Friday, July 01, 2016

Adakah ini punca Lim Guan Eng di dakwa ?

Pulau Pinang beku urusan tanah 1MDB sehingga skandal RM50 bilion dijelaskan, bimbang rumah 3,000 penduduk tak terbina


  GEORGE TOWN, 26 MEI 2016 : Kerajaan Pulau Pinang akan membekukan semua urusniaga tanah 234 ekar di Air Itam dekat sini yang dibeli oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan harga RM1.38 bilion sehingga ia mendapat penjelasan penuh tentang skandal RM50 bilion yang melibatkan syarikat tersebut.9 Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataannya hari ini, berkata setakat ini belum ada sebarang bentuk akauntabiliti dan ketelusan penuh untuk penjelasan skandal itu daripada 1MDB.

 Katanya, ada kebimbangan sama ada janji 1MDB, termasuk daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri, untuk membina 9,999 unit rumah rakyat bagi menampung lebih 3,000 keluarga setinggan di Air Itam, dapat ditunaikan.

 “Terdapat kebimbangan awam sama ada janji-janji ini masih praktikal dan dapat dilaksanakan memandangkan kos yang besar telah dilaburkan serta tiada milikan tanah 100 peratus.

 “Keutamaan kerajaan negeri ialah untuk berdiri teguh bersama lebih 3,000 keluarga setinggan ini,” ujar beliau.

 Sehubungan itu, Guan Eng berkata, sehingga kesemua persoalan tentang skandal 1MDB diperjelaskan, kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang urusniaga tanah ke atas tanah tersebut yang dibeli oleh 1MDB, sama ada permohonan tukar hakmilik tanah atau kebenaran gadaian, kecuali dengan pengesahan EXCO kerajaan Pulau Pinang.

 Menurutnya, mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah pun meluluskan usul membekukan urusan 1MDB pada 20 Mei lalu sehingga ia mendapat menjelaskan sepenuhnya tentang skandal RM50 bilion itu.

Beliau menjelaskan, keputusan Dewan Negeri meluluskan usul berkenaan bukan sahaja demi menjaga kepentingan 3,000 keluarga yang menetap secara setinggan di Air Itam, malah ia juga untuk “menjauhkan diri daripada sebuah syarikat yang terlibat dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa”.

 “Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengarahkan Bank BSI daripada Switzerland, yang sedang disiasat berhubung urusannya dengan 1MDB supaya ditutup dan menarik semula status bank saudagar.

 “Alasan-alasan yang diberikan termasuk ‘pelanggaran serius atas keperluan anti pengubahan wang haram, pengawasan operasi pengurusan bank yang lemah dan salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangan bank’.

 “Tindakan seumpama itu belum pernah diambil oleh pihak berkuasa Singapura sejak tempoh 32 tahun. Bank saudagar adalah bank yang terbabit dalam urusniaga dengan syarikat dan bukannya individu ataupun orang perseorangan, termasuk 1MDB,” ujarnya.

 Beliau berkata, MAS Singapura juga turut mengenakan denda ke atas Bank BSI sebanyak US$13.3 juta untuk 41 kesalahan, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai nasib aset 1MDB dalam bentuk “unit” sebanyak US$940 juta atau RM3.8 bilion di dalam bank berkenaan.

 Sehubungan itu, menurutnya, skandal membabitkan 1MDB tidak lagi boleh ditutup dan dibersihkan melainkan kerajaan Persekutuan mengambil langkah-langkah berikut:

 Mendedahkan Laporan Ketua Audit Negara secara umum berkenaan skandal terbabit.

 Mengira kos impak negatif kegagalan melangsaikan hutang buat kali pertama dalam sejarah oleh entiti kerajaan bulan lalu dan awal bulan ini dalam bentuk bayaran faedah berjumlah US$50 juta masing-masing, dan; Memberi justifikasi mengapa tiada tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas skandal yang begitu besar sedangkan tangkapan dan dakwaan telah dibuat oleh negara-negara asing terhadap mereka yang bertanggungjawab berhubung skandal ini.

 Selain itu, Guan Eng yang juga Setiausaha DAP Kebangsaan berkata, walaupun 1MDB memindahkan kesemua baki asetnya ke Kementerian Kewangan, langkah itu menurutnya masih tidak akan dapat menyelesaikan masalah sedia ada kerana 30 juta rakyat Malaysia masih perlu menanggung beban hutang 1MDB. 

“Akhirnya 1MDB masih memerlukan kerajaan Malaysia untuk menyelamatkannya kerana 1MDB adalah syarikat hak milik kerajaan, dan Kerajaan Persekutuan turut menjamin beberapa hutang 1MDB.

 “Malah jenis serta nilai aset 1MDB yang dipindahkan kepada Kementerian Kewangan juga boleh dipertikaikan. Aset ketara 1MDB yang masih tinggal adalah tanah Tun Razak Exchange Bandar Malaysia di Kuala Lumpur,” tambah Ahli Parlimen Bagan itu. – Roketkini.com
Comments
11 Comments

11 comments :

Anonymous said...

Rasuah tetap rasuah cik usin uiiii...kelaku rasuah ni tak kira umno pas pan dap pkr ceritanya tetap sama iaitu rasuah...tak perlu naik kait2 ngn crita 1mdb la mmg kitorang tau najib songlap duit...tp ni cerita lim guang eng main duit bawah meja jugak jd tetap kena siasat wahai usin uiiii...jgn bila kena time kita nk buat diam pulak...lepas ni senangla kalo guna alasan usin ni puak2 pakatan harapan ada can lah mkn rasuah lpas tu kait ngan 1mdb gerenti lepas dan rakyat percaya kt PH hahahaha kahkahkahkah...uiiii senangnya nk lepas tengkuk cik usin uiiiii lim guang eng tentu senyum baca artikel usin ni hahahaha...jawab usin jgn tak jwb hud hud pon boleh jawab jgn terseliuh jari dah nk spin tu kahkahkah...gurkha marah nanti kahkahkah

AIMAN said...

