Monday, July 11, 2016

Ustaz Azli Meraban ....


  Ust Azli Musa, yang pernah mengaku sebagai 'pakar hadis' negeri Perak telah mengupas sepotong hadith. Lafadz hadis tersebut sebenarnya agak panjang...

  Berikut, saya perturunkan potongan hadis yg Ust Azli syarah dan huraikan melalui kuliah Maghrib yg disampaikannya di Surau ar-Rahmah, Shah Alam S8, pada malam Selasa 18 Ogos 2014, seperti berikut :

(Al Harits Al Asy'ari Radliyallahu'anhu) berkata; lalu Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam bersabda:

"Saya perintahkan kalian dengan LIMA hal yang Allah telah perintahkan kepadaku:

1. JAMA'AH,
2. MENDENGAR,
3. TAAT,
4. HIJRAH
5. DAN JIHAD DI JALAN ALLAH.

 Barangsiapa yang keluar dari jama'ah satu jengkal, maka dia telah melepaskan perjanjian Islam dari lehernya sampai dia kembali.

 Barangsiapa yang memanggil dengan panggilan jahiliyyah, maka dia termasuk bangkai Jahannam." Mereka berkata; "Wahai Rasulullah, walaupun dia berpuasa dan shalat?." Beliau bersabda: "Walaupun dia berpuasa dan shalat dan beranggapan bahwa dirinya adalah seorang muslim. Panggillah kaum muslimin dengan nama-nama yang Allah Azzawajalla menamakan mereka yaitu 'MUSLIMIN DAN MUKMININ DAN HAMBA ALLAH Azzawajalla'."

  Pas bukanlah Jama’atul muslimin. Pas hanyalah jama’ah minal muslimin iaitu jama’ah yang terdiri dari sekelompok kaum muslimin yg berjuang untuk mewujudkan cita-cita islam berdasarkan manhaj atau metode gerakan masing-masing.

 Azli Musa telah tersasar jauh bila menganggap Pas adalah Jamaatul Muslimin lalu dia menyifatkan mereka yang keluar dari Pas sebagai telah keluar dari Islam.

 Azli tergamak memanggil mereka ' Kafir ' dan bukan dengan panggilan islam sebagai mana yang Allah dan RasulNya perintahkan :
Panggillah kaum muslimin dengan nama-nama yang Allah Azzawajalla menamakan mereka yaitu 'MUSLIMIN DAN MUKMININ DAN HAMBA ALLAH Azzawajalla'."
Dibahagian akhir hadith tersebut yang selengkapnya menyatakan: 
 " ...Barangsiapa yang memanggil dengan panggilan jahiliyyah, maka dia termasuk bangkai Jahannam."
Mereka berkata; "Wahai Rasulullah, walaupun dia berpuasa dan shalat?."
Beliau bersabda: "Walaupun dia berpuasa dan shalat dan beranggapan bahwa dirinya adalah seorang muslim. Panggillah kaum muslimin dengan nama-nama yang Allah Azzawajalla menamakan mereka yaitu 'MUSLIMIN DAN MUKMININ DAN HAMBA ALLAH Azzawajalla'."
 Jelas di sini bahawa Nabi telah mengancam mereka  akan masuk neraka yang walaupun mereka berpuasa dan beranggapan bahwa diri mereka adalah seorang muslim; lantaran kerana memanggil orang lain dengan seruan jahiliah.

 Cuba kalian amati sejenak, apakah yang dimaksudkan dengan 'panggilan/seruan jahiliah'?

  Iaitulah seruan  untuk saling bermusuhan dengan jama'ah yang lain; mengaku jama'ahnya sahaja yang betul, yang lain adalah sesat! Mengajak orang lain untuk masuk dan berhukum kepada jama’ahnya sahaja sehingga sanggup mengkafirkan  kaum muslimin lain yang tidak bersama jama'ah mereka.

  Nabi tidak maksudkan ancaman tersebut terhadap mereka yang keluar dari jama'ah satu jengkal.... seperti mana yang Azli Musa ulang-ulangkan itu...

 - Kenapa pakar hadis ini tidak sebut dan menghuraikan bahagian akhir hadis tersebut ini ?

 Malah dia telah mengingkarinya dgn celupar memanggil mereka yang keluar dari jemaah yakni partinya (Pas) dengan panggilan KAFIR !

  Seperkara lagi pakar hadith ini ada menyebut pada minit 6: 50 ~ ala... kata Nabi ... ketahuilah oleh kamu, kata Nabi... man farraqal jama'atin minal sibrin, faqad khala'a rib qatul-Islami min 'unuqihi ....

  Betulkah ada kalimah "ala... ?? kata Nabi ... i'lamu....?? ketahuilah oleh kamu, kata Nabi... Saya tak berjumpa lagi setakad ini....

  Nak tahu ... apa hukumnya menambahkan perkataan-perkataan yang Nabi tidak sebutkan?
Comments
17 Comments

17 comments :

Anonymous said...

