PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Friday, June 24, 2016

Ucapan YDP Pas yang penuh dengan pembohongan (2)


  Yang Dipertua PAS Padang Serai Shaharuddin Ibrahim telah memohon maaf kepada DAP dan kerajaan Pulau Pinang berhubung kenyataannya yang mendakwa akan berlaku larangan azan di masjid-masjid sekiranya DAP memerintah.

  Walaupun begitu beliau masih perlu memberi penjelasan kepada beberapa fakta atau maklumat palsu ketika menyampaikan tazkirah Ramadan di Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, Kedah pada 11 Jun 2016.

Berikut adalah rumusan secara apa yang YDP Pas Bagan Serai ini telah nyatakan :

 1) Biarlah kita kekal yg ada nih… walaupun mereka zalim … kenakan tol .. kenakan GST… tapi mereka orang Islam lagi!

i) Beliau menyatakan rela bersekongkol dengan kerajaan yang zalim semata-mata kerana yang melakukannya adalah orang Islam!

ii) Waima Allah telah memberi amaran kepada kita semua : Wala tarkanu ilal-ladzina dzalamu, fatamatsa kumunnar… - jangan kamu condong atau cenderung kepada mereka yg zalim, kelak kamu disambar api neraka…(al-Hud:113)

2) Kalau lah DAP yg menguasai Negara? Nuh Pulau Pinang nak bang dah tak boleh dah! Bang dah tak boleh tuan-tuan…

 - OK lah perkara ini dia dah minta maaf sebab takut kena saman ..huh! huh!

3) 80 orang MP daripada Sabah kompom nak lompat tak sunnat belaka!

 i)  Dari mana dia dapat angka 80 itu? MP Sabah cuma berjumlah 25 orang sahaja. Sila rujuk di sini.

ii) 11 daripada mereka adalah Muslim. Antaranya ialah Shafie Hj Apdal, Ghafur Salleh, Bung Mokhtar Raden, Yusof Hj Yacob, Hanifah Hj Aman dan lain-lain. Adakah mereka ini tidak bersunnat? Suruh YDP Pas ini pi jenguk ‘angry bird’ Bung Mokhtar dan lain-lain tu!

 4) Tanah reserve Melayu Pulau Pinang dari 28% .. hari ni tinggai 20% sahaja.

 i) YDP Pas ini sangat naif mengenai Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914.

 ii) Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan dinegeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

 iii) Negeri-negeri lain kemudiannya turut mengwujudkan ERM mereka masing-masing iaitu :-

 a) ERM Kelantan 1930 
 b) ERM Kedah 1931 
 c) ERM Perlis 1935 
 d) ERM Johor 1936 
 e) ERM Terengganu 1941 

iv) British tidak mengadakan apa-apa ERM di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Rujukan:  di sini

5) DAP termasuk Geng G18 serang Tok Guru Hj Hadi habis-habisan dan mahu singkirkan Tok Guru kerana Tok Guru penghalang 16 September!

 Ini adalah satu tuduhan yang melulu tanpa ada sebarang bukti mengenainya.

6) “Keluarlah mereka daripada perjuangan Islam… tubuhlah parti kuali PAN. Depa panggil Pan, kita panggin Pen… Pen tu kuali tuan-tuan, warna oren!”

 i) Menuduh mereka yang keluar Pas lalu menubuhkan parti sendiri, Amanah adalah sebagai keluar dari perjuangan Islam.

 ii) Mengejek dan menghina nama parti Amanah sebagai ‘kuali’

 iii) Mengejek dan menghina warna oren yang Amanah gunakan.

 7) “Maka hari ini tuan-tuan bila kita masuk di Kuala Kangsar, mereka masuk juga. Kita istilahkan mereka ini sebagai pengkhianat.”

 i) Tidak menghormati amalan demokrasi yang membolehkan mana-mana parti saperti parti Amanah Negara yang berdaftar untuk menyertai pilihanraya di Malaysia bilamana dia menghina dan melabel AMANAH yang bertanding dalam PRK sebagai pengkhianat.

 ii) AMANAH mewakili Pakatan Harapan untuk menyertai PRK Kuala Kangsar untuk berdepan dengan Umno/BN. 

 iii) Pakatan Harapan telah membuka pintu untuk berunding supaya dapat mengelakan pertandingan tiga penjuru, tetapi Pas telah menolak dengan sombongnya.

 iv) Kita dapat saksikan sepanjangm kempen PRK tersebut, Pas yang mesra Umno telah diberi peluang oleh Umno/BN menggunakan media perdana untuk menyerang Amanah. 

