PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Tuesday, July 19, 2016

Daripada gencatan senjata, TITM berubah menyerang Khalid Samad dan Amanah!


  Kenyataan  Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mengajak parti pembangkang melaksanakan genjatan serangan dan menumpukan serangan kepada Umno-BN sahaja mendapat sokongan Naib Presidennya, Pesuruh Jaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abd Samad dan kesemua wakil rakyat Pas di negeri Selangor.

 Malangnya suara dan sokongan tersebut telah disanggah dengan begitu sahaja oleh pimpinan PAS yang lain.

   Kenyataan Hj Hadi dalam memberikan reaksnya terhadap saranan TITM itu agak keras. HJ Hadi telah mengingatkan TITM bahawa, "PAS terus sedia berpakat dengan semua pihak dan tidak akan bersama dengan sesiapa sahaja yang tidak setia dan bersedia bersama acuan PAS, berpandukan konsep yang ditunjuk oleh Al-Quran,"

"PAS wajib beristiqamah dan bertegas dalam perkara asas tersebut. Semua pihak yang melanggar sempadan ini jangan cuba mengheret PAS terkeluar daripada landasannya."

Kenyataan keras Hj Hadi menempelak Timbalannya telah mendapat perhatian beberapa ahli politik tanah air.

 Keadaan ini telah mendorong Khalid Samad menyarankan agar Tuan Ibrahim dan mereka yang menyokongnya supaya meninggalkan Pas kerana petanda kepada wujudnya pemikiran baharu di dalam PAS.

  Khalid berpandangan TITM dan rakan-rakannya  tidak lagi mewakili pendirian PAS kerana Hj Hadi dan penyokongnya menyanggah saranan gencatan senjata TITM dan menganggapnya ianya sebagai pandangan peribadi TITM.Khalid sangat memahami perasaan TITM kerana beliau dan rakan-rakannya yang mengambil jalan keluar Pas pernah mengalaminya sendiri.

  Mungkin Khalid sangat simpati kepada TITM dan penyokongnya. Khalid tidak mahu TITM dan penyokongnya menerima nasib sepertinya yang telah dianugerahkan banyak gelaran-gelaran sebelum diminta keluar...

 Sementara itu, bekas Naib Presiden Pas, Nakhaie Hj Ahmad menyifatkan cara berpolitik Hj Hadi sebagai bengis.
Politik bengis: Kalau nak kerjasama dengan aku, kenalah ikut aku. Itu sempadannya. Tak ikut aku tak akan kerjasama. Lawan terus. Politik ramah: Kita berkerjasama dalam perkara yang kita persetujui bersama dan kita mengikut jalan masing2 dalam perkara yang kita berbeza. Kita akan terus berdialog untuk mencari persefahaman dan persetujuan dalam usaha kebaikan untuk rakyat dan negara.

 Ciri2 politik bengis juga mudah menghukum kafir, fasik, munafiq terhadap saudara muslim yang tidak sealiran. Politik ramah pula sentiasa menginsafi diri dan memahami realiti lalu mengambil pendiruan " pendirian aku adalah betul tetapi berkemungkinan salah.Pendirian orang lain adalah salah tetapi berkemungkinan betul." Sesuatu pendapat manusiawi tidak mutlak, kerana itu setiap masa harus berusaha mengkoreksi diri dengan menilai setiap langkah supaya menepati syariah.
  Mungkin kerana tempelakan itu menyebabkan TITM terus kecut lalu berubah 360 darjah dan serta merta itu pula menyerang Khalid Samad  dan Amanah.

   Saya sangat tertarik dengan komen  saudara Shahbudin yang menyarankan agar  TUAN IBRAHIM SEPATUTNYA LEBIH DULU MELAKUKAN GENJATAN SENJATA DALAM DIRINYA.

   Shahbudin menulis antara lainnya :

 Jika sebelum ini beliau meminta semua parti-parti pembangkang melakukan genjatan senjata, Tuan Ibrahim seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik mengenai apa yang dilafazkannya itu.

 Tempelakannya agar Khalid Samad berdiam diri dan Amanah dibubarkan, sama sekali tidak mencerminkan keinginan daripada hatinya sendiri ke arah genjatan senjata, jauh sekali untuk sama-sama menumbangkan BN.

 Tidak salah untuk Tuan Ibrahim memberi reaksi terhadap saranan Khalid Samad yang memintanya meninggalkan Pas, tetapi meminta Amanah dibubarkan untuk melahirkan suasana aman dalam pembangkang, lebih menunjukkan ingin berperang daripada mengangkat senjata.

 Tuan Ibrahim seharusnya sedar ketika beliau menyarankan genjatan senjata, Amanah sudah pun wujud dan menjadi sebahagian anggota dalam Pakatan Harapan. Sewajarnya, perkara itu disedari dan dihormati.

 Jika daripada awal sudah mahukan Amanah dibubarkan, buat apa bercakap mengenai genjatan senjata?

 Bukankah genjatan senjata untuk saling menghormati, bekerjasama dan mencapai persetujuan sesama rakan dalam blok pembangkang demi mencapai matlamat menumbangkan musuh yang sebenar?

 Selain itu, tindakan Tuan Ibrahim siang-siang lagi bercakap mengenai pembahagian kerusi pilihanraya dan membayangkan hanya Amanah sebagai punca pertandingan tiga penjuru dalam PRU 14 akan datang juga tidak mencerminkan keinginan ke arah saling berganding bahu menumbangkan BN.

