PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, July 14, 2016

Kenali Ulama' Anjingan


  Masyarakat kita umumnya lebih cenderung menamakan ulama itu semata-mata kepada mereka yang berkelulusan dari pusat-pusat pengajian tinggi Islam, atau mereka yang bekerja di jabatan-jabatan yang berhubungan dengan urusan pentadbiran agama.

 Paling anehnya ramai juga mereka yang melabelkan ulama itu pada mereka yang dapat mencipta imejnya dengan serban, jubah, dan janggut. Atau mereka yang dapat berpidato dengan baik dan dapat membaca dalam ucapannya ayat-ayat al-Quran dan hadis dengan fasih. Atau mereka yang menjadi ahli kepada pertubuhan yang diberi nama ulama atau sebagainya.

 Kecenderungan seumpama inilah yang menyebabkan timbulnya kekeliruan dan kecelaruan tentang pengertian dan konsep ulama sebenar, sehingga madlul ulama menjadi kabur. Lebih-lebih lagi apabila ada pihak-pihak tertentu yang gigih memperalatkan institusi ulama bagi kepentingan diri dan golongan untuk maksud duniawi.

 Di samping itu, ada pula golongan yang membuat ukuran ulama dari sudut kepentingan diri dan puak. Ulama yang tidak daripada golongan mereka dikatakan jahil dan orang jahil daripada golongan mereka didakwa sebagai ulama.

 Maka tidak hairanlah, ada bekas tukang kebun sekolah pun diangkat jadi ulama. Ada bekas budak pejabat bank diangkat jadi ulama... ada bekas atendan hospital diangkat jadi ulama'... bekas pegawai kastam pun diangkat jadi ulama...

  Agak malang sekali, ada kalangan yang suatu masa dulu hebat dengan ilmu dan adab kelakuannya, tetapi kini tidak ubah beraksi dipentas dunia politik seperti seorang Raja Lawak.

  Betapa Allah sendiri mengingatkan kita semua bahawa adanya Ulama Anjingan...Ulama Jahat yang disifatkan sebagai anjing.

Firman Allah:

  Maksudnya: Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah kami berikan kepadanya ayat-ayat kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu lalu ia diikuti oleh syaitan (sampai tergoda). Maka jadilah ia termasuk orang-orang yang sesat ( Al-‘araf : 175)

“Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menghulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir” ( Al-‘araf : 176)

 Dalam tafsir kitab al-Qurtthubi, disebutkan ayat ini berkenaan dengan cerita ahlul kitab yg diambil dari kitab mereka, Taurat.

 Menurut Fakhruddin ar-Razi dan Imam Ibni Kathir, ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang lelaki berketurunan bani Israel  yang hidup pada zaman Nabi Musa A.S bernama Bal’am bin Ba’ura’ yang sering disebut dengan panggilan Na'im.

 Menurut cerita ibnu Abbas, Mujahid dan Ibnu Mas’ud, Bal’am bin Ba’ura’ adalah seorang ‘abid (ahli Ibadat) yang makbul doanya, tinggal diperkampungan yang semua rakyatnya di situ kufur kepada Allah SWT. 

 Nabi Musa A.S datang untuk menyerang perkampungan tersebut ekoran kekufuran yang mereka lakukan itu. 

(Mengikut riwayat, Nabi Musa A.S datang untuk berdakwah di kampung tersebut)

 Mengetahui bahawa Bal’am bin Ba’ura’ adalah manusia yang mempunyai doa yang makbul, menyebabkan Bal’am telah dikunjungi orang kampungnya, meminta agar Bal’am berdoa dengan nama Allah yang maha mulia agar Nabi Musa tersesat jalan dari berjumpa dengan kampung mereka.

 Pada peringkat awalnya, Bal’am tidak mahu berdoa seperti permintaan orang kampungnya itu. tetapi, setelah berkali-kali diminta oleh orang kampungnya, yang menyebabkan dia akur dan berdoa agar disesatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada berjumpa kampung tersebut.

