AMANAH PERAK

AMANAH PERAK
AYUH MENDERMA

Saturday, July 02, 2016

Betulkah Husni merajuk tidak dapat jadi Menteri Kewangan penuh?

  Selepas meletakan jawatan daripada menteri kabinet sehinggalah semua jawatan dalam Umno, bekas Menteri Kewangan ll, Husni Hanadzlah dilaporkan di sini, bahawa beliau mahu pergi ke Jordan untuk  belajar bahasa Arab, pengajian al-Quran dan hafazan ??

 Nampak pelik sunggoh dengan rancangan Husni ini.

   Kalau setakat nak belajar tiga bulan sahaja, dia boleh mengupah orang datang ke rumahnya untuk mengajarnya... Anak bini dia pun boleh belajar sama....

  Buat apa nak susah-susah mahu keluar negara sedangkan dalam negera ini belambak pusat Tahfiz. Guru-guru pun ramai untuk belajar bahasa Arab dan Quran.

 Husni sudah kaya raya, takkanlah Husni nak tinggalkan keluarganya di sini... Tentu diangkut sama keluar ... Duit banyak...

  Beliau jelas mahu lari dari keadaan yang panas di sekelilinganya di sini. Husni stress sebab orang akan tanya kenapa... kenapa ... kenapa...

    Dan kini soalan tambahan : Betulkah kamu merajuk tak dapat jadi Menteri Kewangan penuh?

  Husni mahu melarikan diri dari tanggungjawapnya untuk menjelaskan kepada para penyokongnya kenapa dia meletakan jawatan kabinetnya dan semua jawatan dalam Umno.

  Walaupun Husni telah membuat pertemuan dengan Umno Tambun pada malam Rabu lalu, beliau tidak memberikan penjelasan apa-apa mengenai perletakan jawatannya itu.

 Namun kini mula timbul cerita baru bahawa perletakan jawatan Husni Hanadzlah sebagai Timbalan Menteri Kewangan 2 kerana merajuk??

 Khabarnya Najib telah menawarkan kepadanya Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyebabkan Husni berasa sangat kecewa kerana selama ini beliau sangat mengidamkan jawatan Menteri Kewangan penuh!

   Husni tentu tidak akan letak jawatan jika PM Najib melantiknya kejawatan Menteri Kewangan penuh...
Comments
7 Comments

7 comments :

wijaya kezuma said...

Prinsip apa klu tak jadi mentri kew. Penuh pun dah merajuk..

Zulkifli said...

Salam, antara adab berpuasa adalah menjaga tutur kata. Penulisan sebahagian dari tutur kata. Andaian dan persepsi terhadap seseorang adalah adalah sesuatu yg perlu dielakkan. Tulisan anda dibaca oleh ramai pembaca. Akhirnya persepsi dan andaian ini tersebar, sedangkan HAKIKATnya hanya Allah yg tau apa sebenanya berlaku.
Elakkan daripada persepsi kerana persepsi sebahagian dari persangkaan dan kebanyakan persangkaan adalah dosa.

Anonymous said...

Kerana tak dapat jadi Menteri penuh rupanya. Kalau pasal ini biarlah dia nak belajar bahasa arab .. Nak belajar tamil pun biar lah.

Tak lah hebat mana.. lagi hebat anina dan khairuddin.


Anonymous said...

Tapi ada kemungkinan jika ramai orang Tambun yang datang rumah terbuka dia, termasuk PH, dia tidak jadi belajar bahasa arab.

Mari kita sokong Husni demi menyelamatkan Malaysia !

Anonymous said...

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menempelak kumpulan G18 yang dilihat masih gagal membina kekuatan akar umbi PAN di peringkat cawangan.

Kumpulan G18 adalah kumpulan bekas profesional PAS yang tidak memberi laluan kepada PASMA ketika kumpulan serpihan PAS itu mahu menubuhkan parti baharu tahun itu.

“Pada awalnya G18 itu pada peringkat penubuhan, dia melihat bahawa dia mempunyai kekuatan yang cukup tapi kami memberi pendapat bahawa dalam konteks parti politik kita perlu menerima semua pihak untuk menjadi besar.

“Semua pihak yang menyokong dia hendaklah dijemput untuk turut serta di dalam sesuatu parti politik jadi oleh sebab itu kita (PASMA) mengambil pendirian menyertai Amanah dan mereka bersetuju dan membuka ruang seluasnya pada NGO,” kata Phahrolrazi ketika diwawancara Antarapos.

Pada 24 Jun tahun lalu, wakil kumpulan G18, Hanipa Maidin meminta PASMA memberi laluan kepada kumpulan bekas profesional PAS untuk menubuhkan parti baharu kerana PASMA tidak mempunyai daya tarikan yang cukup di peringkat akar umbi untuk berbuat demikian.

“Saya tidak kata (PASMA) tidak baik… tetapi secara realistiknya sejumlah ahli PAS masih sangsi mengenai PASMA.

“(Presiden PASMA) Phahrolrazi Mohd Zawawi adalah seorang lelaki yang baik tetapi bagi mereka (akar umbi lihat) dia (sebagai) seorang pengacau dalam kemelut Kedah itu,” kata Hanipa.

Pendapat Hanipa turut disokong oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

“Dari sudut reputasi dan trek rekod dalam lapangan politik, saya percaya kami ada lebih (tarikan) daripada apa yang ditawarkan PASMA,” kata Khalid.

