Sunday, July 31, 2016

RUU Pindaan Akta 355 : Sepatutnya menteri yang bawa rang undang-undang itu bukannya Hj Hadi

Dapatkan Mingguan Amanah yg berada
di pasaran sekarang.
 Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicadangkan supaya menarik balik rang undang-undang (RUU) peribadi yang beliau bawa ke Dewan Rakyat dan sebaliknya mendesak agar ia dibawa oleh pihak kerajaan.

 Cadangan itu dikemukakan oleh peguam yang juga peguam syarie, Dr Zulqarnain Luqman dalam wawancara yang disiarkan oleh akhbar mingguan Amanah yang berada di pasaran sekarang.

 Menurut bekas ahli Jawatankuasa Teknikal pelaksanaan kanun jenayah syariah peringkat kebangsaan yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan, berdasarkan roadmap yang dibuat jawatan kuasa itu, sepatutnya menteri yang membawa rang undang-undang itu bukannya pembangkang.

 "Bagi saya, Marang kena tarik balik dan dalam masa sama mendesak kerajaan persekutuan membawa RUU ini untuk meminda Akta 355. Ia lebih munasabah dan rendah risiko untuk gagal," kata Dr Zulqarnain Luqman, peguam dan peguam syarie yang banyak mengkaji pelaksanaan undang Islam di Malaysia.

 Bagi beliau, risikonya jika usul ini tidak lulus mudarabnya lebih besar kepada bukan Abdul Hadi sahaja tetapi semua orang Islam dan institusi mahkamah syariah.

Dr Zulqarnain Luqman
Bagi beliau, presiden Pas itu tidak perlu malu untuk menarik balik usul itu kerana mudharatnya lebih besar kalau ia tidak berjaya diluluskan oleh parlimen apabila beliau yang membentangnya.

 "Ia bukan soal malu tetapi maruah mahkamah syariah dan orang Islam semuanya. Marang kena berjiwa besar. Kalau RUU Marang tidak lulus, hasrat Kelantan untuk melaksanakan KJS2015 hanya tinggal atas kertas sahaja dan boleh simpan di muzium," katanya.

 WAWANCARA KHAS dengan beliau boleh dibaca di mingguan Amanah yang berada di pasaran sekarang.

 Presiden Pas telah membentangkan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminta Akta 355 Mahkamah Syariah bagi membolehkan bidang kuasa mahkamah itu ditingkatkan setaraf dengan Mahkamah Sesyen sivil.

 Setelah tiga kali difailkan, ia berjaya dibentangkan kepada Dewan Rakyat selepas disokong oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

 Selepas ini, cadangan ini perlu dibahaskan dan diundi.

 Jika lulus, menteri perlu membentangkan RUU ini untuk bacaan kali kedua sebelum diundi dan diluluskan. 

 RUU ini telah ditentang keras oleh ahli parlimen bukan Islam dan juga yang beragama Islam termasuk menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang. 

Berdasarkan sejarah parlimen, hampir kesemua RUU yang dibentangkan kerajaan berjaya diluluskan manakala tidak ada lagi RUU yang dibentang melalui RUU Persendirian oleh pembangkang diluluskan oleh Dewan Rakyat.~ sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

Lelaki Dicermin said...

Aku rasa kurus dr zurlqarnain ni nanti kena kutuk oleh puak2 pas yg fanatik. Tuang presiden ni bagi puak2 fanatik takde cacat celanya..

Husmad Ahmad said...

entahlah kena tanya pada orang yang pakar perlembagaan.

Arouse Mah said...

Puak pas wala tak tentu hala akan menuduh dia kafir, terkeluar aqidah, neraka jahanam..,dll. Syurga hanya untuk org pas kerana mereka maksum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...