Friday, July 01, 2016

WANG JAMIN RM1 JUTA MELAMPAU

  Tujuan utama "wang jaminan" ialah untuk memastikan tertuduh hadir ke Mahkamah. Ertinya, wang tersebut akan forfeit dan hangus sekiranya tertuduh melarikan diri dari prosiding di Mahkamah.9Tinggi atau rendahnya wang jaminan adalah bergantung kepada risiko kehadiran tertuduh ke Mahkamah.

Kalau risikonya tinggi, maka tinggilah wang jaminan yang perlu dibayar oleh tertuduh dan begitulah sebaliknya.

 Tetapi kalau yang dituduh itu seorang Ketua Menteri, terikat dengan tugasan kerajaan dan seorang tokoh politik yang dikenali umum pula, sudah tentulah risikonya sangat rendah untuk beliau melarikan diri dan tidak hadir ke Mahkamah.

 Jadi, kalaupun Mahkamah mengkehendaki agar si tertuduh seperti di atas membayar wang jaminan, memadailah dengan satu jumlah yang minimal dan munasabah.

 Wang jaminan sebanyak RM1 juta untuk si tertuduh seperti KM Lim Guan Eng adalah sangat melampau, tidak masuk akal dan menyimpang dari tujuan asal tuntutan pembayaran wang jaminan.

 Ini saja sudah menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada badan kehakiman yang bukan sahaja mesti adil, tetapi mesti dilihat adil [must not only be fair, but must be seen to be fair]~ Mohd Fitri Bin Asmuni

Komen al-Husseyn :

  Tabiat orang ramai terutamanya orang Melayu di kampung-kampung, apabila melihat wang jaminan yang begitu besar, maka mereka akan dengan cepat dan mudah membuat tanggapan bahawa kes LGE ini amat serius dan  terus membuat rumusan bahawa Lim Guan Eng sudah tentu bersalah...

  Namun pendakwaan ini dilihat oleh masyarakat Cina sebagai penganiayaan oleh kerajaan Melayu keatas orang Cina. Orang Cina akan merasakan, mereka tidak akan dapat keadilan dari kerajaan Melayu UMNO.

  Reaksi serta merta ialah menaikkan kemarahan dan kebencian masyarakat Cina kepada kerajaan Najib. Baca tulisan menarik mengenainya di sini
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Dah Bayar Wang Ikat Jamin, Untuk Apa DAP Collect Derma 1 Juta Lagi Soal Netizens.
Dulu saya ingat penyokong PAS paling fanatik.
Rupanya tidak, penyokong DAP paling fanatik.
Walaun jatuh no 2.

Macai dap paling bahlol dalam dunia.
Tengah hari semalam 30/6/2016 , DAP telah pun membuat bayaran ikat jamin LGE RM1 juta.
Duit itu datang dari DAP Penang :RM890,000 dan DAP Pusat : RM110,000.

Kemudian pada malam hari yg sama lebih kurang jam 10 malam di fb page CM Lim Guan Eng, mereka buat kempen untuk kumpul duit jamin RM1 juta.

"..Saudara Guan Eng's bail amount was set by the High Court at RM1 million, an amount that is extremely excessive, given that bail is simply meant as a mechanism to prevent an accused person from absconding. Clearly, there is no such risk in this case.

Following this, DAP Penang has received many requests from the public who wish to contribute to the bail amount of RM1 million.

For all Malaysians who wish to help and stand in solidarity with Saudara Guan Eng, we encourage you to donate RM10 to:DAP Penang"

Kebodohan apakah ini DAP? Kenapa nak tipu penyokong dan rakyat? Duit jaminan telah dibayar!

Anonymous said...

Ini pula pendapat menarik dari Yuva Balan ;

Kepada anak muda yang sedang bersolidariti dengan pemimpin korup LGE kamu, fikirkanlah balik perbuatan kamu.. Jika pemimpin yang korup tidak ditentang, sama ada di dalam parti ataupun di luar, maka bermakna parti itu tidak boleh membawa aspirasi rakyat sampai bila-bila.
Lupakanlah impian untuk reformasi DAP yang sudahpun mendedahkan watak korup dan disambung pula dengan perbuatan hina untuk mempertahankan pemimpin yang korup..
Ini adalah signal bagi anak muda yang berada di dalam parti untuk mengambil pegangan yang kukuh dan mengkritik kepimpinan dan struktur tidak demokratik DAP. Pastinya kamu akan menghadapi ancaman perlucutan dan sebagainya, tetapi jika sekadar ingin menyelamatkan posisi kamu dalam parti yang korup, dipersilakan..
Kalau anak muda DAP masih percaya dengan kepimpinan yang sedia ada dan sanggup mengorbankan diri mereka untuk rakyat.. itu adalah satu penipuan.
Anak muda yang masih berhinggap dengan DAP dan menyokong kepimpinan yang sedia ada adalah sekadar mengharapkan habuan daripada tempat atas di masa hadapan.. Perjuangan rakyat sudahpun dilupakan oleh mereka..

