GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, July 09, 2016

Dedah pembohongan Ustaz Zakaria Ahmad

  
  Transkrip : Baru ni Tok Guru Haji Hadi Awang… dia bawa satu usul dalam parlimen supa diletakan Mahkamah Syariah standard taraf sama dengan Mahkamah Sivil… dan Alhamdulillah diterima untuk peringkat bacaan … nak bahas dia bulan sepuluh nanti…

 Segi dakwah satu kejayaan besar… enta tahu tak.. suara yg bercakap ni start tahun 1959… dah hampir dekat merdeka, hampir 60 tahun dah … Lima purut tiga serangkai… buta perut, takda akai… habak lama dah … 60 tahun baru orang terima … sekurang-kurangnya… kita pun cerdik pi jolok.. jumpa agong dulu … Agong Kedah ni … 

alhamdulillah dia hormat ulama’… Dia cakap dalam parlimen… Tok Guru bercakap dalam parlimen… depa nak tolak tak lepas pergi… sebab Agong dah bercakap….hangpa tolak… makna hangpa tolak ucapan Agong! Kita pun cerdik jugak!

 Kalau lagi tidak dipinda, hudud tidak dibuat lagi di Kelantan… enta tahu tak? Undang-undang di Mahkamah Syariah tu ada kalanya denda buang sampah lebih mahal denda Mahkamah Syariah… denda hisap rokok lebih mahal dari denda Mahkamah Syariah… 

 Jadi kita minta standard Mahkamah Sivil…. Enta ingat tak dua tahun sudah kalau tak silap saya … Jab Agama Negeri Sembilan .. tangkap pondah-pondan .. hak laki-laki pakai pompuan… Mak Yah lah makcik oii … Mak Yah tu yg mekap kalah hangpa… halkum besak-besak bola pingpong … Jabatan Agama ambil tindakan tangkap depa… didakwa lah.. semua… enakmennya ada … Kedah, Perak semua ada… depa dah bawa kes ni ke mahkamah sivil… loyar depa bawa…

 Hakim Mahkamah Sivil kata apa… enakmen syariah dibuat oleh Jabatan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan dan lain-lain … yg mengambil tindakan pada laki-laki pakai perempuan… bercanggah dengan perlembagaan Negara … bercanggah dengan hak asasi maknusia … kerana laki-laki pakai perempuan telah dianggap sebagai satu kesalahan jenayah… enta bayangkan… siapa Ketua Agama Negeri?... 

 Ketua Agama Negeri siapa dia? Sultan! Bawah dia Mufti… bawah dia Qadhi… bawah dia Hakim…lawan dengan pondan menang pondan… di mana maruah Sultan…maruah Qadhi.. maruah Mufti .. maruah Hakim… di mana muruah Islam yang dikata hebat dgn Yahanana? Pondan boleh menang dalam kes ini… 

 Di mana maruahnya Islam… Hakim Mahkamah Syariah hebat la ni… Kawan-kawan saya duta … gaji dua belas ribu ke atas… kereta cermin gelap… Yang Arif… tiba-tiba bicara, Mahkamah Sivil boleh kondem hak Mahkamah Syariah… Tak hinakah kita? Duk dekat 60 tahun kita merdeka duk peringkat tu… 

Sekurang-kurangnya usul diterima ni… satu dari segi dakwah … sebab itu tuan-tuan perjuangan Islam dia kena makan masa lama… tak boleh hari ni berjuang, minggu depan orang terima… kena sabar… wal-asri duk baca manjang … tak boleh menang cepat… dia kena sabar… 

 Enta ingat tak dulu.. tudung kepala makcik-makcik ingat nuh.. tahun 80-an… pada masa tu makck-makcik duk pakai seluar yenki… rambut bersimpul macam mee magie.. berjalan macam nampak ranggi … tengok sekali menyampah tak mau tengok lagi! Hangpa tengok orang pakai tudung rasa lemas… rimasnya I tengok… macam hantu pocong … macam rimau bergerak… macam gagak hitam… pelik tengok orang bertudung… La… kita tentang, hari ni kita terima … itu hidayah Allah … 

 Dulu banyak orang cakap jangan campur politik dengan agama… La Alhamdulillah.. orang dah tak becakap hari ni… 

 Dulu ingat Tok Guru Nik Aziz hudud tahun 93… macam-macam pakat hentam orang tua tu… jumudlah.. digunalah ustaz-ustaz ampu sana …wa ampu sini wal talivisen … tak wajar hudud dilaksakan lagi .. hakim tak cukup saksi… sebagainya.. macam-macam alasan…