 8)  Ahli Parlimen Marang, membacakan usul RUU 355 .. subhanallah tuan-tuan… ini kerja Allah… tu orang sujud tuan-tuan… 20 juta rakyat Malaysia Islam sujud… bersyukur Alhamdulillah … 

i) Mana dia mendapat sumber yang menyatakan 20 juta rakyat Malaysia Islam sujud syukur kerana Hj Hadi diberi laluan sekadar untuk membacakan usul RUU 355? Ternyata dia hanya berbohong.

 9)  “… bangun geng pen tuan-tuan.. namanya Khalid al-Samadu… Ooo nama sedap tuan-tuan as-Samadu… Apa nih? Apa tiba-tiba … mengapa tidak dibincang dahulu…”

 i) Dia menuduh Khalid Samad telah cuba menghalang RUU yang mahu dibacakan oleh Hj Hadi dan memuji Pandikar Amin kerana telah menjayakannya.

 ii) Daripada urutan yang ke 15, RUU Hj Hadi menjadi bacaan pertama. Lazimnya usul kerajaan mesti dihabiskan dahulu! Keadaan inilah yang menyebabkan Khalid Samad bangun mahukan penjelasan kerana mengesaki terdapat unsur pakatan yg memungkin adanya the games of politics disitu sementalah pula dekat dengan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. 

 iii) Rasa curiga Khalid Samad bahawa ianya hanya mainan politik atas sebab pilihan raya kecil SB dan KK jelas terbukti benar kerana sekiranya ianya penting, yang amat wajib sehingga ianya perlu didahulukan, maka mengapa perbahasannya telah ditangguhkan? Sekiranya ianya boleh ditangguhkan, maka mengapa ianya didahulukan! Baca penjelasan lanjut Khalid Samad di sini

10) Akta yang cuba kita bawa tuan-tuan, berpuluh-puluh kali gagal….

 i) Berpuluh-puluh kali gagal dibawa? Nampak bengong sangat kalau ada yang percaya dakwaan 'telah berpuluh-puluh kali gagal' ini!
Comments
10 Comments

10 comments :

as-s said...

Saya harap benda yg dicakap oleh dia ni diberi perhatian oleh saudara husam dan nizar juga. Kalau fitnah suruh dia minta maaf atau berdepan saman.

Anonymous said...

Harap YB Khalid Samad gi saman mamat ni bior padang besar muka

Anonymous said...

Lebih banyak mengarut dari fakta.

Anonymous said...

Org mcm tu dilantik jadi YDP PIS pdg serai? Hancuss

Mat Safian said...

Mana2 pimpinan AMANAH kena cepat2 cabar berdebat, jangan biar puak2 beruk ni dok tabur fitnah. AMANAH jgn berlembut sangat dlm hal ni, cabar ustaz ni debat terbuka, jgn biar surat maaf dia kpd DAP berhenti di situ shj. Pastikan ustaz PIS ni panas punggung.

badrin khalid said...

Antara berhujah dengan auta vs berhujah dengan fakta.
Melakukan pembohongan bukan cara Islam. Sedihnya pabila akhir zaman ni ramai yang ber'wajah' Islam tapi bertindak cara kuffar. Wallahulam.

Anonymous said...

Org melayu ditipu umno dulu, kini dan selamanya. Skrg ustaz pas pula dok putar belit fakta nak tipu org melayu. Apa bezanya?

Anonymous said...

auta lebih... berat.. fitnah jadi makanan geng para ilmuwan skg... adakah ini bala dr Allah.. Hanya Dia Yang Mengetahui

Anonymous said...

betui... sebelum dia mntak maaf , paksa dia berdebat secara terbuka dgn geng amanah.. biar semua tahu nanti... kita tgok macammana puak2 ni nak berhujah..

tanya sama itu hud hud said...

Puak2 PiS semua bacul dari atas sampai ke walaun pencacai..
Contoh yg bacul adalah nik beduh,khalil,din ayam,bila diajak berdebat cara berilmu,lari tak cukup tanah..
Hadi aldedaki pun sama la,tuduh parti amanah diharamkan oleh qardhawi dan dia ada bukti surat bertulis dari qardhawi.
Bila orang minta surut tunjuk surat tersebut,sampai hari ni bacul tak berani tunjuk.
PiS,parti orang bacul tapi sembang bedegar..
Dalam parlimen,diam menyepi.
Atas pentas,pom pam pom pam..
Bahalol punya lebai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...