Saturday, July 30, 2016

Langkah kekalkan Pas di Selangor kelirukan rakyat, kata Pemuda Amanah

  Pemuda Amanah menganggap langkah mengekalkan Pas dalam kerajaan negeri Selangor akan terus mengelirukan rakyat kerana parti itu kini sudah nyata sangat cenderung kepada Umno dengan tidak lagi bersuara menentang isu-isu korupsi terutama 1MDB.

 Timbalan ketuanya, Faiz Fadzil berkata perlu ditegaskan bahawa tidak timbul soal Adun Amanah mahukan jawatan Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri kerana tidak pernah pun diminta.

 Namun katanya, sejarah dua orang Adun Amanah ini menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah satu pengorbanan besar dan bukti jelas komitmen kepada kesinambungan dan pengukuhan Pakatan Rakyat.

 "Pertembungan tiga penjuru dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini adalah 'precedent' jelas bahawa Pas tidak lagi mahu bersama pakatan pembangkang.

 "Ini adalah pilihan PAS dan semua pihak perlu menghormatinya.

 "Maka, semua parti koalisi Pakatan Harapan perlu kembali ke meja rundingan secepat mungkin dan merangka strategi terbaik untuk berhadapan tiga penjuru dalam mana-mana pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan,9 Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

 PAKATAN HARAPAN PERLU KUKUHKAN KOMITMEN

 Kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) semalam menggambarkan komitmen tinggi Amanah untuk terus berjuang bersama koalisi Pakatan Harapan dalam membawa perubahan kepada sistem dan urustadbir negara yang semakin korup.

 Amanah terus bertekad membela nasib rakyat yang dizalimi serta kehidupan rakyat yang semakin ditekan kerajaan Barisan Nasional pimpinan 'Malaysian Official 1'.

 Skandal 1MDB adalah kemuncak korupsi pemimpin negara. Pendedahan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat melalui tindakan 'Civil Forfeiture' menunjukkan wujudnya perbuatan-perbuatan jenayah dalam pengurusan 1MDB. 

 Perdana Menteri sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB bertanggungjawab sepenuhnya atas kecurian berbilion ringgit wang negara dalam skandal terbesar ini.

 Kroni-kroni Perdana Menteri jelas telah mendapat faedah langsung dengan mengumpul kekayaan hasil pengubahan wang haram.

 Maka, menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU-14 adalah satu kewajipan dan bukan lagi pilihan.

 Rakyat mahukan satu gabungan pembangkang besar yang kuat sebagai sebuah kerajaan menanti yang serius menentang Umno dan Barisan Nasional.

 Justeru, Pakatan Harapan perlu menunjukkan kesediaan untuk menjayakan agenda ini.

 Pakatan Rakyat sudah terkubur dan kini digantikan dengan Pakatan Harapan.

 Pakatan Harapan telah membuat satu lonjakan bagi mengukuhkan agenda perjuangan ini dengan menandatangani satu perjanjian bertulis melibatkan PKR, DAP dan Amanah.

 Pas yang tidak pernah bercadang menyertai Pakatan Harapan adalah punca kepada perpecahan Pakatan Rakyat.

 Justeru, Pakatan Harapan perlu memandang ke hadapan.

 Sebagai manifestasi kesungguhan perjuangan Pakatan Harapan, kerajaan Pakatan Harapan ditubuhkan di Pulau Pinang.

 Seharusnya langkah positif dan efisyen ini perlu diikuti kerajaan negeri Selangor.

 Mengekalkan Pas dalam kerajaan negeri akan terus mengelirukan rakyat.

 PAS sudah nyata sangat cenderung kepada Umno dengan tidak lagi bersuara menentang isu-isu korupsi terutama 1MDB.

 Perlu ditegaskan bahawa tidak timbul soal Adun Amanah mahukan jawatan Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri kerana tidak pernah pun diminta.

 Namun, sejarah dua orang Adun Amanah ini menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah satu pengorbanan besar dan bukti jelas komitmen kepada kesinambungan dan pengukuhan Pakatan Rakyat.