La… Alhamdulillah 20 tahun, tahun 93 dikemukakan, 2013 baru diterima untuk peringkat jalankan … soalnya kurang-kurangnya berjuang Islam ni orang dah boleh terima… dakwah kita dah diterima walaupun tak boleh perintah lagi… Kalau depa tak buat.. yang tu depa antara tuhan Allahu ta’ala sebab depa dah berjanji… bulan sepuluh ni nak dibahaskan… 

Saya sebut duk khutbah banyak kali … minta minta, saya harap semua ahli parlimen yang beragama Islam .. tak kiralah hang parti apa .. hangpa wajib menyokong usul dinaikkan Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil supaya mudah terlaksana hukum hudud di Kelantan dan sebagainya.

 Seandainya anda tidak menyokong… atau anda berdolak daleh… menyebabkan gagal dinaikan taraf Mahkamah Syariah… didaulatkan Islam… anda sudah jadi orang yang munafiq… Innal munafiqeena fiddarki asfali minannar… Orang Munafiqeen itu tempatnya api neraka paling bawah sekali … nak kata apa lagi dah… Nak kata orang Islam? Mai ke Islam.. ajak Islam… tak mahu sokong… Nak kata kapiaq nama Islam… kata apa? Munafiq!

 Saya bagi tahu awai dah.. jangan letakkan parti anda … ketua parti anda … lebih daripada Allah dan Rasul … duk terikat dengan parti.. duk terikat dengan ketua mereka… hangpa nak taat Allah dan Rasul … nak taat ketua hangpa.. parti hangpa… peringkat ni Allah nak uji hangpa … Kita nak tengok bulan sepuluh… nak tengok depa nak sokong tak sokong hok yang ada … sokong 2/3 memang dah boleh jalan dah… sebab orang Islam 2/3 dalam parlimen ni…

 DAP, MCA, Gerakan… biasa depa ni pelik.. depa ni mahukan اسلام بدون الشريعة Islam bidunisyariah… enta faham tak? الدولة بدون الشريعة - Ad-daulah bidunisyariah … Negara yang tidak ada undang-undang Islam … depa ni nak nilai Islam… baik akhlak… jangan rasuah… kena adil… yang tu depa nak… undang-undang Islam depa tak mau… 

Jawapan Ust Che Ibraim Mohamad kpd pembohongan/penyelewengan fakta oleh Ust Zakaria Ahmad; 

1. Usul yg dibentang oleh TGHH ialah utk meminda kuasa hukuman dlm Akta 355, Akta Mahkamah Syariah ( Bidangkuasa Jenayah ) 1965 drp denda rm5000,penjara 3 thn dan sebat 6 kali kpd mengikut undang2 Islam, bukan meminda bidangkuasa jenayah mahkamah syariah bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan. Usul ini jika diluluskan, mahkamah syariah boleh menjatuhkan hukuman mengikut islam kpd beberapa kesalahan spt zina, qazaf dan syurb mengikut bidangkuasanya yg termaktub dlm Senarai II Jadual 

Perlembagaan Persekutuan. Adapun bidangkuasa mahkamah syariah utk membicarakan kesalahan2 hudud dan qisas yg lain tetap tidak dibolehkan.

 Usul ini tidak ada kaitan langsung utk menaikkan taraf mahkamah syariah setaraf dgn mahkamah sivil dan pelaksaaan hukum hudud di Kelantan @ enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015.

 2. Mahkamah Syariah ada kuasa utk mengenakan hukuman sehingga denda maksima rm5000 dan penjara 3 thn serta sebat 6 kali atas apa2 kesalahan yg dibicarakannya, dakwaan hukuman hisap rokok atau buang sampah adalah lebih tinggi merupakan satu prejudis dan boleh didakwa menghina mahkamah syariah.

 3. Dlm kes lelaki berpakaian wanita yg dianggap satu kesalahan jenayah dlm Kanun Jenayah Syariah Negeri2 yg kemudiannya peruntukkan tersebut dianggap tidak sah dan dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi adalah berkait dgn isu perlembagaan, bukan isu mahkamah sivil boleh membatalkan keputusan mahkamah syariah.

 4. Semua Hakim Mahkamah Syariah dilantik atas Gred 41 dan 44, manakala Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pula gred 48 dan 52, hanya Ketua Hakim Syarei shj atas gred Jusa. 

