PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Friday, July 29, 2016

Idris Ahmad, Kalau hang suka pun jangan melampau sangat nak jilat!

Kalau benci pun jangan melampau sangat’ 

 SHAH ALAM – Pas mengingatkan mana-mana pihak yang menuduh parti Islam itu membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) tidak menabur fitnah. 

 Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, parti itu hanya mengingatkan sahaja kerana tidak mahu AS menjadikan isu pendedahan DoJ itu sebagai alasan untuk melakukan sesuatu kepada negara ini. 

 “Tak habis-habis hendak fitnah kepada Pas. Terbaru kata Pas bela (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) kerana isu kenyataan DOJ mengenai wang RM4 bilion. Kalau benci jangan melampau sangat. 

 "Kalau marah jangan hilang rasional. Kalau berbeza pandangan jangan fitnah. Kalau pandai, jangan perasan semua kita tahu. 

 “Pas hanya mengingatkan sahaja. Siapa tidak kenal AS terhadap negara umat Islam. Kononnya Osama Laden sembunyi di Afghanistan, apa yang terjadi selepas itu. Memburu kumpulan al-Qaeda di Iraq, selepas itu apa yang terjadi. 

 "Di Syria, atas nama hendak memerangi IS, rakyat Syria menderita. Ini peringatan umum. Pas konsisten mengenai hal kedaulatan negara,” katanya dalam satu kenyataan. 

 Sebelum ini, DAP mendakwa Pas membela Najib selepas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan sebarang tuduhan mahupun dakwaan terhadap Perdana Menteri perlu disertakan dengan bukti dan saksi yang adil. 

 Menyentuh soal pendedahan DoJ mengenai dua rakyat Malaysia, Riza Aziz dan Jho Low, Idris menyarankan agar tindakan diambil ke atas mereka. 

 “Pihak berkuasa negara wajib memberikan kerjasama untuk selesaikan isu ini jika pihak DOJ mahu individu terbabit dihadapkan ke perbicaraan nanti. 

 “Ini proses keadilan biasa di dalam mana-mana negara. Rakyat Amerika melakukan kesalahan di negara ini, mereka dihukum mengikut undang-undang di negara ini. Jangan mangsakan negara dan rakyat yang lain. Kamu buat, kamu mesti bertanggungjawab,” katanya. 

 Rabu lalu, DoJ dilaporkan cuba mendapatkan kembali 17 aset bernilai lebih RM4 bilion melibatkan rumah mewah, jet peribadi dan karya seni diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan melalui dana 1MDB.

Komen al-Husseyn :

  Macam-macamlah alasan nak jilat presiden dia! Boleh pula nak bawa contoh Amerika serang Osama Laden dan al-Qaedah di Afghanistan, nak dikaitkan pula dengan peperangan IS di Syria ....

 Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat  (DoJ) memfailkan tindakan undang-undang pada hari Rabu lalu yang mahu merampas berpuluh-puluh hartanah terikat kepada 1MDB, mengatakan bahawa lebih AS $ 3.5 bilion telah disalahgunakan. Ia bertujuan untuk merampas aset "terlibat dalam dan boleh dikesan kepada konspirasi antarabangsa untuk penggubahan wang haram dari dari 1MDB".

  Global Financial Integrity Report yang berpengkalan di Washington pada 8 Disember 2015 telah menyenaraikan negara Malaysia anatara 5 negara teratas dalam penggubalan wang haram. Reputasi antarabangsa Malaysia kini lebih teruk daripada Thailand atau Indonesia dan hampir sebaris dengan negara seperti Nigeria dan Rusia dalam hal pengubahan wang haram.

 Malaysia merupakan negara yang bergelar Kleptokrasi kerana 1MDB iaitu "kerajaan yang diterajui perompak" yang mana risiko dinasionalkan dan keuntungan di swastakan 

  Deris Ahmad, hang janganlah nak kelentong sangat, kononnya Hj Hadi dan Pas konsisten mengenai hal kedaulatan negara?

 Pas sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada Amerika kerana telah membantu negara dalam usaha membenteras penggubahan wang haram melalui kemudahan banking di Amerika dan pendedahan Kleptokrasi negara.

  Kerajaan telah gagal menyiapkan siasatan yang berkaitan dengan 1MDB. Pada Jun tahun lalu, kerajaan meminta untuk tempoh enam bulan untuk menyelesaikan masalah-masalah 1MDB. Tiga bulan kemudian, satu lagi 6 bulan telah diminta. Ia telah lebih daripada satu tahun sekarang dan masalah itu adalah jauh daripada diselesaikan. Bukan sahaja seluruh negara tetapi seluruh dunia kini tahu mengenai tompok hitam ini yang akan terpahat dalam sejarah kita.

   Sebelum pendedahan bukti-bukti oleh DoJ, bukan main Hj Hadi desak mahukan bukti.

