GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, June 26, 2016

UMNO Bahagian Pagoh tolak keputusan MT

PAGOH: Mesyuarat khas UMNO Bahagian Pagoh sebentar tadi menolak keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menyifatkan tindakan itu tidak mengikut prosedur perlembagaan parti.

Ketua Penerangan UMNO Pagoh, Hairul Izam Abd Samat, berkata MT dan perlembagaan UMNO juga disalah guna oleh Presiden dan mengetepikan amalan demokrasi dalam parti itu.

Katanya, selain itu Muhyiddin juga tidak dipanggil untuk mempertahankan tuduhan terhadapnya sejak awal penggantungannya sebagai Timbalan Presiden UMNO sebelum ini.

 "Tan Sri (Muhyiddin) dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Pagoh oleh ahli parti di seluruh negara dan tindakan MT ini mengkhianati ahli UMNO.

"Beliau juga tidak diberi peluang dan dinafikan hak untuk berucap serta menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden Parti hingga terpaksa menggunakan pentas pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Beliau menegur Presiden Parti adalah untuk memperkukuhkan parti bukan untuk kepentingan peribadi. Beliau mengambil tanggungjawab mempertahankan parti dan imej negara, malah, beliau tidak pernah memburukkan parti," katanya.

 Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Khas UMNO Bahagian Pagoh yang dipengerusikan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed, di Kompleks Seri Perkembar di sini.

Turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak; Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Datuk Senator Noriah Mahat dan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Zaid Abdul Rahman.

Hairul Izam berkata, tindakan MT memecat Muhyiddin turut menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati kepada ahli UMNO Bahagian Pagoh dan merosakkan perpaduan yang menjadi kekuatan selama ini.

 Katanya, UMNO Bahagian Pagoh akan terus berdiri teguh bersama Muhyiddin dalam perjuangannya untuk menegakkan kebenaran. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...