5. Kanun Jenayah Syariah ii 1993 yg dibuat zaman TGNA telah ditukar kpd KJS II (1993) 2015 dan sehingga skrg belum dikuatkuasakan.

 6. Tuduhan ahli2 Parlimen melayu/islam yg tidak sokong usul TGHH pd oktober nanti sebagai munafik adalah karut dan tidak ada asas syarak.

 p/s adapun dakwaan Pas telah jumpa Agong dan Agong telah setuju dgn usul TGHH ambo tak minat nak komen sebab telah mencemar dan memperlekehkan institusi beraja.

Komen al-Husseyn :

  Saya telah meminta bantuan Ust Che Ibrahim Mohamad (CIM) supaya mengulas ucapan Ust Zakaria di atas itu.

  Latar belakang beliau sebagai bekas Setiausaha Jkuasa Pindaan Enakmen-Enakmen Mahkamah Syariah Kelantan, sudah tentu merupakan orang yang sangat bermaklumat mengenai isu RUU tersebut.

  Alhamdulillah CIM telah sudi membantu kita semua dalam menghuraikan beberapa perkara pembohongan abang kepada YB Ust Idris Ahmad, Ust Zakaria Ahmad menerusi rakaman vdo diatas tadi.

   Saya cuma nak tambah dua perkara pokok mengenai pembohongan Ust Zakaria Ahmad ini.

Pertamanya ucapannya yang diawal rakaman, Ust Zakaria mendakwa :

1) RUU persendiraian yang Hj Hadi bawa ke parlimen itu bertujuan supaya  Mahkamah Syariah naik taraf sama dengan Mahkamah Sivil…

Ulasan : Lebai ni mohong! RUU tersebut hanya bertujuan untuk meningkatkan jumlah hukuman di Mahkamah Syariah yang telah begitu lama tidak dipertingkatkan. 

“Kuasa merotan sebanyak maksimum enam kali sebatan, denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih daripada tiga tahun, antara perkara yang akan disentuh di dalam pindaan yang dibentangkan ini,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini.

  RUU itu sekali-kali bukan bertujuan supaya Mahkamah Syariah naik taraf sama dengan mahkamah Sivil seperti yang didakwa Ust Zakaria Ahmad.

2) … jangan letakkan parti anda … ketua parti anda … lebih daripada Allah dan Rasul … duk terikat dengan parti.. duk terikat dengan ketua mereka… hangpa nak taat Allah dan Rasul … nak taat ketua hangpa.. parti hangpa… peringkat ni Allah nak uji hangpa …

Ulasan : Ust Zakaria ni sebenarnya tidak menyedarai yang dia dan yang mereka yg sewaktu dengannya meludah ke langit dan kena atas batang hidung puak-puak dia sendiri. 

 Contoh yang paling jelas ialah ketika Muktamar Pas ke-61 dulu, mereka ikut saja kehendak presiden supaya usul oleh Dewan Ulama supaya memutuskan hubungan dengan DAP supaya diterima dengan sebulat suara tanpa dibahas. Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh YB Mahfuz Omar.

 Walaupun keputusan tersebut telah dibantah oleh beberapa perwakilan, antaranya anak almarhum Ust Fadzil Nor, Muhammad Faiz Fadzil Noor yang mahukan usul itu dibahas oleh perwakilan muktamar kerana keputusan bertahaluf siayasi dengan DAP telah dibuat melalui Muktamar yang sebelumnya.

  Tetapi adalah agak pelik apabila Ketua Dewan Ulamak, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengeluarkan kenyataan bahawa Dewan Ulama Pas tidak seharusnya dipersalahkan kerana mencadangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang telah dilulus tanpa dibahaskan dalam muktamar tahunan parti itu minggu lalu.

 Beliau berkata, sebaliknya muktamar yang perlu dipertanggungjawabkan kerana bersetuju menerima usul itu tanpa melalui sesi perbahasan.



 “Kalau boleh, memang Dewan Ulama mahu usul itu dibahaskan supaya kita boleh dapat pandangan dan bincang tentang kesan kepada parti jika usul itu dilaksanakan, katanya di sini.

   Dewan Ulama tidak mahu kesalahan diletakan keatas bahunya... Dia mahu melepaskan dirinya  begitu sahaja...?? 