  Bila dikeluarkan bukti mulalah merapu kononnya nak ingatkan kita semua kemungkinan Amerika nak serang Malaysia! Cukup-cukuplah kelentong kamu tu semua!

  DoJ mendedahkan semua ini melalui dokumen 136 muka surat siasatannya dengan fakta yang jelas dan nyata, tiba-tiba Hj Hadi menyatakan mahu bersama kerajaan Kleptokrasi untuk halau US ?

  Hj Hadi dan Idris ingat dua rakyat Malaysia, anak tiri Najib, Riza Aziz dan penasihat rapat Najib, Jho Low tu besembunyi di Malaysiakah??

   Tujuan DoJ merampas aset - kondominium, rumah-rumah besar, hotel, dan kerja seni - semua yang telah dibeli dengan wang yang dicuri daripada 1MDB dan rakyat Malaysia.Aset itu tidak akan menjadi hak kepunyaan kerajaan Amerika Syarikat.

  Aset yang disita itu akan dipindahkan kembali kepada kerajaan Malaysia. AG Lynch Amerika Syarikat berkata, " Ini adalah wang rakyat Malaysia. Ia bukan hak kepunyaan Amerika. Kami mahu memberikan kembali kepada anda."

  Tapi sebelum itu, Malaysia kena tunggu ada seorang perdana menteri yang baru.... Amerika bukan bangang sangat nak bagi semula aset tu kepada perompak!
 
Jadinya... dimanakah peranan ulama' seperti Hj Hadi? Bukankah Hj Hadi pernah kata nak jadi penasihat BN? Hj Hadi ada peranan yang besar untuk menasihati mereka bukan pergi ampu sana, ampu sini!

 Hj Hadi sepatutnya menasihati mereka yang ada konflik kepentingan, orang seperti Najib yang terlibat untuk pergi bercuti.

Deris ... Deris... hang hanya sebut nama dua ekoq tu jer... tapi macam mana hang boleh lupa nak sebut sekoq lagi "Malaysian Official 1"! Sedangkan "Malaysian Official 1" itu disebut sebanyak 36 kali dalam dokumen DoJ itu. Hang Deris dah melampau!

   Dan rata-rata semua orang mengatakan "Malaysian Official 1" itu adalah Najib! Pendedahan menerusi dokumen tersebut, membuktikan bahawa skendel 1MDB ini menunjukkan bahawa najib seorang pembohong, tidak jujur, tidak amanah, rasuah, menggunakan kedudukan untuk mengayakan diri dah keluarga.

   Apakah Hj Hadi dan Pas sudah lupa amaran Allah melalui ayatnya Surah al-Hud:113 yang selalu kita diperdengarkan suatu ketika dulu - Wa la tarkanu ilalladzina dzalamu.....??

  Hj Hadi dan Pas perlu menyedari bahawa ini bukan satu perkara serangan bermotifkan politik atau untuk menjatuhkan ketua yang dipilih secara demokrasi kerajaan. Ini bukan satu perkara masa depan politik seseorang itu. Ini adalah satu perkara yang mempunyai kepentingan negara dan untuk mengelakkan memalukan lanjut mengenai bagaimana kita menangani isu-isu yang kini pada skala global.

  Maksud sepotong hadis Nabi menyatakan: "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya......"
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Kebetulan sama pulok perangai dgn mr presideng, tak benci orang tapi parti sahaja. Mr presideng fikir tkde orang bernajis dlm parti, cuma parti je yg bernajis.

Anonymous said...

Menyentuh soal pendedahan DoJ mengenai dua rakyat Malaysia, Riza Aziz dan Jho Low, Idris menyarankan agar tindakan diambil ke atas mereka.

“Pihak berkuasa negara wajib memberikan kerjasama untuk selesaikan isu ini jika pihak DOJ mahu individu terbabit dihadapkan ke perbicaraan nanti.

“Ini proses keadilan biasa di dalam mana-mana negara. Rakyat Amerika melakukan kesalahan di negara ini, mereka dihukum mengikut undang-undang di negara ini. Jangan mangsakan negara dan rakyat yang lain. Kamu buat, kamu mesti bertanggungjawab,” katanya.

