PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Wednesday, June 01, 2016

Tuan Ibrahim patut suruh Hj Hadi letak jawatan sebagai presiden Pas!

  Nampak garang benar Tuan Ibrahim menempelak kepimpinan parti komponen BN yang mengugut keluar kabinet jika pindaan Akta Mahkamah Syariah berjaya dilaksanakan.

  Menurut Tuan Ibrahim, mereka sepatutnya bertindak demikian dalam “isu-isu rakyat” seperti pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta kontroversi 1MDB.

  Beliau mencadangkan, sepatutnya presiden MCA, MIC dan GERAKAN  letak jawatan susulan isu 1MDB, GST. Isu-isu rakyatlah‎.

 "Sepatutnya mereka bangun menyatakan bantahannya. Tetapi RUU‎ baru di peringkat pembentangan, belum dibahaskan pun lagi... "

  Apa yang Tuan Ibrahim duk kata itu adalah benar. Malangnya, Tuan Ibrahim umpama orang yang meludah langit, kahaknya jatuh bertepek keatas mukanya sendiri.

  Apahalnya presiden Pas pula yang menikus bila mereka mengugut letak jawatan?

   Kenapa Hj Hadi mahu menarik semula RUU persendiriannya itu? Hj Hadi tidak mahu BN berpecah, katanya. Sayang benar Hj Hadi dengan BN sampai sanggup menarik pembentangan RUU itu.

 Tatkala Hanipa Maidin mempertikaikan RUU untuk penambahbaikan, penyokong Hj Hadi mengeboo Hanipa.

  Ketika golongan profesional mempersoalkan kenapa mereka tidak dimaklumkan mengenai RUU tersebut, mereka dipandang serong dan tidak diendahkan; malah dituduh pula sebagai parasit bagai...

   Tetapi ketika Presiden MCA, MIC dan Gerakan mengugut mahu letak jawatan, boleh pula Hj Hadi berlembut dan mengalah.

  Tuan Ibrahim tidak patut tunjuk garang mencadangkan presiden MCA, MIC dan GERAKAN  letak jawatan. Sepatutnya Tuan Ibrahim kena suruh Hj Hadi letak jawatan sebagai presiden Pas!

   Sebab yang kedua Hj Hadi patut letak jawatan ialah kerana pendirian presiden partinya sendiri, Hj Hadi adalah sama dengan pendirian presiden MCA, MIC dan GERAKAN. Hj Hadi senyap sepi mengenai isu 1MBD tidak pernah menyatakan bantahannya.

 Kita belum pernah lagi mendengar sebarang bantahan dari Hj Hadi dan pimpinan Pas mengenai 1MBD.

 Pas tidak melihat kontroversi 1MDB sebagai skandal rasuah walaupun Najib sendiri telah mengakui kemasukan dana RM2.6 billion itu ke dalam akaun peribadinya.

  Hj Hadi terus memberi sokongan kepada Najib supaya tidak perlu berundur, sebaliknya terus mengekalkan jawatannya sebagai perdana menteri walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan.

"Ya, saya suka (Najib) diberi peluang biar habis tempoh penggalnya," katanya dipetik Harakahdaily ~ sumber.

 Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din juga senada dengan Hj Hadi mahu PM Najib dikekalkan berdasarkan mandat yang rakyat berikan dalam pilihan raya.

 Pas sepatutnya bertindak bersama dalam isu-isu rakyat seperti membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana membebankan rakyat. Tetapi PAS tidak menyertai pembangkang lain dalam Himpunan Bantah GST pada 2 April 2016. Sebaliknya menganjurkan program sendiri di Sik Kedah.

  Tuan Ibrahim tidak berani nak suruh Hj Hadi dan Harun Din letak jawatan walaupun mereka ini terus menerus menyokong PM Najib yang merupakan punca segala isu 1MBD, GST dan isu-isu lain....  
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Baso presiden hadi bengongg..

Anonymous said...

Kesian aku dgn walaunta sekalian. Pemimpin main dingdong cakap belit mcm ular, tapi masih percaya satu2nya jalan ke syurga adalah melalui platfom pas. Kesian.

Anonymous said...

Dengan segala petunjuk yang nyata dan kejadian-kejadian yang menjadi bukti, mengapa masih ramai tidak sedar menerima kebatilan dan tidak nampak akan kebenaran?

Apakah kebenaran terletak pada batang tubuh seseorang sehingga dosa dan jahatnya yang disebalik batang tubuh tidak di kaji.


Anonymous said...

Yang dikatakn ahli kitab inilah dia

tanya sama itu hud hud said...

Senang cerita,ularmak dajjal.
Noktah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...