  Namun Dewan Ulama tidak berani untuk berterus terang nak bagi tahu atas kemahuan siapa sebenarnya maka usul itu dilulus tanpa dibahas ..... ???
Comments
13 Comments

13 comments :

Boley Jalan said...

Ostat2 ni mabuk ke kemaruk.......hj Mohd Najib kata derma....hj hadi kata infaq......walau pun kena batang hidung masing sebab masuk ac peribadi!

Lelaki Dicermin said...

Sebenarnyakan bagi aku pembangkang..dap, keadilan dan amanah terpengkap isu akta 355 ini. Sbb apa aku ckp begini.. aku tak ingat selepas atau seblm di lulus di dewan negeri kelantan akta 355 ini.. husam ada keluarkan kenyataan apa yg bentangkan di dewan negeri itu bukan hudud. Cuma sebuah akta menambah denda sedia ada..semua org pas tak kira atas ke ahli biasa yg bawah sampai mengkafirkan sape yg menentang akta ini.. bayangkan ahli biasa pas tak ingat dosa pahala kesan mengkafir kan org..yg paling di kafirkan ahli amanah..sbb berpisah dr parti sbb hudud. Memang akta ini perangkap PAKATAN HARAPAN..sbb segala ahli pas ckp itu hudud..pakar staregi PH langsung tak mengkaji pindaan akta 355 tu.. ikut je pas war2 kan huhud..terima je.. patut apa yg husam ckp tu di kaji dan di terima pakai..PH patut war2kan akta hanya pindaan bukan hudud.. kalau PH war2kan satu malaysia akan tahu..ulamak2 pas menipu...kena kat batang hidung pas sendiri.. ini senyap je..mana pakar strategi PH.bg aku rakyat malaysia telah kesan kelemahan pembangkang..sbb isu mudah tak dpt jawab..skg byk rakyat malaysia..beranggapan PH menolak hudud.jawapan kat kuala kangsar dan sg besar.tp mana hududnya..dr pemimpin amanah dan pkr tak pernah berckp apa yg husam ckp tu..berckp di ceramah dan menjawab di artikal begitu gagah..tp ulasan husam di lupakan.skg kesan terlalu besar..kalau tak di pasang strategi dr skg utk bulan oktober nanti memang selemah2 PH..

Anonymous said...

Apa lagi, anjurkan debat. Inilah peluang PH menghuraikan pembohongan PIS. Jgn main hujah kot internet saja, rugi PH.

- Mat Safian

Anonymous said...

Pesanan dan Amanat Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi, SU Agung Kesatuan Ulama’ Sedunia & Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah

Selesai mesyuarat Lembaga Syariah bersama Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi di sebelah pagi, saya telah meluangkan masa melawat Ibu Pejabat Kesatuan Ulama’ Sedunia serta menziarahi beliau di rumahnya sebagai memenuhi jemputan peribadinya.

Alhamdulillah, banyak isu semasa yang melanda ummah yang beliau kongsikan kepada saya, berserta beberapa pesanan dan amanat agar saya menyampaikannya kepada mereka yang tidak hadir.

Beliau memulakan pesanannya dengan menyebut tuntutan syarak ke atas nasihat-menasihati antara sesama Muslim tanpa mengira darjat, yang seharusnya diamalkan dan dihidupkan. Setiap insan sentiasa memerlukan nasihat termasuklah ulama’ sendiri, berdasarkan hadith Nabi SAW, “Agama itu (tertegak) dengan nasihat…”

Khusus buat umat Islam di Malaysia, beliau berpesan agar bersungguh-sungguh dalam memelihara aqidah ahli sunnah wa al-jama’ah dan berwaspada terhadap segala ancaman Syiah.

Beliau memberikan iktibar terhadap gerakan penghapusan etnik ahli sunnah yang sedang berlangsung dengan giatnya hari ini di Iraq dan Syria serta segala ketidakstabilan politik yang berlaku di lain-lain negara Teluk hari ini merupakan konspirasi puak Syiah yang berpusat di Tehran.

Mereka dikatakan mempunyai perancangan yang penuh rapi lagi strategik dalam merealisasikan misi Syiahnisasi dan Iranisasi.

Menurutnya, puak Syiah sanggup berbuat apa sahaja bahkan bekerjasama dengan kuffar demi memerangi ahli sunnah.

Tambah beliau lagi, Syiah kini sudah mula melebar luaskan pengaruhnya di Afrika bahkan di Indonesia.