 Beliau nampaknya sudah menyerlahkan keinginan Pas untuk membolot semua kerusi yang pernah ditandinginya sebelum ini dan tidak mahu memberi peluang sama sekali kepada Amanah untuk meletakkan calon, walhal genjatan senjata baru dilafazkan dan rundingan mengenai pembahagian kerusi belum pun dimulakan lagi.

 Apa yang Pas utamakan dalam perjuangan sebenarnya - kerusi untuk diri sendiri atau saling bekerjasama untuk mengalahkan BN?

 Lebih-lebih lagi kerana Tuan Ibrahim sendiri mengatakan saranan genjatan senjata itu adalah idea peribadinya, maka beliau seharusnya berlatih untuk mengawal dirinya secara peribadi terlebih dahulu. Mulakan genjatan senjata dalam jiwa, hati dan perasaan sendiri terlebih dahulu sebelum mengajak orang lain melakukannya.

 Jika tidak, saranannya itu tidak bermaka apa-apa kepada sesiapa, termasuk diri Tuan Ibrahim sendiri. (SH 18/07/2016).
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Ust nakhaie...bekas naib presiden pas...sama mcm salahudin ayub dan husam...dia keluar pas dan masuk umno...brape ramai ahli pas ikut dia keluar?kahkahkah...usin xnk bgtau ke yg nakhaie ni umno?mesra umno nampak usin kita kahkahkah...dah khalid samad ni minat mikrofon tu yg pan lantik pengarah komunikasi jd titm kena phm la hobi khalid samad ni mmg ske berckp kahkahkah...nk amik kerusi dap mustahil dpt...nk amik kerusi campuran pkr pon xde harapan...jd pan ni dok haraplah pas bg laluan dkt diorang untuk bertanding dikerusi majoriti melayu dgn harapan bila menang ble la undi dlm parlimen apa saje ikut kehendak dap kahkahkah...kalu pas yg pegang kerusi mmg berpeluhlah dap sbb pas lawan bn dan lwn org yg lwn prinsip pas mcm perangai dap skarang ni kahkahkahkah...bila pas ada kerusi maka adalah bargaining power bersama pas...sapa yg nk kerjasama dgn pas mesti hormat pas lpas pru14 nanti...pan ingat dia cerdik sgt la tuh kahkahkah...bubarlah pan tu masuk pkr or dap tubuh biro agama dlm dua parti tu dan suruh ust mad awang dan ust ghani jd penasihat pkr n dap abis cerita...saranan TITM tu dah bertepatan...kahkahkahkah

Anonymous said...

Mangkuk berserban tu bukan faham pun apa yang dimaksudkan gencatan senjata. Kalau ada pun yang boleh kita faham ialah gencatan senjata versi pas ialah kita serang musuh ketika kita minta seteru lakukan gencatan senjata.

roslaney abrah said...

biase le... saya pong nak makan jugak...

Anonymous said...

itulah akhlak dan pendirian org pas la ni..
jenis kluk klek..

Anonymous said...

Sikap dan muka LAHANAT sama saja di mana mana

Contoh semasa terbaik itu lah TITM

Kepala Otak punya orang

Paling tidak jaga lah nama baik Mak Bapak

Makin TUA makin sesat pulak orang PAS ini

Mak Bapak tak ajar masa kechik dulu ke ?????

Anonymous said...

TITM TAK PADAN NK LAWAN KHALID SAMAD. TITM SGT JUNIOR. KHALID DAH TERLIBAT DGN GERAKAN ISLAM MASA STUDENT DI ENGLAND. SBB TU TITM BILA DIJERKAH OLEH HADI AWE TERUS U-TURN. DARI GENCATAN SENJATA TUKAR DAN MOHON KHALID DIAM DAN BUBAR AMANAH. NAMPAK SANGAT TITM TAK CERDIK KLUK KLEK TIADA PENDIRIAN. THIQAH WALAK N UKHUWAH KONONNYE. SEBENARNYA TITM DAH KENA SEMBELIH OLEH HADI AWE N GENG PAS CHAI NYE. ORG KAMPONG CAKAP TAKDAK TELOQ. HAHAHAHAHA

Anonymous said...

TITM TAK PADAN NK LAWAN KHALID SAMAD. TITM SGT JUNIOR. KHALID DAH TERLIBAT DGN GERAKAN ISLAM MASA STUDENT DI ENGLAND. SBB TU TITM BILA DIJERKAH OLEH HADI AWE TERUS U-TURN. DARI GENCATAN SENJATA TUKAR DAN MOHON KHALID DIAM DAN BUBAR AMANAH. NAMPAK SANGAT TITM TAK CERDIK KLUK KLEK TIADA PENDIRIAN. THIQAH WALAK N UKHUWAH KONONNYE. SEBENARNYA TITM DAH KENA SEMBELIH OLEH HADI AWE N GENG PAS CHAI NYE. ORG KAMPONG CAKAP TAKDAK TELOQ. HAHAHAHAHA

Anonymous said...

Anon Tuesday 19.

Tuan...secara sedar atau buat2 tak sedar bila tulis komen tu ye? Nakhaie keluar PAS dan masok Amno kan?
Manakala puak2 Amanah yg digelar PANkhianath tu pulak keluar PAS dan tubohkan parti baru..dan parti baru tu ditubohkan secara jelas untok melawan Amno! Serta jugak melawan anasir2 dan simptom2 yg cuba menongkat Amno!

Taknak komen tulisan Tuan yg selebehnya..hanya nk komen bab Nakhaie kluar parti PAS tapi cuba2 disama ertikan dengan Puak2 yg digelar PANkhianat tu..semoga Allah memberi kecerdasan pada otak Tuan..

Amin...

Anonymous said...

Jangan cakap macam tu, itu dah cara Israel buat dgn Palestin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...