GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, July 15, 2016

Hj Hadi kepada Tuan Ibrahim : Jangan cuba mengheret PAS terkeluar daripada landasannya...

 Sejak keluar kenyataan TITM mengenai gencatan senjata, pelbagai reaksi keluar dari pimpinan Pas dan Pakatan harapan yang mengulas mengenainya...

13 Julai 2016 : PAS tawar 'gencatan senjata' pada Pakatan Harapan


PAS hari ini menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.

 Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap pertelagahan sesama mereka kini dapat ditamatkan demi rakyat dan masa depan negara.

 “Pertama, parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar Umno-BN.

 “Jangan pedulikan tulisan murahan tentera siber yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat.~ sumber

 Gesaan 'gencatan senjata' TITM itu di sokong oleh Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad - parti-parti pembangkang perlu menumpukan usaha untuk menumbangkan BN dan bukan bertelagah sesama sendiri, katanya

  "Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar menunjukkan bahawa jika pembangkang gagal mencapai persefahaman pilihan raya, maka Barisan Nasional yang akan meraihkan keuntungan.~ sumber

  Sementara Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed cuba memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa kenyataan TITM tersebut telah mendapat restu Hj Hadi.

 "Bila dia bercakap tu, mesti ada restu presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

 Pandangan Tuan Ibrahim adalah wajar supaya parti pembangkang tidak bercakaran sesama sendiri, katanya di sini


Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali pula menjelaskan tawaran gencatan senjata sesama pembangkang oleh TITM tidak boleh ditafsirkan sebagai percubaan untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (HARAPAN).

 "Tak ada sebarang (usaha) untuk bersama (dalam) Pakatan Harapan. Tak mungkin berlaku," katanya  di sini


 Pada sebelah malamnya, dilaporkan Hj Hadi berkata, "PAS terus sedia berpakat dengan semua pihak dan tidak akan bersama dengan sesiapa sahaja yang tidak setia dan bersedia bersama acuan PAS, berpandukan konsep yang ditunjuk oleh Al-Quran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 "PAS wajib beristiqamah dan bertegas dalam perkara asas tersebut. Semua pihak yang melanggar sempadan ini jangan cuba mengheret PAS terkeluar daripada landasannya.

  Bebelit-belit... susah sunggoh kita nak memahaminya.... Hj Hadi nampaknya tidak bersetuju dengan cadangan TITM....Hj Hadi ingatkan TITM supaya jangan cuba mengheret PAS terkeluar daripada landasannya...

Kalau amaran tersebut tidak dimaksudkan kepada TITM, maka kepada siapakah Hj Hadi maksudkannya? Bukankah cadangan gencatan itu datangnya dari TITM?

 Kenyataan Hj Hadi diatas itu bukan sahaja satu tamparan kepada TITM, malah ia juga menempelak Ketua Dewan Ulama PAS yang berkata, "Bila dia bercakap tu, mesti ada restu presiden....

  Kita tunggulah macamana Ketua Dewan Ulama Pas nak cover lines dia tu...

  Dari sudut lain, Pas sebenarnya sedang memasang perangkap untuk menjerat Pakatan Harapan. Melalui beberapa reaksi, PKR nampaknya sudah mula menelan umpan yang dipasang itu...

 Azmin Ali memuji Tuan Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang matang serta memiliki visi jauh, apabila meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepartian. Azmin menyambut baik tawaran 'gencatan senjata' TITM...

Rafizi Ramli melalui fesbuknya semalam menulis antara lainnya, "Saya sangat bersetuju supaya satu "gencatan senjata" boleh dilaksanakan secepat mungkin bukan sahaja oleh pimpinan parti-parti pembangkang agar tidak menyerang sesama sendiri; tetapi ia perlu juga dihormati dan dihayati oleh pendokong pembangkang hingga ke peringkat akar umbi.....satu perjumpaan tidak rasmi boleh diusahakan untuk membincangkan langkah lanjut untuk mencari titik mula ini ke arah kebersamaan dalam melawan Barisan Nasional.

  Saya memuji sikap berhati-hati AMANAH dalam isu tersebut dan tidak terlalu ghairah atau terburu-buru gelojoh nak telan umpan tersebut. Mungkin pengalaman mereka yang sekian lama bersama parti sejarah itu cukup mengenalinya... 

 Pandangan timbalan presiden ditolak oleh presiden telah banyak kali berlaku, walaupun presiden telah memberikan mandat kepadanya. Dalam satu kes, Mat Sabu sendiri mendapat gelaran 'Ayam Daging' apabila selaku Timb Presiden, Mat Sabu telah mewakili presiden membawa keputusan mesyuarat pada 17 Ogos 2014 untuk mencadangkan WAWI jadi MB Selangor ke dlm mesy PR Pusat pd 5 ptg hari tersebut.

Kenyataan Mujahid cukup tegas dan elok sangat ia diambil dan menjadi perkiraan Rafizi dan Azmin Ali.

Mujahid Yusof Rawa mahu supaya Pas terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang perbincangan mesti mengiktiraf Pakatan Harapan.

 "Beliau mesti menghormati AMANAH sebagai parti komponen untuk menunjukkan keikhlasannya," katanya."

  Maknanya, Pas perlu belajar bagaimana nak menyebut nama parti AMANAH dengan sebutan yang betul... biar faseh dan betul makhrajnya...

  Kalaulah 'gencatan senjata' Pas ini menjadi realiti... selain tidak menyerang Umno/BN, maka Pas tidak akan serang AMANAH.... Pas tidak akan serang DAP....

