GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, August 21, 2016

Akibat suruh DS Nizar sertai DAP ...


  Kes saman DS Mohammad Nizar Jamaluddin yang difailkan keatas Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria bertarikh 14 Ogos 2015 sepatutnya didengar pada pagi 19 Ogos yang baru lalu, tetapi telah ditunda ke suatu tarikh yang belum dapat dipastikan lagi.

  Menurut sumber, ini adalah ekoran permintaan dari pihak dependan yang minta kes tersebut ditangguhkan.

  Langkah tersebut adalah dipercayai kerana pihak defendan sedang berusaha untuk mendapatkan persetujuan dari plaintif agar dapat menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah.

 Dan ketika bersembang-sembang dengan Nizar sewaktu menziarahi jenazah Allahyarham Abdul Razak pagi kelmarin, Nizar memberitahu saya, "Saman tetap saman, saya dah bagi dia peluang 14 hari dulu untuk minta maaf, tapi dia tak pedulikan!"

  Menurut Nizar, Razman telah mengeluarkan kata-kata "PAS mendokong Melayu, Islam dan Sultan tetapi Nizar telah memandang enteng dan kekal komited dengan perjuangan DAP sebagai parti yang mendokong pendekatan negara sekular.”

  Razman juga didakwa mengatakan bahawa, "Daripada mencemarkan imej parti adalah lebih baik beliau (Nizar) menyertai DAP. Kita tidak mahu dalam PAS dipenuhi oleh individu yang bersifat oportunis dan membelakangkan perjuangan parti."

   Sebelum ini, Razman selaku Pesuruhjaya Pas Perak dilihat cuba melibatkan parti Pas dalam kemelut kes samannya ini.
 
  Nizar yang ketika itu masih seorang ahli Pas telah diarahkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak melalui sepucuk surat dengan tajuk : Pertemuan Bersemuka Hati Ke Hati Isu Saman Ke Atas Pesuruhjaya Pas Negeri Perak RM3 Juta.

  Surat tersebut meminta Nizar hadir ke pejabat perhubungan Pas Negeri Perak untuk mengadakan perbincangan berkaitan kes saman tersebut pada 9 September, 2015 jam 3.00 petang.

 Nizar tidak melayan kehendak Razman melalui Setiausaha perhubungan itu dan tidak hadir dalam perjumpaan ‘dari hati ke hati’ yang diminta oleh Badan Perhubungan PAS Perak.

“Saman tetap saman, ana tak pergi pun!” Kata Nizar. Baca  di sini.
Comments
3 Comments

3 comments :

Timnajib Jomfikir said...

Apa Razman! Nak settle luar....?sudah terlambat....tempoh 14 hari hang buat apa? Nak minta tolong dgn Hadi Awang? Jangan haraplah...Hadi Awang nak tolong. Hadi Awang sendiri pun, ada kes saman di Sabah. Mulut sendiri buat fitnah, jawablah sendiri wahai Razman Zakaria.

Bagi aku...DS Nizar saman...bukan kerana duit...tapi, sebab sikap Razman Zakaria tu...memang kena ajar.

Anonymous said...

Tahniah.....DS nizar..... saman di teruskan agar para pemimpin pas tk celupar sgt mulot mereka.... bila mereka berkata kata pasti akan ada fitnah.... mereka di kalangan ilmuan islam...tp cuai...ckp ikut sedap mulot.... dh di beri tempoh minta maaf.... tp dia nie bongkak.sombong.

Anonymous said...

Padan muka...pj pas perak akhlak 0...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...