Anonymous said...

Pendapat aku.
1. Seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
2. Lim Guan Eng juga begitu. Dia belum dibuktikan bersalah sehinggala proses pendakwaan di mahkamah selesai.
3. Tetapi aku tidak menolak andaian dan persepsi masyarakat yang telah pun menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Lim Guan Eng.
4. Ini ialah penyakit yang dia sendiri cari.
5. Dia beli rumah di bawah harga pasaran. Bukan beza singgit dua ringgit tapi makan ratus ribu. Ada dakwaan mengatakan beza dalam nilai jutaan ringgit.
6. Dia ialah Ketua Menteri.
7. Phang Li Khoon ialah seorang yang berkuasa membuat keputusan dalam syarikat-syarikat yang dia berjawatan.
8. Syarikat-syarikat tersebut ada kaitan dengan syarikat yang mendapat tender/urusniaga dengan agensi kerajaan Pulau Pinang.
9. Conflict of interest paling2 koman layak dipertikaikan kat sini.
10. Aku minta maaf, aku tak percaya pada penjelasan Phang Li Khoon kenapa rumah tersebut dijual dibawah harga pasaran.
11. Katanya kerana rumah tersebut seringkali dijadikan sasaran pendemo dan kuar masuk tv. Ianya dah tercemar dengan cerita2 berunsurkan provokasi dan akan devalue rumah itu pada masa akan datang.
12. Jangan bohong la Ms. Phang.
13. Satu2 penempatan, rumah, aset hartanah akan susut nilai jika berlakunya keadaan berikut;
- Banyak warga asing yang tinggal disitu. Sehingga mereka berupaya membentuk kumpulan dan kelompok dikalangan mereka. Kebanjiran warga asing di satu2 tempat menghilangkan minat warga tempatan untuk memiliki kediaman disitu. Oleh itu pemilik akan turunkan value bagi menjualkan juga aset mereka.
- Terlalu banyak berlaku rompakan, kecurian, jenayah. Ini akan membuatkan pembeli kurang minat nak membeli disebabkan faktor persekitaran yang tidak selamat dan pemilik akan turunkan nilai aset bagi mempengaruhi pontential buyer untuk tetap membeli hartanah disitu.
- Terlalu banyak African di kawasan berkenaan. Warga asing dari African ditakuti oleh rata2 Malaysian atas beberapa faktor negatif.
- Selalu dilanda musibah, jauh dari bandar, ini pun berupaya susutkan nilai aset tetapi tak semestinya. Jika berlaku kematian seperti pembunuhan. Ataupun rumah yang dikaitkan dengan cerita2 misteri nusantara sehingga orang taknak beli. Ini pun boleh susutkan nilai rumah itu sendiri.
14. Dalam kes rumah LGE, mana ada berlaku keadaan-keadaan yang disebutkan. Tambahan pula rumah LGE rumah banglo. Bukan rumah kecik2 anak yang begitu mudah susut nilai.
15. Sebab tu dari awal lagi aku pegang pendirian LGE tak patut beli rumah rendah dari harga pasaran. Dia mampu dari segi kewangan. Bukannya tak mampu. Gaji dia sebagai CM, ADUN dan AHLI PARLIMEN bukan kecik2 anak. Dia boleh je beli tanah sendiri dan bina rumah sekalipun. Sebab apa? Sebab dia lebih dari mampu berdasarkan gajinya tadi. Itu tak masuk lagi pelaburan2 yang dia sertai dan pendapatan bini dia.
16. Apa pun aku bersetuju dengan pendapat TGHH. Seseorang itu tak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. So bagi la ruang pada LGE untuk bela diri dan biarkanlah proses mahkamah berjalan seadanya.
17. Aku juga nak menambah sikit point bab pengikut taksub neh. Bagi aku semua jenis taksub pun bermasalah dan sama teruknya. Tak kira la orang tu sokong PAS ke DAP ke PAN ke BN ke apa ke taksub non partisan ke apa ke semuanya bermasalah kerana amalan ketaksuban itu sendiri. Oleh itu berserdahanalah. Amek jalan tengah. Tak perlu taksub. Tak perlu jumud. Buat relax sudah.
Kbai.

Kredit amenoworld...kahkahkah dap pan dan cik usin kelaku

Anonymous said...

Hang ni umno dulu kini dan selama nye sampai mampuih. Mustahil ag pandir nak dakwa najibtuya yg lantik dia. Terus bodoh sampai mampuih. Dah makan dedak belom?? Kihkihkih. Tun M pun tak sanggup duduk dlm umno lagi. United mohd najib organisation @ lembu umngok. Hihihi

Anonymous said...

