah ke majlis ceramah Rafizi, itu barulah majlis terbuka. Mai duduk depan-depan pun tidak mengapa. Tapi Rizal mangkuk ni kata: ”Saya akan datang kalau dijemput.”

    Hoi mangkuk! Ceramah pentas perdana adaalah terbuka kepada orang ramai. Semua adalah dijemput datang. Adakah Rizal mangkuk ni mahukan jemputan khas? Mahu disambut dengan permaidani merah dan paluan kompang??? Korang btolong ketawakan mangkuk tu!

Comments
5 Comments

5 comments :

Malaysiabaru said...

Rizal badut sewel rosmah

Anonymous said...

Kahkahkahkah mangkuk punya usin nk spin...rizal tu datang bawak brape treler pengikut sampai nk jd kecoh...nmpk sngt rafizi takder telur...sama mcm usin jugak...dlm blog pong pang pong pang bila jumpa dpn2 kecut perut nk bercakap kahkahkah usin mangkuk

Anonymous said...

sejak bila bini pm ada pegawai khas? saper byr gaji mangkuk ni kalo bukan duit rakyat?

Anonymous said...

hahaha..kito pun x taw dio ni spesis mangkuk tingkek ko mangkuk jamban..mangkuk hayun pon do jugo tu..

Norakisma said...

jenis ni spesis Mangkuk ayun- hidung tak mancung Gigi tersurong2.yg aku tahu tetamu xdiundang tu hantu Mak limah ke hantu kak jet.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...