  Dunia akan aman kerana gelaran-gelaran seperti Kafir Harbi tidak akan berkumandangan lagi... Istilah-istilah Pengkhianat... Munafiq Haraqi ... Tolol ...

Apakah Pas mampu duk coko sesajer tanpa memaki hamun DAP dan Amanah?

  Maka inilah yang sangat ditakuti oleh Umno/BN sebab kerja-kerja menyerang Pakatan Harapan terutamannya DAP, Umno dah berikan kepada Pas untuk melakukannya... Susahlah Umno kalau terpaksa buat kerja tu semula...

  Tapi walau apa pun, Umno jangan bimbang sebab benda tu tidak akan terjadi kerana menurut Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, cadangan itu hanyalah idea peribadi TITM.  Pas tidak pernah membincangkan perkara itu dan apa-apa pendirian rasmi parti itu akan diumumkan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang sendiri, atau wakil yang dilantik. 
Comments
6 Comments

6 comments :

Azim Alias said...

Kesian tengok hadi..... Makin merapuuuu

Anonymous said...

Woi..walaun. Dalam solat pun, kalau IMAM dah tak betul, disuruh makmum mufarokah...niat sembahyang sendiri. Kalau itu je IMAM nyer, pergi sembahyang kt surau atau masjid lain. Sekrang aku nak tanya. IMAM2 korang tu betul ke tak betul. Duk sibuk melebrkan jurang antara orang Islam dengan orang yang belum Islam. Duk nampak salah orang...salah sendiri tak nampak. Korang ingat tak peristiwa Rasullah di baling batu di Thaif sampai darah bergelinang dalam kasut beliau, Jibril terlalu marah sampai nak musnahkan mereka. Apa Rasullah jawab? Rasullah kata jangan buat apa2. Mereka tak tahu tentang Islam. Mana tahu satu hari nanti keturunan mereka dapat hidayah Islam. Sekarang IMAM2 korang ikut perangai dn ajaran siapa?. Ikut Rasulullah ker atau ikut Yahudi dan Syiah. IMAM korang ikut perangai Yahudi dan Syiah sebab duk sibuk berbangga dengan bangsa dan merasa mereka je betul. Orang lain semua salah. Lu pikirlah sendiri...jangan walak membabi buta. IMAM korang bukan tuhan dan PAS tu bukan agama.

Anonymous said...

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sekali lagi mengulangi bahawa perbezaan antara pembangkang mesti dihormati.

Setelah mencetuskan perbincangan meluas semalam, beliau, bagaimanapun, hari ini kelihatan sedikit berlapik, apabila turut menegaskan sejarah membuktikan PAS rela bersendirian pada masa-masa tertentu.

“Seperti yang disebut di artikel yang lepas, perbezaan ini perlu dihormati dan tidak perlu menjadi titik pertikaian.

“Sejarah membuktikan bahawa PAS rela bersendirian bilamana dasar PAS dipertikai dan ditentang oleh rakan tahaluf (kerjasama politik),” katanya dalam kenyataan susulan selepas cadangan 'gencatan senjata' pembangkang semalam.

Tuan Ibrahim semalam menawarkan “gencatan senjata” kepada Pakatan Harapan untuk menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.

Gesaan itu rata-rata disambut positif pemimpin pembangkang.

Cuma serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) kelihatan agak berhati-hati apabila meminta ia dibincangkan semula dalam PAS supaya tiada “pusingan U” dibuat selepas ini.

Perpecahan pembangkang gagal memberi kesan positif buat masa ini apabila mereka memberi majoriti lebih besar buat BN dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini kerana gagal mewujudkan situasi satu lawan satu.

Islam jalan keluar

Dalam artikel bertajuk “Apakah ada jalan keluar? Bahagian 2” itu, Tuan Ibrahim mengakui kini terlalu banyak harapan diletakkan di bahu pembangkang ketika berdepan pelbagai kemelut dalam negara.

“Andainya pembangkang gagal atas pelbagai faktor, apakah sudah tiada jalan keluar dari kemelut yang ada?

“Sebenarnya tidak, tapi ia tidaklah mudah,” katanya yang kemudian menegaskan PAS tetap percaya bahawa Islam adalah jalan keluar daripada kemelut itu.

Tuan Ibrahim menegaskan mereka istiqamah mendaulat Islam.

“Selagi istiqamah ini berterusan, PAS tidak akan rugi termasuklah dalam kerjasama politik. Kita berjuang kerana Islam dan untuk Islam.

“Inilah nilai perjuangan Islam yang menjadi pegangan kita. Inilah erti berjuang kerana Allah. yang membezakan PAS daripada parti-parti yang lain,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Tuan Ibrahim dan sedang menunggu maklum balas beliau berkaitan isu itu.

Hehehehe...abg husin :-)

Anonymous said...

Hadi kata kena ikut acuan pas..umno ikut ke..aku tgk pis yg ikut acuan umno..perut buncit..kereta besar..rumah besar..

Anonymous said...

Apabila hadi bercakap, terutamanya tentang politik; maka berbelit-belitlah cakapnya. tetapi yang pasti, dia amat yakin bahawa umno adalah parti idaman hatinya walaupun tolak hudud.Yang amat dibencinya ialah DAP dan AMANAH. PKR, akan dibencinya sedikit masa lagi. DSAI pun dia memang dah benci.

Anonymous said...

Mabuk ketum....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...