Apa nak dilayan ust tahik ni.kalau tahik g mana2 pun mbusukkan kwsn je

Anonymous said...



Apakah gerangan sibapak FITNAH
MemFITNAH barua memFITNAH pilkuda
Begitukah yg 'prasan' sbg JAMAAH
Yg sedondon memFITNAH berbelit berdusta
Yg sedondon menCURI = merompak RASUAH
Yg zalim menZALIMI keatas ummah!


JAMAAH nabi tak pernah berdusta
JAMAAH nabi tak sesekali memFITNAH
JAMAAH yg lurus terang bercahaya
Tak wujud songlap menCURI=rasuah
Tak wujud BALAK dirembat berleluasa
Tak wujud 'iblis' yg bersorban berjubah!




Anonymous said...

Nak kenal pengkuliah yg menipu ialah bila baca hadith, dia tak baca syarah hadith sekali.

Azli dah buat dosa dgn anggap kalimah 'jemaah' bermaksud parti. Parti adalah komponen demokrasi ciptaan barat. Jd Azli menganggap demokrasi adalah sebahagian syariat Islam. Azli kena belajar lg bab hadith, usul fiqh, jgn harap janggut sj panjang tapi penuh syaitan yg bergantungan.

Anonymous said...

Ada ke suruh kita kasih pada pemimpin Islam sekarang seperti mana musuh pun tak sangka sebegitu sekali sahabat kasih pada Nabi saw. Mana boleh di samakan ?

Nabi saw tidak ada tolok banding nya . Sampai sekarang orang bukan Islam hairan mengapa begitu sekali umat Islam kasih pada Nabi saw yang tak pernah di temui.

Penuhi lah 60% ciri-ciri Nabi saw dulu .. Itu pun dah kira cukup dan bukan senang nak lakukan..

Ramboo III said...

Cukuplah pan di dicucuk hidung oleh dap, yg jelas tidak suka islam, jgn pula anda menambah dosa..Bertaubatlah sblm terlambat, pan akan terhina.

Anonymous said...

Geng ostad dh takde modal..asyik jual agama utk kekalkan sokongan politik kpd partinya

Anonymous said...

Jangan jaja kisah Nabi saw kalau pemimpin PAS sendiri memaki, menghamun dan berdolak-dalih ..

Ada hati nak dapat kasih sayang dan dibantu seperti yang di terima oleh Rasullullah saw.

DAP yang tak suka Islam atau PAS yang buat DAP sangsi pada Islam ?

Yang PAS perjuangkan hari ini ialah kuasa melayu. Taat pada pemimpin Islam ialah taat pada pemimpin melayu.

Dalam parti kena taat pada pemimpin, tetapi Tuan Ibrahim tak sependapat dengan pemimpin PAS. PAS Selangor mempertikaikan keputusan pemimpin tertinggi parti.

Semasa Nik Aziz, berkali-kali tolak kerjasama dengan UMNO tapi dalam diam-diam walaun-walaun teruskan rundingan. Tidak taat pada Almarhum ketika itu..


otaiblues.blogspot said...

pakar hadis..faham hadis tp tidak menafsir dengan jelas..memberi kefahaman yg tak jelas kepada orang ramai...tunggu la pembalasan nya..

borhan sharif said...

Ramboolll, gua tak nampak pun hidung PAN dicucuk oleh DAP....

Yg jelas minda kamu lemah untuk membuat penilaian...munchkin kerana pil kuda....

Anonymous said...

Hahaha ostat ostat pak lebai parti PIS berebut rebut nak jadi penjaga kunci sorgaaa.

Anonymous said...

Pemakan dedak pedigree detected..

Syazmall Wan said...

Ramboo mabuk telan tody baru bgun dr perang vietnam..ramboo hebat ke..mak bpak bg nama pun x tau nk jaga..siap pkai nama sekutu yahudi..nk mencelah pula bab politik...g balik perang la kt vietnam..jgn menyibuk politik malaysia

Anonymous said...

Dan cukup2 le PIS dicucuk bontot oleh umngok...!! Bertaubat le kamu dpd bersengkongkol dgn org fasik lg zalim.

PIS akan terhina didunia sampai akhirat kerana berdusta dgn menjual kesucian agama

Anonymous said...

Klu tak ada hujah lain selain DAP, pi main jauh2. Belajar berhujah secara ilmiah dahulu

Anonymous said...

Ramboo 111, kau dah lari dari tajuk. Ada nafsu nak mengomen. Malu wehh...

Anonymous said...

Pas pun bukan parti islam tp parti yg lelong murah agama tepi jalan...rakyat sedikit pun tak hormat pas dan pemimpin2nya yg tak ubah mcm anjing menyalak bukit.

Anonymous said...

Nabi pun geli tengok janggut si azlinya...sudahlah tidak di syampoo tapi jadi tempat kutu beranak pinak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...