PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Friday, July 29, 2016

Tiga "pahlawan" SPRM ucap selamat tinggal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganjurkan satu majlis perpisahan untuk Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan dua timbalannya petang ini.

 Abu Kassim secara rasmi mengumumkan persaraannya selepas 32 tahun perkhidmatan.

Kain rentang yang diletakkan di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini juga mengesahkan khabar angin pemberhentian Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali.

 Difahamkan Shukri juga telah bersara daripada perkhidmatan.

 Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dalam satu kenyataan kemudiannya mengumumkan pelantikan Mustafar sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang baru berkuatkuasa 1 Ogos.

 Mustafar akan menggantikan Datuk Seri Sakib Kusmi yang ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 Pada masa yang sama, Ali turut mengesahkan pelantikan Datuk Dzulkifli Ahmad, seorang pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara, sebagai pengganti Abu Kassim.

 Abu Kassim, sementara itu, akan menawarkan kepakaran beliau sebagai perunding kepada fakulti undang-undang Universiti Teknologi Mara.

 Majlis perpisahan hari ini dihadiri oleh lebih 1,000 pegawai dan kakitangan SPRM dari seluruh negara.

 Dalam ucapan perasmiannya, Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Mohd Jamidan Abdullah menyifatkan ketiga-tiga mereka sebagai "pahlawan" yang telah membawa agenda transformasi dalam suruhanjaya itu. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...