Kes korup yg lebih besar dan melibatkan wang rakyat didiamkan semata mata sikorup seorang melayu..inilah sikap melayu bangsat anak haramjadah..nama saja islam tapi akidah terkeluar islam@kafir..hakikatnya lge beli rumah guna wang sendiri dan dibeli murah kerana dijual murah oleh pembeli dan pembeli dpt untung RM300,000. Jika dilihat dimana unsur rasuahnya dan biarlah lge buktikan dimahkamah...kes pemimpin2 melayu ramai korup termasuk penjawat jawatan penting kerajaan yg dilantik atas dasar korup utk bersekongkol dgn pemimpin2 korup.lihat saja pemimpin2 umno disemua peringkat hidup mewah melebihi gaji sudah tentu hasil korupsi dan siapa berani siasat .tambahan ada rakyat bacul bangsat menyokong puak2 korupsi...sayang sekarang terlalu ramai melayu semakin biol dan hilang iman.

Anonymous said...

Wang itu akan dipulangkan setelah hadir mahkamah..kalau wang gantirugi mungkin logik nk kutip dari penyokong.

Anonymous said...

Lepas kes selesai wang jaminan akan dikembalikan kepada dap...cerdik2 dlm masa shari je dpt tambahan dana dari 1 juta skarang dah ada 2 juta mwahahaha bijak bijakkkkkk...usin xnk komen ke?hud hud mana hud hud kahkahkah...nanti dia marah aku

Anonymous said...

21 Jam RM1 Juta Untuk Lim Guang Eng Tapi Tidak Peduli Untuk Pemandu Karpal Singh Walaupun RM5 Ribu Sahaja


DAP Pulau Pinang mengumumkan bahawa kempen kutipan derma RM1 juta yang dilancarkan untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mencapai sasaran. DAP menerima derma sebanyak RM1.09 juta sejak kempen itu dilancarkan sekitar pukul 6 petang dan sehingga 2 petang esokkannya.

“Dalam tempoh 21 jam, sasaran kutipan telah dicapai, iaitu menyamai RM51 ribu bagi setiap jam,” Katanya.

Sebelum ini, parti itu telah menggunakan dana lain bagi membayar wang ikat jamin Guan Eng yang ditetapkan bernilai RM1 juta oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Saya melihat bukan rakyat tetapi penyokong Cina DAP menunjukkan sikap dan sokongan padu kepada DAP walaupun DAP bukan parti yang mempunyai 'grasswood'.



Tapi mereka ada sikap hipokrit dalam pelbagai isu terutama berkaitan bangsa lain. Tak hairanlah pelukis Fahmi Reza yang mengeluarkan buku "Mari Mewarna ABC Politik" meletakkan Lim Guan Eng dengan huruf H yang bermaksud HIPOKRIT.



Kita tidak boleh lupa lagi bagaimana bekas pemandu kepada Mendiang Pengerusi DAP Karpal Singh, C Selvam dikhianati dan ditinggalkan menderita oleh keluarga majikannya serta sikap tidak peduli DAP. C Selvam dibiarkan meringkuk di dalam Penjara Taiping selama lebih sebulan kerana DAP beranggapan dia pembunuh kepada Karpal Singh.



Nasib baik naib presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan yang membayar ikat jaminan dan membelikan pakaian dan telefon untuk dia berhubung dengan keluarganya di India.

Selvam yang tidak mengenali sesiapapun di Malaysia kecuali Karpal dan keluarganya tidak pernah terlintas, akan dibiarkan keseorangan di dalam penjara di negara asing baginya.

Ketika dalam tempoh tahanan reman, Selvam hanya berharap dan berdoa agar keluarga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu datang dan menjaminnya tetapi hampa.

Lebih menyayat hati, tiada seorang pun ahli keluarga peguam veteran itu melawatnya ketika dia ditahan di Penjara Taiping dan tiada juga sesiapa menghubungi wakil dari pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Kuala Lumpur melawatnya yang berasa dari Velore di Tamil Nadu, India.

Barangan peribadi miliknya yang ditinggalkan di rumah Karpal di Kuala Lumpur juga tidak dikembalikan padanya.

“Saya menangis ketika di dalam penjara setiap hari memikirkan keluarga saya di India, mendiang Karpal dan pembantunya Michael Cornelius.." Kata Selvam.

Datuk Hung meminta bantuan daripada Biro Guaman Dan Hak Asasi Kebangsaan parti Gerakan Baljit Singh untuk memberikan khidmat guaman kepada Selvam.

Itu contoh mudah sikap HIPOKRIT DAP dalam isu-isu kemanusian yang mana jika kita membuat penelitian secara halus dan terperinci kita akan lihat bagaimana DAP akan manipulasi setiap isu untuk kepentingan politik semata-mata bukannya menjadi pejuang rakyat yang susah dan menderita tanpa batas kaum dan agama

Kahkahkah...hipokrit punya org ini apa crita abg usin...hud hud?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...