Tuesday, June 28, 2016

Umno Semporna memang bertindak sempurna ... patut dicontohi Umno lain!

  Sebagaimana yang dilaporkan, sebagai bantahan terhadap tindakan MT UMNO menggantung Shafie yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna, Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, 19 AJK Bahagian dan 300 Ketua Cawangan mengumumkan keluar parti.

 Mereka bertindak demikian kerana merasakan Shafie tidak diberi layanan yang adil dan sewajarnya sebelum dijatuhkan hukuman.

 Dengan tindakan itu, UMNO Bahagian Semporna sudah lumpuh dan tidak berfungsi lagi.

 Ini baru solidariti dan setiakawan...dan jika lebih ramai yang sedia mengambil tindakan serupa, gugatan terhadap Najib pasti akan lebih berkesan lagi.

 Jika lebih ramai yang kenal erti perjuangan dan tidak sayang jawatan, Najib juga lebih mudah diberi pengajaran untuk sedia mendengar perbezaan dan kritikan dan tidak semata-mata gemar menggunakan kuasa yang ada padanya. ~ shahbudindotcom

  Berikut pula komen Syed Akbar Ali :
Semua ahli UMNO yang masih belum berhenti atau menarik diri dari jawatan dan keahlian perlu fikir rapi keadaan paling genting sekarang yang menimpa seluruh negara kita dan semua kaum dan lapisan masyarakat kita.
 Hanya ahli UMNO yang boleh menyelamatkan keadaan sekarang.
 Tindakan tegas dan berani 300 Ketua Cawangan Sempoerna, 17 pemimpin Bahagian dan ADUN Sulabayan patut dicontohi
 Darah pejuang pelaut Bajau dan Suluk.
 Jika ahli UMNO masih hendak tunggu lagi orang lain pula yang akan datang menyelamatkan keadaan.
 UMNO akan lenyap. Ahli UMNO akan muflis. 
 UMNO Bahagian Pagoh yang menolak keputusan MT memecat Muhyiddin Yassin, hanya tiga pemimpin dalam bahagian itu yang meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan.

 Di Jerlun yang diketuai oleh Mukhriz Mahathir, langsung tidak kedengaran apa-apa bantahan ....

 Di Perak, Husni Hanadzlah Menteri Kewangan II meletak jawatan sebagai menteri dan semua jawatan dalam parti, termasuklah sebagai bendahari Umno dan Barisan Nasional (BN).

 Beliau juga meletak jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Tambun dan beberapa jawatan dalam Umno Perak.

Apa reaksi Umno Tambun? Kenapa masih senyap sepi jer....??
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Dalam umno ada yg miskin ada yg tamak..hilang dedak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...