Jika mungkin ada orang lain buat salah, cth 1mdb atau apa2, jika betul salah, maka tetap salah. Jika tiada apa2 berlaku, kita terus desak sehingga dakwaan berlaku. Apabila perkara yang sama berlaku kepada kumpulan yang kita sokong, prinsip yang sama kita gunakan. Mohon siasatan dijalan, dan dakwaan dilakukan. Kalau tidak bersalah, bersih dia. Dalam kedua2 keadaan kita minta pendakwaan dan siasatan yang adil dilakukan. Bukan pertahankan satu pihak dan mendesak satu pihak lain. Kedua-dua didesak. Contohnya,Jika saudara khir lakukan salah, maka kalau sdr guan eng juga lakukan perkara hampir sama, rakyat juga berhak tahu. Bukan nek pertahan juga. ADAKAH TUAN TANAH TU NAK JUAL RUMAH DENGAN HARGA MURAH BEGITU KALAU GUAN ENG TU BUKAN KM.

Anonymous said...

Pemakan dedak memang otak lemau, god bless lge..

Anonymous said...

12.49 baik tak pyah komen jika tak paham bahasa.org ni skdar timbulkn prsoalan jer.klau puak kau buat takper lak yer,lagi2 sekutu yg dpat suv n umah..bangang punya makhluk

Anonymous said...

Macam mana kes Nik Amar beli range rover bawah harga market plak??

Dikira sebagai RASUAH ke HIBAH ke..atau hadiah HALAL lagi menghalalkan ke...??!

Ooo...mentang2 Nik Amar tu olamak pas. Beli kereta mewah bawah market value tkpe plak!!

Mcm mana tu bang...?? Tkpe ke...Nik Amar beli sesuatu yg lebih murah?? Lim Guan Eng tak boleh pulak??

Sebab dia Guan Eng maka apa yg dia buat tu rasuah le....!!? Bagus betul parti abang ye...org lain buat salah. Kalau olamak pas buat...abang dan angkatan walaun guna kitab lain pulak utk tafsirkan perbuatan tu...!!

Umno/bn ada 2 set undang2. Pas pulak ada 2 set kitab....haha. Kira matching dah tu

Anonymous said...

Kesiann umngok diatas. Bodohh mcm lembu. Dah makan dedak belom?? Hahaha

Anonymous said...

Anon 12.49...byk perbezaan antara 1 mdb dan kes banglo..jgn nk pukul rata sbb kebodohan sendiri..awak yg makan tahi jgn ajak org lain pun makan tahik mcm awak...pertama:kes 1mdb kes penyekewengan dana@duit rakyat yg amat besar dan kerugian entah ke mana..sedangkan 'seleweng' lge cuma beli banglo dgn harga murah dgn duit sendiri..kedua: penyiasatan sprm begitu pantas dan dpt kerjasama penuh org2 terlibat sedangkan penyiasatan 1mdb sentiasa dihakang dan disekat termasuk pemecatan AG,pembunuhan DPP,pemecatan TPM dan menteri,sprm disekat dgn pemecatan pengerusinya,ugutan2 dll..ketiga: kes lge melibatkan siasatan sprm.p.pinang manakala 1 mdb melibatkan siasatan dari seluruh dunia dan keempat: kes lge sudah ke mahkamah manakala 1mdb bila lagi...nmpak tak ketololan anon 12.49

tanya sama itu hud hud said...

Jenis hustat bangang taksub cam gitu la..
Kononnya terer berhujah,tapi hujah tahap longkang je la..
Nak berkahkah,terkahkah
Kahkahkah
Walaun dan ketua broka hadi aldedaki berpisah tiada

AIMAN said...

Tambahbaiklah cara memberi ulasan. GUNALAH ISTILAH YANG BAIK2. Orang faham perkara yg kita tulis. Kalau inilah level pejuang keadilan, rasanya bolehkah masyarakat menyokong kita...Apa pun rasuah dan salah laku adalah kesalahan, lebih2 lagi penjawat awam. Tak kira sama ada dia bernama, ammar, lge atau siapa saja. Semuanya patut disiasat, bukan dipertahan. Lge patutnya gembira kerana inilah peluang utk beliau pertahankan diri terbuka luas. Sepatutnya sebagai seorang yg memperjuangkan ketelusan, rasuah..beliau sepatutnya yang memohon siasatan ke atas diri beliau. Baru orang macam saya nampak lge berbeza dgn umno-bn. Jika tidak 2x5aje.

Anonymous said...

Geng2 pan ni lebih kurang je perangai dia bila tak boleh jawab mula spin dan panggil org lain tolol dan bangang mcm hud hud n the gang betul tak cik usin kelaku kahkahkahkah...gurkha dah marah tu cik usin kahkahkah...abg mat sabu x ske pengikut dia maki2 ni wahai pan semua...dulu abg mat mmg ske maki n bagi gelaran masa ceramah atas pentas pas dulu...kalo x silap aljuburi tu abg mat la yg bagi gelaran kahkahkah...sekarang anak buah abg mat plak yg amik alih peranan kahkahkah...ada ke patut hud hud kata post aku xde fakta...yg dia jwb mengarut melainkan maki2 tu ada fakta la ye abg usin...kelaku yg x baik tu hud hud kahkahkah

Azam Elyn said...

Aku pembangkang gak,tapi lantak lah LGE ni ke dalam,goyang ape,pape pun najib mmg pundek

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...