 Memang benar PAS yang wujud dalam Pakatan Rakyat ketika PRU-13, namun Amanah yang menjunjung perjuangan Pakatan Rakyat yang kini disambung dan diteruskan oleh Pakatan Harapan.

 Pertembungan 3 penjuru dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini adalah 'precedent' jelas bahawa Pas tidak lagi mahu bersama pakatan pembangkang.

 Ini adalah pilihan PAS dan semua pihak perlu menghormatinya.

 Maka, semua parti koalisi Pakatan Harapan perlu kembali ke meja rundingan secepat mungkin dan merangka strategi terbaik untuk berhadapan tiga penjuru dalam mana-mana pilihanraya.

 Pakatan Harapan juga perlu segera merangka polisi dan rangka kerja bersama sebagai tawaran alternatif yang lebih baik kepada rakyat.

 Jika kesefahaman ini dapat dicapai oleh semua parti koalisi Pakatan Harapan, maka cadangan 'snap election' di Pulau Pinang pasti akan dihadapi secara bersama dan penuh semangat.

 Ia akan menjadi satu referendum rakyat menolak pentadbiran Najib Razak dan Barisan Nasional.

 Ia juga menggambarkan solidariti kepada YAB Lim Guan Eng yang dizalimi melalui pendakwaan terpilih sepertimana rakyat membela saudara Anwar Ibrahim. Jika dilema tiga penjuru dikatakan alasan UMNO akan terus menang dalam pilihanraya, maka kemenangan UMNO akan berterusan dalam mana-mana pilihanraya kerana ia adalah pilihan PAS yang kini tidak mahu bersama pakatan pembangkang.

 Pembentukan Blok Ke-tiga adalah bukti jelas bahawa Pas tidak bersedia berjuang bersama rakyat, tetapi lebih bersedia menyambung nyawa Umno dan Barisan Nasional.

 Pakatan Harapan perlu bersama mencari strategi baru dan tuntas dalam menghadapi pilihanraya sekiranya pertembungan tiga penjuru tidak dapat dielak.

 FAIZ FADZIL
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional ~ SUMBER
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Prn penang pon org xnk dia join ada ati nk sound suruh pas keluar dr gov selangor...kahkahkahkah lawak lawak lawak...dohdohdohdohdohdoh kahkahkahkah

Anonymous said...

Assalammualaikum... pada pandangan saya adalah lbh elok jika x diulas sgt berkenaan tindak tanduk pas mahupun pkr... Biarlah pas nk ckp apa pun. Naaper perlu ikut permainan pas y mengutuk amanah... Pengundi mcm saya tidak menjurus kepada mana2 parti ttp lbh melihat isu y diperjuangkan... Jika amanah sibuk dgn menyerang balas isu2 dalaman parti pas... Dan sibuk menjawab segala tohmahan pimpinan pas... Amanah sendiri y akan rugi... Isu2 komen bodoh dan tanpa ilmu pimpinan pas tak perlu dihuraikan.. kami pembaca pun boleh hadam sendiri... Para blogger cubalah siarkan artikel y membentuk pemikiran ingin balas dendam pd pas... Terlalu banyak sindiran dan kata nista dikeluarkan sedangkan dlm masa y sama mengharapkan pengundi memahami dan menyokong perjuangan amanah diatas jalan kebenaran... Berpada padalah... Jgn membentuk kebencian ahli pas pd amanah... Tp bentuklah rasa kagum dan hormat org lain pada blogger dan pimpinan amanah serta pakatan harapan dgn ulasan isu y mantap dan ilmiah. Tembaklah pada sasaran y sebenar....t kasih

Anonymous said...

Budak ni bodoh bengap & hati hitam legam macam usin jugak, dok ulang2 kenyataan pas dok sokong umno & tak lawan isu 1mdb...buka lah hati & minda tu baca secara jujur kenyataan2 & tindakan pas pada umno & 1mdb dari dulu hingga terkini..profesional la sikit kalau nak mnulis jgn tunjuk sgt bodoh tu.

Anonymous said...

terima kaseh kepada tn haji saari dan tn hj hasnol kerana selamatkan pakatan selangor.jasamu dikenang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...