Menurut beliau, salah sebuah parti politik di Indonesia hari ini telah dipimpin oleh para penganut Syiah dan kini menganggotai dewan permesyuaratan rakyat.

Anonymous said...

Justeru beliau memberikan peringatan kepada umat Islam di Malaysia agar jangan sesekali memberi ruang, peluang dan kuasa kepada mana-mana politikus yang disyaki cenderung kepada fahaman Syiah (tasyayyu’) kerana mereka amat ‘berbahaya’.

Bersabit isu Syiah ini juga, beliau menyatakan bahawa Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi (Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia) sedang dalam proses menyiapkan penulisan sebuah buku khusus berhubung penyelewengan fahaman Syiah. (Saya terlupa judul buku yang dinyatakannya)

Pesanan beliau yang kedua ialah agar umat Islam bersungguh-sungguh dalam menerapkan nilai-nilai Islam di dalam segenap aspek kehidupan, baik politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan sebagainya.

Berhubung isu-isu politik terkini di Malaysia, beliau ada menyatakan kepada saya bahawa nama beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah diputarbelit kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah memberikan sokongan dan pengiktirafan (mewakili Kesatuan Ulama’ Sedunia) ke atas penubuhan sebuah parti politik baru di Malaysia.

Ini bermula melalui program ziarah delegasi parti politik berkenaan ke rumahnya dan salah seorang dari delegasi tersebut telah bergambar kenangan dengannya.

Syaikh Ali telah mensyaratkan padanya agar tidak mendedahkan foto tersebut kepada umum kerana khuatir seandainya pertemuan tersebut disalah anggap dan diputarbelit oleh pihak-pihak tertentu.

Malangnya, pemimpin tersebut telah berbuat ‘khianat’ dengan mendedahkannya kepada umum, lalu diada-adakan cerita kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi yang mewakili Kesatuan Ulama’ Sedunia telah memberikan pengiktirafan ke atas penubuhan parti tersebut!

Menurut beliau, Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi enggan bertemu dengan delegasi parti politik baru dari Malaysia itu biarpun telah dimohon.

Sehubungan dengan itu juga, Syaikh Ali meminta saya memaklumkan kepada sahabat-sahabat di Malaysia bahawa Syaikh Abd Ghani Shamsuddin, Timb. Penasihat Umum parti berkenaan telahpun disingkirkan dari jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara atas faktor-faktor tertentu.

Syaikh Ali menegaskan bahawa pendirian beliau ini adalah persis sebagaimana pendirian Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi serta pendirian rasmi Kesatuan Ulama’ Sedunia.

Sebelum pulang, Syaikh Ali telah menghadiahkan saya sebuah buku terbaru beliau yang baru diterbitkan dalam bulan ini berjudul, “Ijarah al-A’yan wa Tatbiqatuha al-Mu’asirah: al-Ijarah al-Muntahiyyah bi al-Tamlik wa Sukuk al-Ijarah”, berserta dua lagi buku beliau yang masing-masing berjudul “Hukm al-Istithmar fi al-Islam” dan “Ahkam al-Mabit fi Ayyam al-Tashriq”.

Sesungguhnya coretan ini adalah benar dan ianya merupakan amanat beliau kepada saya untuk disampaikan.

Wan Norhaziki Wan Halim
19/01/2016; 2:51 AM
Doha

Yang ni apa crita cik usin...kuikuikui...tipu jugak ke ust ghani kita ni...kikikikik...jgn marah ye abg usin...

Anonymous said...




Budak budak bermain mercun
Seronok terkinja dpt perhatian
Begitulah tahap akal wala'un
Bercakap berhujjah bak budak hingusan


Apalah diharap budak hingusan
Mudah diper'gula' dijual beli
Apalah diharap jubah dan sorban
Ibarat KULIT yg ber'ulat di'isi
Apalah diharap ularrmak UPAHAN
Berbelit FITNAH tiada ber'INTEGRITY


Ponteng FITNAH tiada AMANAH
Sedondon menyamun rasuah menCURI
Ibarat busuk BANGKAI bernanah
Tak siapa yg WARAS ingin hampiri


Tak siapa yg WARAS ingin hampiri
Kecuali WABAK siku dan lutut
WABAK fitnah rasuah menCURI
Sanggup di'MOLEK' mnggunakan hudud
Alangkah jijik alangkah keji
Alangkah BOBROK nya buta diHATI!


Anonymous said...

