GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, July 25, 2016

Najib perlu bertanggungjawab membersihkan nama "Malaysian Official 1"

PUTRAJAYA, 25 Jul ― Kerajaan mahu individu yang dinamakan dalam laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat bertindak membersihkan nama masing-masing bagi memastikan tiada penyalahgunaan wang rakyat berlaku seperti dilaporkan.

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan mengambil serius laporan DoJ itu dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak dalam siasatan.

 “Sebab itu bila keluar laporan DOJ, kerajaan tetap memandang berat perkara tersebut dan mahu supaya siapa yang dinamakan itu ambil tanggungjawab bersihkan nama mereka, pastikan tiada wang rakyat disalahgunakan. - Baca lagi di sini

  Mungkin Najib sendiri belum baca lagi laporan tindakan undang-undang DoJ yang bukan sahaja telah menamakan anak tirinya, Riza dan Jho Low ; malah laporan itu juga turut melibatkan orang yang dinamakan sebagai "Malaysian Official 1". Sila klik

  Siapakah "Malaysian Official 1" itu? Harap Najib sendiri memandang berat perkara tersebut dan ambil tanggungjawab membersihkan nama "Malaysian Official 1"
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

http://m.malaysiakini.com/news/349876

Kahkahkahkah...bergaduhlah kau pkr n dap kahkahkah...pan dok diam je tgok dr jauh hahaha...belum dpt malaysia lg dah bergaduh hahahaha...pan teruskan perananmu yg lihat dari jauh...bijak bijak kahkahkah

Anonymous said...

Budak Lahanat

Tengok Muka pun tahu Budak Bahalol

Bawa sial saja hidup nya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...