Rabu lalu, DoJ dilaporkan cuba mendapatkan kembali 17 aset bernilai lebih RM4 bilion melibatkan rumah mewah, jet peribadi dan karya seni diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan melalui dana 1MDB

Cut skit dari artikel usin dan letak dlm komen...apa masalah...kenyataan deris ni ok dan sopan xdak apa pon...tak kan usin tak phm...ada ke deris ni kata jgn siasat terus kes 1mdb ni...kata x cerdik kan marah plak gurkha2 kahkahkahkah...org bodoh bleh lah nk kencing usin uiiiiii...usin suruh lah lge tu bubar dun penang cpt2 nk uji sokongan rakyat dkt dap dan pan tu...pkr dah takut tu usin uiiiii dia tau pan parti usin x rok cetong berat nanang kahkahkahkah tak boleh diharap nk tarik org melayu dlm pru14 ni....usin pon buat2 sedap hati nk bg semngat ingat parti pan dia tu bleh trik undi melayu kahkahkah...sori la usin org melayu nk undi pan lain tahun laaaa kahkahkah

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anon 11:33 kamu lupa nak letak yang inikah? : Deris ... Deris... hang hanya sebut nama dua ekoq tu jer... tapi macam mana hang boleh lupa nak sebut sekoq lagi "Malaysian Official 1"! Sedangkan "Malaysian Official 1" itu disebut sebanyak 36 kali dalam dokumen DoJ itu. Hang Deris dah melampau!

Dan rata-rata semua orang mengatakan "Malaysian Official 1" itu adalah Najib! Pendedahan menerusi dokumen tersebut, membuktikan bahawa skendel 1MDB ini menunjukkan bahawa najib seorang pembohong, tidak jujur, tidak amanah, rasuah, menggunakan kedudukan untuk mengayakan diri dah keluarga.

Jadi Deris adalah sepatutnya kena sebut sekali Najib tu... gitu tak sopankah?

Anonymous said...

Anony. 11.33, mari nak ajar matapelajaran kefahaman sikit, apa yg ustaz deris tu ambil contoh dgn kisah di syria, iraq, afganistan tak relevan dgn kes 1mdb ni. Tindakan doj ke atas 1mdb, disebabkan ia telah melanggar undang2 dlm negara usa, sama la juga klu org luar langgar undang2 malaysia, mestilah di ambil tindakan. Yg di persoalkan ialah contoh yg di ambil oleh ustaz deris tu. Ada faham ka? Jgn lain yg org tulis lain pula yg kamu faham kemudian nak meraban.

Anonymous said...

Usin...kalu najib masuk jail gua gembira...tp usin jgn nampak sgt nk perlekeh org lain mcm deris tu bodoh sgt...apa ko ingt ko cerdik sgt ke usin kahkahkah...malaysian official no 1 tu mmg boleh jd najib...tp aku pelik jugak kenapa DOJ tu tak direct je sebut nama najib?usin bleh explain skit...aku lebih ske kalo di sound trus nma najib takyah selindung2...pelik bin ajaib tu kahkahkah...ko jgn spin hal lain plak usin aku nk ko jwb direct kenapa doj us tu x sound direct nama najib...aku tak fhm ikhlas dr hati suci ni kahkahkah...sebab ko org paling cerdik dlm pan org cerdik no satu kahkahkah

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anon 3:06. Kesian sunggoh nengok kamu ni, meh aku beri sedikit pencerahan di sini.

Dalam pemfailan DoJ yang berkaitan dengan skandal 1MDB, antara individu yang berkenaan yang dinamakan dalam saman itu ialah 'Pegawai 1MDB 1', 'Pegawai 1MDB 2', dan 'Pegawai 1MDB 3'.

Saperti 'Malaysian Official 1' yang dilaporkan dalam dokumen itu, nama-nama pegawai 1MDB lain juga tersembunyi di sepanjang dokumen.

Namun, terdapat petunjuk sepanjang maklumat 136 muka surat dokumen DoJ itu.Kalau kamu minat nak tahu boleh rujuk disini - https://www.malaysiakini.com/news/349782

Contohnya : ‘Malaysian Official 1’ is a relative of Riza Aziz and held a key position in 1MDB since it was founded. Any 1MDB financial commitments that would likely affect the Malaysian government’s policies or guarantees would require his approval.- ini adalah petunjuk jelas ‘Malaysia Official 1’ ialah Najib.

Setakat ini, sedikit perhatian diberikan kepada identiti pegawai-pegawai 1MDB kerana kes ini bukan kes nak tangkap atau nak memenjarakan mereka tetapi untuk merampas asset yang atas nama dua orang yang dinamakan dengan jelas iaitu Riza Aziz dan Jho Low.

Jika asset yg nak dirampas itu atas nama Najib, sudah tentu nama Najib terang-terangan akan keluar!

Kita tunggulah tindakan selanjutnya nanti selepas pembekuan asset ini.Harap kamu cerdik sikit sekarang!

Anonymous said...

Bangang sangat Anon 3.06 tu pak cik usin...kertas pendakwaan Amerika kata 'Malaysian Official 1' ini ialah:

i. Pegawai berjawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia;
ii. Berjawatan tinggi dalam 1MDB. Berkuasa melantik dan menyingkir ahli Lembaga Pengarah 1MDB. Sebarang komitmen kewangan 1MDB memerlukan kelulusan beliau;
iii. Ahli keluarga kepada Riza Aziz.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...