GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, July 22, 2016

Mat Sabu sekolahkan Tok Lebai Hj Hadi


  Adalah puak wala'un menaikan status quote dari Presiden Pas Hj Hadi yang bebunyi:
 " Kita benci Umno, tapi kita tak akan panggil US untuk jatuhkan Umno. Kita tidak akan benarkan kuasa asing masuk campur. Kalau Us masuk Malaysia, kita akan bersama-sama dengan kerajaan sekarang untuk halau US"
  
 Kesian dengan Tok Lebai ni.... dia tidak faham kenapa Department of Justice (DOJ) USA mengambil tindakan Mahkamah untuk menyita dan mendapatkan semula aset-aset (civil forfeiture) yang dikaitkan dengan penyelewengan 1MDB.

Tindakan ini diambil di bawah program yang dikenali 'Kleptocracy Asset Recovery Initiative' untuk mendapatkan semula harta negara asing yang disonglap atau diseleweng melalui perbuatan-perbuatan jenayah.

 Berikut sedikit penjelasan mengenainya yang saya ambil dari sumber di sini
US Code (USC) adalah Undang-Undang bertulis di Amerika Syarikat. Di dalam tindakan DOJ ini, mereka telah menggunakan peruntukkan 18 USC 981 (Title 18 Section 981) iaitu Civil Forfeiture atau Penyitaan Sivil untuk menyita harta-harta alih atau tidak alih yang mereka percaya berdasarkan kesalahan 18 USC 1956 (Title 18 Section 1956) yang dalam siasatan mereka adalah hasil daripada kegiatan jenayah ataupun penggubahan wang haram.

 Apakah Title 18 US Code?

Title 18 US Code adalah Undang-Undang Jenayah dan Prosedur Undang-Undang Jenayah.

Di Malaysia kita menggunakan Penal Code dan Criminal Procedure Code. Boleh rujuk di link http://uscode.house.gov/…/prelim@title…/part1&edition=prelim

§981. Civil forfeiture

18 USC 981: Civil forfeiture Text contains those laws in effect on July 20, 2016

 From Title 18-CRIMES AND CRIMINAL PROCEDUREPART I-CRIMESCHAPTER 46-FORFEITURE

 (a)(1) The following property is subject to forfeiture to the United States:

(A) Any property, real or personal, involved in a transaction or attempted transaction in violation of section 1956, 1957 or 1960 of this title, or any property traceable to such property.

18 USC 1956: Laundering of monetary instruments Text contains those laws in effect on July 20, 2016

§1956. Laundering of monetary instruments

From Title 18-CRIMES AND CRIMINAL PROCEDUREPART I-CRIMESCHAPTER 95-RACKETEERING

 (a)(1) Whoever, knowing that the property involved in a financial transaction represents the proceeds of some form of unlawful activity, conducts or attempts to conduct such a financial transaction which in fact involves the proceeds of specified unlawful activity-

 Walaupun seksyen-seksyen yang disebut tersebut adalah civil forfeiture tetapi tindakan yang diambil oleh DOJ adalah tindakan dibawah Undang-Undang Jenayah Amerika Syarikat. Adakah rakyat masih lagi boleh ditipu dan diperdayakan dengan cara membodohkan minda rakyat yang tidak celik undang-undang.

 Tindakan civil forfeiture ini adalah tindakan permulaan sebelum tindakan di bawah peruntukan undang-undang jenayah diambil.

 Walau apapun, fakta-fakta yang dibentangkan di dalam Pernyataan Tuntutan tindakan civil forfeiture ini konsisten dengan fakta-fakta penyelewengan 1MDB yang didedahkan selama ini yang mengaitkan penglibatan dan faedah yang diterima PM Najib Razak.

Bagaimana Polis Diraja Malaysia tidak menemui sebarang salahlaku jenayah sedangkan FBI menemuinya. Bagaimana Peguam Negara USA boleh mendapati ada salahlaku jenayah sedangkan Peguam Negara Malaysia boleh membersihkan PM. Perkara yang berlaku ini jelas memalukan negara di mata antarabangsa yang pasti memandang rendah sistem undang-undang dan keadilan negara yang korup.
  Hj Hadi mung gheti molek ke baca omputeh? Harap-harap mung gheti etek... kalau dok, mung malulah kat Mat Sabu.... dia lebih faham dan lebih ada akai walaupun mung dulu gelar dia tolol bagai... sekarang ni tolol kembali kepada mung pulak!

Jangan campur tangan urusan AS, kata Mat Sabu 

Parti Amanah Negara (AMANAH) menggesa semua pihak agar tidak mencampuri urusan dan menghormati hak Amerika Syarikat bagi mengambil tindakan berhubung wang haram yang masuk ke negara itu.

 Presidennya, Mohammad Sabu berkata sebelum ini kerajaan menentang campur tangan Amerika Syarikat ke atas mana-mana negara, justeru Malaysia juga tidak boleh campur tangan dalam hal-hal negara lain.