 Doa Bal’am itu termakbul, menyebabkan Nabi Musa tersesat di satu tempat yang bernama Tih (sekarang : semenanjung Sinai) selama 40 tahun.

 Kesesatan yang maha dahsyat itu, menyebabkan Nabi Musa bertanya Allah SWT, “Wahai Tuhan, apakah dosa yang kami lakukan sehingga kami tersesat di Tih ini?”

Jawab Allah SWT, “berpunca dari doa Bal’am”.

Nabi Musa berkata lagi kepada Allah, “Wahai Allah, sepertimana kamu mendengar doa Bal’am terhadapku, maka tolong makbulkan doaku terhadap Bal’am”

Lalu, Nabi Musa mendoakan agar Bal’am dicabut keimanan dari dirinya.

 Doa Nabi Musa dimakbulkan oleh Allah, menyebabkan Bal’am mati dalam keadaan kufur dan lidahnya terjelir sepertimana anjing.

  Marilah kita jadikan cerita yang diatas itu tadi sebagai peringatan dan pengajaran kepada kita semua. Kita minta berlindung dengan Allah daripada menjadi seperti Bal’am bin Ba’ura’ yang telah mengetahui kebenaran dan memilikinya tetapi enggan mengikuti tuntunan kebenaran bahkan menyimpang darinya.

  Ayat-ayat diatas menceritakan betapa hina dan kejinya orang yang menurutkan hawa nafsunya yang rendah dan mengabaikan tuntunan pengetahuannya hingga diibaratkan seperti seekor anjing yang akan tetap menjulurkan lidahnya, samada dia dihalau atau dibiarkan sahaja. Begitulah juga dengan Bal'am, walaupun telah diperingatkan dan dilarang, ia tetap akan ingkar dan berbuat maksiat.  ~ sumber
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

Lihat contoh terbaik bg saya ulama dap 2 serangkai yg termasyhur iaitu TGLKS dan TGLGE...dua2 org ni begitu zuhud dan fakih sekali...terutama TGLGE yg baru sahaja membeli banglo berharga juta2 dijln pinhorn...itulah bukti kezuhudan TGLGE...mereka berdua tidak menunjuk nunjuk kepandai mereka dlm ilmu Islam walaupun tinggi pengajian kitab mereka...apabila mereka pergi ke mesir dan lihat suasana disana maka timbul fatwa mereka untuk menolak hudud di malaysia...itulah bukti mereka tidak menunjuk nunjuk...TGLKS dan TGLGE la tempat rujukan terbaik kita...

Anonymous said...

PETALING JAYA: Keceluparan ahli DAP yang dikenali ‘Superman’ Hew Kuan Yau mengeluarkan kenyataan mendakwa Laut China Selatan milik China, diselar aktivis pelajar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq menggesa DAP supaya tidak lagi menutup mata tetapi mengambil tindakan segera terhadap kenyataan Hew di laman sosial Facebooknya yang kelihatan tidak patriotik dan memperlekeh kedaulatan negara.

“Kenyataan berunsur lemah, tidak berasas dan tidak patriotik Hew boleh melemahkan hak dan kedaulatan Malaysia ke atas pulau-pulau yang sedang dipertikai (kepulauan Spratly dan lain-lain),” kata jurucakap kumpulan belia Challenger, dalam satu kenyataan hari ini.

“Kenyataan Hew boleh melemahkan usaha yang dilakukan oleh pasukan tentera yang bertungkus-lumus menjaga laut dan sempadan untuk kepentingan dan kedaulatan negara.

“Kenyataannya juga melemahkan usaha-usaha yang dibuat oleh diplomat, peguam dan pegawai yang bekerja di kementerian hal ehwal luar negara untuk mendapatkan penyelesaian terbaik demi melindungi kedaulatan negara,” katanya.

Syed, pendebat yang tiga kali dinobatkan terbaik di Asia menambah, kenyataan Hew satu bentuk kejahilan sekali gus menggelar Hew sebagai ‘Superman Bodoh’.



