GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, June 13, 2016

Undi Termizi, tolak Najib, Tun M rayu pengundi Kuala Kangsar



  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merayu pengundi di Kuala Kangsar agar tidak memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) sebaliknya memilih calon Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Ahmad Termizi Ramli yang menyokong Deklarasi Rakyat.

 Beliau berkata, tindakan itu bagi membuktikan penolakan terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak atas segala salah laku dan penyalahgunaan wang negara yang dilakukannya.

 "Dalam pilihan raya ini saya minta jangan undi BN kerana BN telah diperkosa oleh Najib.

 "Undilah calon kita yang pada kali ini dari parti Amanah, yang penting adalah persoalan menolak Najib.

 "Jangan membazir undi. Beri undi kepada calon yang menandatangani Deklarasi Rakya dan jangan beri satu undi pun kepada BN," katanya ketika berucap dalam forum Selamatkan Malaysia Bersama Deklarasi Rakyat di Taman Chandan Putri, Kuala Kangsar hari ini.

 Beliau juga menyeru rakyat bukan sahaja memastikan BN kalah teruk tetapi hilang wang pertaruhan.

 “Kita perlu menentukan Najib (BN) kalah seburuk-buruknya kalau boleh biar hilang deposit.

 “Inilah yang saya pohon daripada pengundi Kuala Kangsar. Saya tak pernah buat sperti ini. Saya tak pernah rayu untuk mennetang BN tapi dalam pilihan raya kali ini kalau kit aberi undi kepada BN maknanya kita menyokong Najib,” katanya yang hadir bersama isteri Tun Dr Siti Asmah Ali.

 Turut berucap di hadapan hampir seribu hadirin itu ialah calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli, bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman dan Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan.~ sumber
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Kalo najib ditukar kita nk sokong BN tak TUN?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...