Thursday, June 23, 2016

Ucapan YDP Pas yang penuh dengan pembohongan (1)


  Tuan-tuan ingat lagi 16 September… 16 September ni perancangan yang cukup stratejik … betul tuan-tuan. Perancangan yg dicadangkan Anwar Ibrahim utk nak tawan Putera Jaya 16 September memang betul! 

 Dan memang akan berjaya! Sebab 80 orang MP daripada Sabah kompom nak lompat! Kompom lompat!

 Tapi ditentang Tuan Guru presiden dalam mesyuarat depa nih… DAP, Anwar Ibrahim termasuklah Tok Guru bincang.

 Ooo kena sain nih! 80 orang lompat, kita boleh masuk Putra Jaya. Hang Perdana Menteri, hang menteri kesihatan, hang menteri woow aduh…berangan… tuan-tuan nak jadi apa?

 Tiba-tiba Tok Guru tanya , Saya nak tanya, bila kita tawan Putra Jaya ni, berapa orang Ahli Parlimen Islam? Ahli parlimen Islam masa itu tuan-tuan, kita 22, PKR 8, 30 orang (jumlah). Baki PKR, kafir belaka, tak sunnat belaka ..DAP geng tak sunnat belaka … hak 80 orang yang nak lompat tak sunnat belaka!

 Campoq-campoq tuan-tuan, hak puak dia dok ada 130 orang, kita 30 orang. Memerintah Putra Jaya , orang Islam, menteri , ahli parlimen Islam 30 orang, hak kafiq 130 orang…. tu kata, saya tak setuju….

 Biarlah kita kekal yg ada nih… walaupun mereka zalim … kenakan tol .. kenakan GST… tapi mereka orang Islam lagi!Kuasa orang Islam lagi! 

Politik ni kena cerdik. Jangan kita ni macam diaorang… kita mesti lawan puak-puak ni sehabih-habih sampai hancoq! Kita jujoq sampai mampuih!

 Tu dia… salah tu… salah tu tuan-tuan… Itu politik yang salah .. Kita berpolitik, biar yang menguntungkan kita, tuan-tuan.

 Kalau menawan Putra Jaya, sedangkan DAP yang menguasai Negara, apa guna? Lebih baik hari ini tuan-tuan… lebih baik hari ni lagi! Lebih baik hari ni nih walaupun mereka zalim, tapi masjid mereka buat… kita boleh ceramah lagi tuan-tuan…

 Kalau lah DAP yg menguasai Negara? Nuh Pulau Pinang nak bang dah tak boleh dah! Bang dah tak boleh tuan-tuan…

Hari ini di Pulau Pinang, ketika mereka mula ambik aleh Pulau Pinang tuan, tanah orang Melayu Pulau Pinang 28% .. hari ni tinggai 20% sahaja.Huh tu! 

Sebab tu puak-puak dia tu tuan-tuan, DAP termasuk Geng G18, serang Tok Guru Hj Hadi habis-habisan. Kerana apa? Inilaj Hj Badut yang halang 16 September! Sepatutnya kita sudah melangkah kaki ke Putra Jaya.

 Haji Hadi lah penghalangnya! Maka Hj Hadi mesti disingkirkan… itu puak-puak diaorang tuan-tuan…

 Tapi Alhamdulillah… Allah jaga Jemaah Islam Malaysia tuan-tuan… akhirnya orang yang nak singkirkan Tok Guru, mereka yg tersingkir dalam perjuangan… Keluarlah mereka daripada perjuangan Islam… tubuhlah parti kuali PAN. Depa panggil Pan, kita panggin Pen… Pen tu kuali tuan-tuan, warna oren! Maka hari ini tuan-tuan bila kita masuk di Kuala Kangsar, mereka masuk juga. Kita istilahkan mereka ini sebagai pengkhianat. 

 Tuan-tuan mereka duk tanya adakah kita boleh menang di Kuala Kangsar? Saya kata insya’Allah kita boleh menang sebab perancangan kita di Kuala Kangsar tuan-tuan,tu kita ni kena kita masuk Kuala Kangsar kita kena doa… Akta RUU ni…RUU ni tuan-tuan, akhirnya kita jumpa Datok Seri Najib bincang… bolehkah?

 Ayat qur’an - wata-‘awanu ‘alalbirri wattaqwa…. Hendaklah kamu tolong menolong dalam perkara baik dan taqwa… 

 Nak buat undang-undang Islam pi bincang dengan musuh kita, boleh! Tak ada masalah… tu gi bincang… akhirnya tuan-tuan bila berbincang nilah, tiba-tiba pada 26 haribulan tuan-tuan, sebelum bulan lima tuan-tuan, usul kita nombor 20, tunggu-tunggu.. akhirnya… habis. Pergi bulan enam, tunggu pula, tak sampai-sampai … sebab dia mesti habis usul Negara dulu.Usul kerajaan mesti dihabiskan dahulu!

 Tiba-tiba hasil dari rundingan… rundingan.. Kalau kamu DAP pergi runding dengan perdana Menteri, untuk buat jambatan… boleh, berunding untuk buat terowong boleh… Takkan kami jumpa Perdana Menteri kami nak buat Islam tak boleh?? …….(tak jelas..)

 Hak kau nak buat jambatan boleh… runding dengan Perdana Menteri nak buat Islam tak boleh?... 

 Hasil rundingan inilah tuan-tuan, tiba-tiba 26 haribulan, bangun Dato Azalina Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri … walaupun kepala dogol … Saya mencadangakan Ahli Parlimen Marang, membacakan usul RUU 355 .. 

Subhanallah tuan-tuan… ini kerja Allah… tu orang sujud tuan-tuan… 20 juta rakyat Malaysia Islam sujud… bersyukur Alhamdulillah … Akta yang cuba kita bawa tuan-tuan, berpuluh-puluh kali gagal, tiba-tiba pada 26 haribulan, Datuk Azalina bangun… bila dia bangun mencadangkan, Tok Guru pun bangun … 

  Bangun geng pen tuan-tuan.. namanya Khalid al-Samadu… Ooo nama sedap tuan-tuan as-Samadu… Apa nih? Apa tiba-tiba … mengapa tidak dibincang dahulu… Sepatutnya kita kena bawa usul dulu… undi dulu .. pada hal nak baca usul mana perlu undi… setelah dibahas baru undi… 

 Oh saya nak bangun.. ini bercanggah dengan peraturan mesyuarat. Tuan-tuan tahu siapa kah antara orang yang menjayakan Tok Guru baca usul ialah .. Tan Seri Pandikar… pandikar tuan-tuan.. memang pandikar sungguh .

Nota : Sila ikuti entri seterusnya yang mengulas tentang ucapan YDP Pas ini.
Comments
2 Comments

2 comments :

tok janggut said...

Ucapan yg memalukn bangsa dan agama, dalam masjid dan dlm bln yg mulia pula tu..
Yang nabi takut di akhir zaman lahirnya yg dikatakan ahli agama dgn memakai serban jubah tapi membawa kerosakan dan yg menjual agama untuk kepentingan dunia yg sementara..

Anonymous said...

Sah...inilah salah satu orangnya..manakala yg lain2 tu semua ada group puak2 ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...