“Ini lebih-lebih lagi selepas Mahkamah Tetap Timbang Tara di The Hague mengeluarkan teguran undang-undang terhadap tuntutan maritim China di Laut China Selatan.

“Menurut ‘Superman’, China memiliki Laut China Selatan dan sumber asli bernilai berbilion serta kelebihan perlindungan.

“Sebagai seorang rakyat Malaysia yang amat prihatin terhadap kedaulatan negara, saya sangat marah dengan kenyataan tidak berasas dan tidak patriotik dilafazkan oleh orang pernah berkata ‘screw orang melayu’, kira-kira dua bulan lalu,” rujuknya.

Oleh itu, Syed meminta Hew, Superman Bodoh itu didisiplinkan kerana tiada cara lain selain itu.

Hew juga diserang pengguna-pengguna Facebook selepas memuatnaik status melabelkan mereka yang menentang tuntutan China ke atas Laut China Selatan sebagai anti-komunis.

Ini bukan kali pertama Hew terlibat dalam kontroversi.

Dia pernah menjadi tajuk utama sewaktu pilihan raya negeri Sarawak selepas videonya dia menggesa pengundi Cina di Batu Kitang supaya menyokong calon DAP, Abdul Aziz Isa agar mereka boleh “skru orang Melayu” dan “skru pegawai-pegawai Melayu yang mengamalkan rasuah” dimuatnaik di laman sosial.

Kuikuikui...tatak celedik punya olang...senam2 saja kasi peluru maaaa...cik usin tolong nasihat skit sama ini superman...hud hud pon bolehhhhh....kaskaskaskas

Anonymous said...

Walaun nampak DAP saja cina. Itu buah hati UMNO, parti MCA sama GERAKAN takde nampak. Ini dua parti cina lg kuat tentang Islam. Sebab takut sama UMNO (Dedak tak dapat) itu 2 parti cina walaun takde telur mahu usik. Sudah la walaun. Kalau fikir pakai lutut dan siku. Buang karan je. UMNO skrg manyak syok...ada walaun jadi barua mereka hentam pembangkang. UMNO syok merompak...walaun pulak tukang cover line. Bo... bertengkek-tengkek.

Anonymous said...

Yg tu kecoh,najib jual edra power plant kat china kau buta,takat baru cakap kau kecoh mcm nk jadi hero..yg lepaskn singapore kat lee kuan yew tu sapa lak klau tak umngok yg kau peluk sgt..umngok tu sapa cina ke?fikir pakai kontol mcm ni lah dia,main pancut ikut suka..

tanya sama itu hud hud said...

Kahkahkah..
Ni dah tahap binatang ternak yg tak paham bahasa..
Komen keluar tajuk.
Nampak sangat hustat walaun tak reti berhujah.
Artikel pasal ayam,beri komen pasal serban yg tak kena mengena..
Hg ingat propaganda dedak paspispus laku kat sini?
Sini blog jantan,bukan blog bacul pencacai hadi ah wang.
Tuan blog dgn besar hati approve komen bengong hg nak tunjukkan mentaliti cyber trooper pas.
Tahap sampah camni saja la.
Hg ingat kalau org tak jawab hujah sampah hg ni,kira hg hebat la?
Kahkahkah
Walaun lebai sarkas nak tunjuk hebat.
Kasi letak nama la sikit.takkan anak haram kut takdak nama?
Takkan bacul mcm hadi ah wang kut bacul nak sambut cabaran hussam sumpah talak bini?
Kahkahkah

Mat Safian said...

Ada setengah kitab mengatakan Bal'am bertaraf wali seperti mana Asif bin Barqiya yg menhadirkan singgahsana Puteri Balqis kpd Nabi Sulaiman.

Anonymous said...