ALAHAI ZACk KONGKEK, KENAPALAH PARTI PMIP NI SIMPAN ORANG MACAM NI NAK JADI PENCERAMAH..TAKDa NILAI LANGSUNG..HUH

tanya sama itu hud hud said...

Kahkahkah..
Wan norhaziki ni setiausaha yusuf qardawi ke?
Mana surat perlucutan ust ghani tu?
Nak muhong mcm kes hadi ah wang kata dia surat dari al qhardawi haramkan parti amanah??
Kahkahkah
Walaun semua kaki auta.
Termasuklah al padil hustat zakaria al kongkek(gelaran diberi sbb dia sendiri syok muhong)
Paspispus

Anonymous said...

Ni bukan ulamak islam ni kategori tahik
Kemanapun buat apapun cakap apapun busuk mcm taik.

Anonymous said...

Dia naib presiden asian finance bank dan ketua bahagian syariah asian finance bank...hud hud pergi baca dan selidik website asian finance bank dulu dan tengok apa hubungan norhaziki ni dgn syeikh ali SUA kesatuan ulama...jgn mls nk baca n selidik lpas tu nk mrh org kahkahkahkah...ust ghani pon tersipu sipu malu bila,wartawan tanya betul ke tak kena pecat last2 rasa terkilan sebab norhaziki ni tak jumpa dia dulu sebelum keluar statement yg dia kena lucut jawatan kahkahkahkah...rasa2nya hud hud ni tertinggal bas kot kahkahkah...nanti gua paste kan statement ust ghani lak...kahkahkahkah

Anonymous said...

Kahkahkah kn dh kena balik..aa jwab ar walakontol

tanya sama itu hud hud said...

Apa kena mengena website asian finance dgn statement merapu hg tu?
Soalan aku,norhaziki ni setiausaha yusuf qardawi atau syeikh ali ke?
Soalan kedua aku,mana surat dr kesatuan ulama yg melucutkan jawatan ust ghani tu?
Jawab soalan,jgn jd walaun bahalul yg tak reti jawab soalan.
Bab ust ghani tesipu2 tu ada tak video atau gambar,meh nak tengok.
Kalau tak ada,hg pi minum racun la lg baik dari duk merapu kat sini

Statement aku,hadi ah wang menipu kata ada surat dari yusuf qardawi yg mengharamkan parti amanah.bila org minta nak tengok surat tu,sampai la hadi tak berani tunjuk.sebabnya dia pendusta..

Jawab bagi bukti la.
Mana ada walaun reti berhujah.
Pemimpin sendiri bacul bila diajak berdebat.
Belajar jawab soalan.kalau tak reti jawab,diam.
Bukan berlagak bijak tapi menyerlahkan kebahalolan.
Hehehe

Anonymous said...

25/1/16 – Sekalipun menjawab secara samar, namun ulama Parti Amanah Negara (PAN) Ustaz Abdul Ghani Samsudin seolah-olah mengesahkan kebenaran dakwaan beliau disingkir daripada daripada memegang jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara (KUMS)
Dalam masa sama Abdul Ghani menafikan penyingkiran beliau daripada jawatan Pengerusi KUMS itu disebabkan beliau berfahaman Syiah.

“Penamatan tugas saya sebagai wakil Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia tidak ada kena mengena dengan dakwaan fahaman Syiah seperti mana yang tersurat atau tersirat dalam surat KUMS berkenaan.

“Alasan yang dinyatakan adalah kerana Kesatuan Ulama Sedunia tidak mahu dilibatkan dengan politik tempatan,”katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan penyokong PAN, blog greenboc, hari ini.

Kaskaskas...ini greenboc yg lapor...bkn harakah...bukan dia mengaku sendiri ke yg dia dah kena letak jawatan...ke nk suruh ustaz ghani tulis surat untuk hud hud lak hahahaha..nkaskakas...gurkha marah....hahahaha...banyakkan membaca ye lain kali hudhud...takpela norhaziki tu bkn sape2 tp oleh kerana surat dia tu maka kantoila ust ghani kita tu dibuatnya...hebat jugak budak tu...terpaksa ustaz ghani mengaku...kalo tak snyp mcm tu je laaaa kuikuikui kahkahkah...nanti hudhud maki aku mcm biasa la...takuttttt...abg usin...kelaku yg tak baik hudhud ni abg usin betul tak kahkahkah...tungguuuuu...nk tengok dia nk spin apa plak hud hud ni hahahaha...lepas ni dia mintak surat dari greenboc plak hahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...