Thursday, July 28, 2016

Kenyataan lawak PM Najib : Bersihkan nama dan pastikan tiada wang rakyat disalahguna..

Pastikan wang rakyat tidak disalahgunakan - PM 


PUTRAJAYA 25 Julai - Kerajaan mahu mana-mana individu dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dinamakan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk membersihkan nama mereka dan memastikan tiada wang rakyat yang disalah gunakan.

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memandang berat terhadap tindakan saman sivil DOJ ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menyerahkan perkara berkenaan untuk proses keadilan sewajarnya.

 “Inilah pendirian kerajaan dan kita akan beri kerjasama sepenuhnya. Kita harap lambat laun kita akan tahu kebenaran,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Fardhu Haji Program Khas Haji Perdana Menteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

 Program tajaan Yayasan 1MDB itu menaja seramai 1,100 bakal haji yang terdiri daripada imam-imam masjid dan surau serta pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) seluruh negara.

 Menurut Najib, di sebalik celaan-celaan terhadap 1MDB, ramai pihak bagai terlupa pelbagai program sosial yang dijalankan oleh 1MDB termasuk membantu golongan belia, wanita dan mangsa-mangsa banjir.

 Katanya, rakyat diminta tidak terbawa-bawa dalam isu 1MDB itu kerana kerajaan akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk proses keadilan dijalankan. ~ UTUSAN ONLINE

Komen al-Husseyn:

   Antara yang dinamakan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ)  ialah Malaysian Offcial 1, 1MDB officers 1, 2 dan 3, Low Teik Jho, Riza Aziz, Qubaisy, Badawy, Eric Tan.

 Najib ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat hingga tidak tahu siapa 'pegawai rasmi nombor 1'.

 Walaupun tidak disebut nama, namun misteri pegawai nombor 1 mudah dirungkai. Perdana menteri, menteri kewangan, pengerusi lembaga pengarah 1MDB dan penasihat 1MDB semuanya berkedudukan dan berperanan sebagai status orang nombor 1.... Ahmad Maslan pun tahu itu semua!

 Najib memuji Yayasan 1MDB kerana menderma RM10.4 juta dengan menaja seramai 1,100 jemaah untuk menunaikan haji pada tahun ini.

  Tetapi Tony Pua mendakwa kesemua kebajikan sosial yang disumbangkan oleh 1MDB adalah ‘sandiwara’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ianya dibiayai oleh pembayar cukai.

   Bagaimana sebuah syarikat yang menanggung rugi dan sarat dengan hutang boleh begitu bermurah hati menaja RM10.4 juta untuk mengerjakan haji? kalian silakan baca kenyataan Tony Pua  di sini .

 Apakah kenyataan Najib diatas itu yang menyuruh membersihkan nama mereka dan memastikan tiada wang rakyat yang disalah gunakan itu menunjukkan bahawa dia seorang  yang jujur, amanah dan mendahulukan rakyat?

 Atau Najib seorang pembohong, tidak jujur, tidak amanah, dan pengamal rasuah? Korang fikir-fikirlah sendiri...
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Najib telah lama bersihkan diri dia dengan umumkan wang dlm akaun adalah derma raja arab yg telah disahkan peguam Apandir..setelah siasatan fbi DOJ umumkan wang itu sebenarnye dari dana pelaboran 1mdb di timor tengah..jadi raja arab ni almalik sheikhul Al jho tahik lo..bayangkan apeakan terjadi jo lo tampil bersihkan diri dengan menyatakan beliau adalah SU kumpulan rompak dana pelaboran 1mdb dan hanya ikut perintah ketuanye MO1..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...