Gurkha marah aaaarrrrr kahkahkahkah...edra tu najib jual kt china mmgla gua marah dan x sokong najib...tp si hew ni berckp mcm xde akal pon perlu ditegur...takkan nk biar je dia ckp gitu...tak ke gitu abg usin kita kahkahkahkah...hud hud hud hud...walaupun gua letak komen lari dari tajuk post tp masih lg beradab...gua tak maki ulama pan...tp lu hud hud maki2 nmpk sgt lu tertekan dgn posting gua kahkahkah...kontrol skit hud hud nampak sgt tu kahkahkah...kurang2 lu jwb la skit psl isu hew tu mcm anon yg atas tu kira ok la walopon dia menghalalkan kata2 hew tu kurang2 dia ada point jugak nk kait dgn edra...salut jugaklah skit kt dia sbb melawan dgn fakta...tp lu xde lain la hujah lu bengong bahalol n mcm2 maki lain lg...tertekan jugak lu rupanya kahkahkahkah...lu dh bace ke statement ustaz ghani tu hud hud?kahkahkah...gua tgok lu x jwb lg x sabar rasa nk tgok reply lu kahkahkah

Anonymous said...

Bapak hud hud letak nama tanya sama hud hud ke?copy paste ic skit hud hud nk tgok kahkahkahkah

Anonymous said...

Mat Sabu Ni Faham Tak Apa Yang Tuan Ibrahim Kata Mengenai Pendedahan Sarawak Report Tu?


Sekali baca apa yang Presiden Amanah, Mat Sabu kata tentang pendedahan Sarawak Report yang diulas oleh Tuan Ibrahim mengenai 1MDB, nampak macam dia baca tajuk saja terus bedal.

Kalau dibaca tajuk kebanyakkan laporan memang kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai pendedahan itu ianya kelihatan seperti menyokong kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh mendakwa Sarawak Report cuba memperdayakan orang ramai mengenai laporan siasatan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB dan PAS bersetuju dengan pendirian kerajaan yang mahu rakyat tidak terpedaya dengan laporan dikeluarkan Sarawak Report mengenai 1MDB.

Tetapi Salleh langsung tidak menyebut kerajaan akan mendedahkan laporan ketua audit negara itu manakalan Tuan Ibrahim mahu kerajaan mendedahkan laporan ketua audit negara yang diklasifikasikan sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi itu

Jadi dengan itu kata Tuan Ibrahim kerajaan melalui medianya boleh menunjukkan di mana kesilapan Sarawak Report dan membuktikan bagaimana rakyat diperdaya laman sesawang berkenaan seperti didakwa Salleh.

Laporan penuh bacalah di SINI

Baca apa yang Mat Sabu kata ni..

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menasihatkan pemimpin politik tidak menampakkan kebodohan diri sendiri apabila mempersoal pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, pendedahan Sarawak Report itu dibuat kerana laporan audit 1MDB diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Pemimpin politik dan orang awam jangan jadi bangang. Sarawak report keluar kerana laporan audit 1MDB tidak diberi kepada awam malah diletak bawah OSA," katanya kepada Malaysia Dateline.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, beliau melahirkan kehairanan dengan sikap sesetengah pemimpin politik pembangkang yang membidas pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB.

Sedangkan kata beliau, pendedahan portal itu telah membuka mata banyak pihak terhadap maklumat baru skandal 1MDB yang sebelum ini tidak diketahui oleh orang ramai.

Laporan penuh bacalah di SINI

Kalau Mat Sabu baca sepenuhnya kenyataan Tuan Ibrahim tu tentu dia tak hentam ikut suka dia saja..

Kredit anak sungai derhaka...blogger PKR...kahkahkah

Alhusseyn Alhusseyn said...

Mat Safian, kisah tersebut dibantah oleh al-Mawardi, ia berkata "Riwayat yg demikian tidak benar kerana Allah tidak mungkin memberikan kenabian untuk seseorang yg diketahui ia akan keluar dari ketaatan dan berbuat kemungkaran."

Boleh rujuk Tafsir al-Qurtubi 2008 (terjemahan) keluaran Pustaka Azam Jakarta h 800-803. Harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...