Namun selepas hampir setahun, kumpulan bekas profesional PAS diberi peluang memimpin parti baharu-PAN-parti itu hanya mampu membentuk kekuatan di peringkat pusat dan parlimen sahaja.

“Di peringkat nasional sudah selesai, di peringkat parlimen sudah hampir 150 parlimen ada mempunyai Amanah.

“Sekarang ini mereka terpaksa tubuh akar umbi peringkat cawangan setiap daerah mengundi mesti ada dan ini proses yang perlu dibuat dan tidak boleh lari.

“Ia (PAN) tidak ada kekuatan sendiri dan dengan kekuatan sendiri tidak cukup kuat kecuali dengan sokongan parti-parti PH yang lain,”kata Phahrolrazi...

Kahkahkah...daaahhhh kenaaaa...tibai lagi pahrol jgn biaqqqq...ko buat lari kerusi dan depa pon buat lari kerusi...2x5 kahkahkah

Anonymous said...

Nasib baik husni tak tubuh parti baru kahkahkah...logo apa husni nk pakai ye kalo buat parti baru...kwn2 amanah boleh bagi cadangan tak logo apa?kena panggil amanah kalo panggil pan cik usin marah hahaha...mat sabu mesti senyum jeee hahaha

Anonymous said...

Penulis menyanjung tinggi pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan terbaru di blognya bertajuk ‘Rasuah II’. Dalam tulisannya, beliau menyifatkan pemberian bantuan seperti bantuan kewangan, beras dan barangan elektrik sebagai ‘rasuah’.

Beliau seterusnya memberi amaran kepada pemberi dan penerima ‘rasuah’ itu, serta mengingatkan bahawa budaya sebegitu adalah ‘haram’ dari sudut Islam dan hanya akan meruntuhkan masyarakat di negara ini.

Penulis amat bersetuju dengan kenyataan Mahathir itu. Penulis yakin, pemberian bantuan seperti itu ‘tidak pernah’ berlaku di zaman beliau menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri selama 22 tahun dulu.

Dulu di zaman Mahathir, memang ‘tiada’ langsung bantuan kewangan diberikan ketika pilihanraya. Beliau ‘tidak pernah’ keluarkan wang satu sen pun ketika pilihan raya. Malah jika hendak tahu, Mahathir naik satu demi satu anak tangga hingga menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, satu sen pun ‘tidak’ digunakan.

Di zaman Mahathir, bukan saja ‘tidak ada’ politik wang, malah ‘tidak pernah’ berlaku masalah rasuah wang. Memang UMNO di zamannya ‘bersih sebersih-sebersihnya’. ‘Tidak’ ada seorang pun Ketua UMNO Bahagian, AJK Bahagian mahupun Ketua Cawangan yang terima dana ketika itu.

Masa anak didiknya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding Timbalan Presiden UMNO, tewaskan Allahyarham Tun Ghafar Baba pun ‘tidak’ gunakan wang. Mahathir ‘larang’ Anwar buat begitu. Maksudnya, apa yang pernah Tan Sri Sanusi Junid ceritakan pada penulis tentang satu kejadian di Sabah suatu ketika dulu pun ‘tidak benar’ dan ‘bohong’.

Di zaman Mahathir juga, ‘tidak’ ada sebutir beras pun diberikan kepada rakyat, terutama ketika pilihan raya. Mahathir ‘larang keras’ tindakan ‘rasuah’ seperti itu. Siapa yang beri beras kepada rakyat ketika itu akan dipecat dari parti serta merta.

Dulu di zaman Mahathir juga ‘tidak’ pernah diberikan kain pelikat atau kain batik kepada rakyat mahupun orang UMNO. ‘Tidak’ ada apa-apa diberikan. Malah ketika itu, orang UMNO keluarkan ‘duit sendiri’ untuk berjuang. Ala-ala tahun 1946 begitu…

Begitulah bila perkataan dan terma ‘bantuan’, ‘hibbah’, ‘saguhati’, ‘penghargaan’ dan seumpamanya ditukar pengertiannya kepada ‘rasuah’. Apa saja yang diberi, diperuntukkan, dirancang dan memang sudah dirancang turut dianggap sebagai ‘rasuah’.

Kini, bantuan seperti itu turut dilabel sebagai ‘dedak’. BR1M beliau anggap ‘dedak’. Segala macam bantuan yang dihulurkan kepada rakyat yang memerlukan, beliau sesuka hati melabelnya sebagai ‘dedak’. Macamlah dia dan konco-konconya tidak pernah tabur ‘dedak’ dulu?

Agaknya bila bermula budaya ‘dedak’? Di zaman siapa agaknya? Semua itu bermula di zaman Dato’ Seri Najib Tun Razak? Atau ia bermula dan berakar umbi di dalam parti dan kerajaan sejak di zaman beliau menjadi ‘diktator’ dulu? Hinggakan budaya ‘politik wang’ sukar dikikis dalam parti hingga kini, angkara itu bermula dari zaman siapa?

Di zaman dia dulu, tidak pernahkah dia umumkan apa-apa projek ketika setiap kali berdepan dengan pilihan raya? Selama tempoh 22 tahun dulu, berapa kali pilihan raya yang dihadapi? PRK berapa kali? PRN berapa kali? Tidak pernah diumum projek ketika itu? Rakyat bukan bodoh untuk diperbodohkan…
Kahkahkah...cik usin nanti kena kencing mahathir kahkahkah...amik penyamun nk jatuhkan penyamun...cerdik sgt pan ni kahkahkah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...