Sunday, July 17, 2016

Hello Erdogan... Ini Naib Ketua Ulama Islam Sedunia nak cakap dengang mung...

Skrin komputer pun lum menyala lagi....
Tekun atau tukun depan leptop?
  Ada pula yang mengaku konon-kononnya Tok Guraunya begitu perihatin dengan perkembangan politik di turki....

 Kononnya Tok Gurau sedang berusaha menghubungi pimpinan lain melalui pelbagai aplikasi...err.. siapa yang dia hubungi itu ?? Hanya Allah sahaja yang tahu.... tidak mungkin Tok Gurau menghubungi Erdogan...

   Takkanlah Tok Gurau yang satu ketika dulu begitu meluat dengan Erdogan, tiba-tiba sudah berubah??

    Tapi sehingga kini, belum ada apa-apa kenyataan dari mana-mana pemimpin Pas mengenai perkembangan pergolakan politik di Turki. Baik di fesbuk, mahu pun di akhbar-akbar nasional. Malah akhbar milik sendiri, Harakah hanya mengeluarkan kenyataan Majlis Perundingan Petubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang ditulis sendiri oleh presidennya, Cikgu Azmi - Mohd Azmi Bin Abdul Hamid.

  Syabas kepada parti Amanah, walaupun parti baru dan belum lagi setahun jagong, tapi tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan dan rakyat Turki yang telah berjaya mematahkan cubaan rampasan kuasa oleh segelintir anggota tentera dalam tempoh kurang 24 jam. Baca lagi di sinii

    Kenyataan al-Qaradhawi sudah ada.... Kenyataan Ali Qaradaghi pun sudah ada... malah PM Najib pun ada menghantar tweet kepada kedutaan Turki di Washington DC...


  Tetapi pelik bila Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, yang katanya perihatin dan tekun mengikuti perkembangan pergolakan politik Turki masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.

 Pas tidak dapat disangkal, sangat bencikan Erdogan kerana Erdogan (bekas Ketua Pemuda Parti Refah) dan kumpulannya yang progresif telah keluar dari parti Refah lalu menubuhkan parti baru, AKP. Erbakan dari kumpulan konservatif menubuhkan parti Shadat setelah Refah diharamkan. 

  Parti Shadat dianggap lebih Islamik sementara AKP, serpihan daripada Parti Shadat, dianggap sebagai pengkhianat.... macam G18 keluar Pas dan tubuhkan AMANAH...

  Mereka tuduh Erdogan sebagai liberal dan sekularis. Kebencian mereka terhadap Erdogen terbawa-bawa sampai menggelar pemimpin-pemimpin seperti Husam Musa, Mahfuz Omar , Salahuddin Ayub, Khalid Samad, Dr Dzul dan beberapa lagi yang lain sebagai puak Erdogan... puak parasite, Munafiq Haraki...

  Berikut adalah bukti bagaimana Pas melabel kumpulan yang berada dalam jemaah mereka sendiri tetapi mereka benci dan musuhi, dilabel dengan gelaran Erdogan....
Laporan Muktamar Tahunan PAS ke 57 GOMBAK:

Apakah pengaruh kumpulan ulama yang sekian lama kukuh bertapak dalam PAS sedang menuju pengakhirannya? Keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS yang diumumkan hari ini menunjukkan kumpulan Erdogan menguasai jawatan-jawatan penting dalam parti.

 Jawatan nombor dua parti dimenangi Mohamad Sabu. Kemenangan ini menebus kekalahannya kepada Nasharuddin Mat Isa pada pemilihan tahun 2009.

 Kemenangan itu tidak mengejutkan memandangkan popularitinya di merata peringkat dalam PAS menenggelamkan dua pencabarnya – Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

 Tetapi yang mengejutkan ialah kemenangan 100% kumpulan Erdogan bagi jawatan naib presiden. Ketiga-tiga mereka – Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub – adalah penyokong kumpulan Erdogan.

 Kemenangan kumpulan Erdogan mengesahkan tanggapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berpengaruh menentukan kepimpinan PAS.

 Kini kumpulan ulama yang diketuai Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mendapat perbahasan hangat dari kumpulan Erdogan dalam membuat keputusan penting.

 Yang pasti pintu rundingan kerajaan perpaduan tertutup rapat. Walaupun Hadi menegaskan tiada kerjasama dengan Umno, ramai yang masih sangsi dan ragu. Baca lagi di sini 
  Benci sangat kepada Erdogan sampai mereka menggelar pempinan-pemimpin seperti  Husam Musa, Mahfuz Omar , Salahuddin Ayub, Khalid Samad, Dr Dzul dan beberapa lagi yang lain sebagai puak Erdogan...

  Mereka dilabel sebagai parasite, Munafiq Haraki... Pengkhianat... yang semua gelaran-gelaran burok itu yang pernah mereka lemparkan kepada Erdogan,  kini mereka longgokan pula kepada pemimpin dan penyokong parti AMANAH.

   Timbul juga pertanyaan jahat bila memikirkan betapa bencinya mereka ini kepada Erbakan .... Apakah mereka ini akan memihak kepada Fethullah Gulen, seorang ulama pembangkang yang tinggal di Amerika Syarikat, yang dituduh mendalangi rampasan kuasa dan "mengkhianati" negara Turki?

Korang dah tengok dan kenal tak siapa ulama yang bernama Fethullah Gulen tu? Pakailah cermin mata... manalah tahu, takut-takut tersalah tengok pula....

Comments
7 Comments

7 comments :

Malaysiabaru said...

Duit 2.6b Saudi wHabi gilababi dah d dedakkan kpd pas...

Ikut perintah wahabi...

Anonymous said...

Lidah dah kelu. Jari dah kaku.

Anonymous said...

skrin laptop dia on la weh.. leh nampak silhoutte, tapi cam youtube je.. ke main chatroullete.. ke tengok nustan... kikiki...

Anonymous said...

Hati hati tok guru, nanti keluar pop up porno kat laptop tu..dosa kang. Porno german haha..

Anonymous said...

PAS mengutuk cubaan rampasan kuasa oleh segelintir anggota tentera untuk menjatuhkan kerajaan Turki yang dipilih secara sah melalui proses demokrasi pimpinan AK Party. PAS menggesa semua pihak di Turki untuk menghormati dan mendukung proses demokrasi, bertindak mengikut lunas undang undang dan tidak bertindak sehingga menimbulkan keadaan huru hara.

PAS berdiri teguh bersama hasrat rakyat Turki yang telah memilih kerajaan melalui proses demokrasi yang sah.

PAS merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada semua mangsa yang terlibat dalam tragedi rampasan kuasa ini, ahli keluarga, pemimpin dan seluruh rakyat Turki.

PAS menyokong kepimpinan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, untuk memperkukuhkan demokrasi dan kuasa rakyat dan berdoa semoga beliau terus dapat memimpin Turki dengan cemerlang.

PAS juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk kita sama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Turki dan rakyat Malaysia yang berada di Turki.

“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”

ABDUL HADI AWANG
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
12 Syawal 1437 / 17 Julai 2016

Anonymous said...

Suatu hari nanti parti pas juga akan tenggelam seperti parti refah di turki. Amanah akan berkembang maju seperti parti AKP diturki.

Anonymous said...

Bila bila masa saja boleh u-turn cakap....inilah jadinya bila pemimpin yg sudah hilang intergriti dan jatidiri..ckp2nya sudah tidak boleh dipegang apatahlagi mempercayainya sbb sudah tiada nilai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...