 “Amerika Syarikat sekarang ini mahu mendakwa mereka yang terlibat membawa wang haram masuk ke negara mereka. Mereka tidak berkompromi kepada orang yang melakukan kesalahan di negara mereka.

 “Maka jangan pula kita campur tangan jika mereka mahu mengambil tindakan kepada individu membawa wang haram ke negara mereka, seperti juga kita tidak mahu mereka campur tangan hal ketenteraan dan kepolisan dalam negara kita,” kata Mohammad dalam satu kenyataan.

 Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) Rabu lalu mengemukakan saman sivil untuk menyita lebih AS$1 bilion aset didakwa diperolehi melalui dana 1MDB.

 Ia sebahagian daripada dana AS$3.5 bilion yang disalahgunakan dan aset lain yang terlibat termasuk rumah agam dan mewah, karya seni, jet peribadi dan kutipan filem 'The Wolf of Wall Street'.

 Dalam saman DOJ Amerika Syarikat yang difailkan, AS$731 juta dana 1MDB didakwa mengalir ke akaun bank rasmi 'Malaysian Official 1'.

 DOJ menyifatkan tokoh itu sebagai "pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga mempunyai kedudukan berkuasa dalam 1MDB".

 Mengulas lanjut Mohammad atau lebih mesra dengan panggilan mat Sabu meminta semua pihak tidak terlalu naif dalam perkara tersebut.

 “Jangan kita terlalu naif. Apabila Amerika Syarikat mahu memburu pesalah wang haram masuk ke negara mereka, kita pula kata Amerika cuba nak campur tangan urusan negara,” kata Mat Sabu.

 Menurutnya, di Malaysia peguam negara yang mahu memulakan siasatan ke atas 1MDB telah dipecat manakala pegawai yang mahu menyiasat kes tersebut dijumpai 'mati di dalam tong drum'.

 Malah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat oleh polis dan beberapa pegawainya juga dipecat serta ditukar ke bahagian lain, dakwanya.

 “Timbalan perdana menteri, menteri dan menteri besar dan pegawai tinggi kerajaan yang mempersoal 1MDB, juga kemudian dipecat.

 “Tiada penjelasan menyeluruh terhadap pembunuhan dan pemecatan ini. Ini semua menimbulkan spekulasi buruk ke atas Malaysia.

 "1MDB dan perdana menteri dilihat begitu kebal dalam isu ini. Sepatutnya sudah ada satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat keseluruhan isu ini,” tambah Mat Sabu. ~ sumber
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

LGE tak panggil abg mat nk bincang pasal nk bubar dun penang ni kenapa abg mat...abg tak nk ulas kaaaa...yg ni cpt ulas nooooo...kahkahkaah...ka pan ni salah satu sayap dap jd tak perlu tanya apa2 kahkahkah

tanya sama itu hud hud said...

Kalau tak jadi barua nak selamatkan lanum bugis,bukan hadi ah wang namanya..
Dia ni ketua segala broka dan barua dalam PIS

Anonymous said...

Baso nate hadi bodo..

Anonymous said...

Inilah jenis maknusia yang mengaku ceredik tapi tak tahu dimana bodoh dirinya.

Anonymous said...

Najib Razak Mung dari dulu kata nak Saman WSJ.dg terlambat Jibby.klu dri mung Samang WSJ mungkin tk klyaq berita KeMaluan macam ni.

Dzafrullah Adha said...

Tak payah bukalah undang2 @ perlembagaan negara orang buat malu je

Anonymous said...

Hj hadi nemang tolol..dia mana ada ilmu ekonomi dan ilmu pentadbiran.. nk tutup kelemahan diri maka dijaja agama dgn sepatah dua ayat bahasa arab yg dipelajarinya didepan org2 jahil walaunta dan walakeldai bolehlah dia kelentong...dgn mat sabu dia kena bahan lah.

Rezali Ismail said...

Ramai juga yg x faham ckp hj hadi..ckp mat sabu keparat ni jugak dok jilat haha..korang ingat u.s ni tak cari alasan ke nak serang malaysia..korang ingat semua bangsa malaysia ni nak lihat islam berkembang teguh ke..kalau kena serang x wujud dah parti2 ni bagi yg benar2 sayangkan malaysia

Budak Kelabu said...

Kamu dapat wahyu ka yg Mat Sabu tidak di panggil?

Anonymous said...

Kahkahkah.islam dimalaysia ni berkembang ke melungkup bro.otak letak mana bro..kalau amerika nk serang Malaysia, petik jari pun habis malaysia ni bro..lain kali fikir guna kepala otak,bukan kepala lutut...mmgla org xfaham ckp hadi,sentiasa uturn..sape blh faham?hari ni ckp lain.esok ckp lain,lusa ckp lain berbelit2..org kapiaq pun xmcm ni nooooo.kahkahkaj

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...