BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Monday, August 01, 2016

AKTA 355 DAN POLEMIK RUU 355 - SIRI KE III

D) RUU 355 dan Hudud

 Ruu 355 tidak ada kaitan dengan hukum hudud. Akta 355 telah wujud di ketika Pas tidak pun lagi membincang isu hudud dlm gerakkerja politiknya. Semangat Akta ini digubal tahun 1965 tidak ada kaitan langsung dengan isu pelaksanaan hudud di mana2 negeri di Malaysia.

 Ketika Enakmen Jenayah Syariah II 1993 mula digubal, Akta 355 tidak dianggap penghalang utama kpd pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, begitu juga ketika Kerajaan Terengganu meluluskan Enakmen Jenayah Syariah(Hudud dan Qisas )2002, isu Akta 355 tidaklah dibincang sehebat hari ini.

 Jika dilihat kpd cadangan pindaan yang terkandung dalam draf RUU 355, ianya sekadar utk mengubah kuasa hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah syariah. Ini bermakna bidangkuasa Mahkamah Syariah masih kekal seperti yang sedia ada iaitu sekadar kesalahan2 yang berkaitan kekeluargaan Islam dan pelanggaran rukun agama. Kesalahan jenayah seperti rogol, curi, rompak, bunuh dan mendatangkan kecederaaan yang merupakan sebahagian daripada kesalahan hudud dan qisas tetap di luar drp bidangkuasa mahkamah syariah.

Jika pindaan dlm RUU 355 ini sekadar utk membolehkan beberapa kesalahan spt zina, minum arak dan tuduhan berzina shj yang mahu dihukum dengan hukuman mengikut undang-undang Islam, maka untuk apa Kanun Jenayah Syariah II ( 1993)2015 Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas ) Terengganu 2002 diwartakan tarikh kuatkuasanya?

 E) Mengapa RUU 355 menjadi RUU Bukan Kerajaan?

 Akta 355 adalah satu akta kerajaan yang sedang berkuatkuasa, mengapa Akta ini cuba dipinda oleh Pas sebagai parti pembangkang melalui RUU 355 (pindaan) 2016 sedangkan pemakaian Akta ini adalah untuk seluruh Mahkamah Syariah di Malaysia?

 Jika Pas sekadar berhasrat utk mendapat kuasa untuk melaksanakan beberapa hukum hudud mengikut bidang kuasa Mahkamah Syariah yang sedia ada, Pas sepatutnya mengemukakan satu RUU Persendirian supaya Parlimen meluluskan satu Akta untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Kelantan melaksanakan hukum tersebut di Kelantan, bukannya meminda satu Akta Kerajaan yang sedia ada kerana Akta tersebut digubal utk seluruh Malaysia.

 F) Ke mana akan berakhir Usul RUU 355?

 Saya menjangkakan usul RUU 355 juga akan menerima nasib yang sama dengan Enakmen Hudud dan Qisas, gah di segi namanya, tapi penyudahnya amat memalukan umat Islam sendiri, pihak lain yang memulakannya, pihak lain pula akan dipalit getahnya.

 Mengikut Peraturan 49 (3), Peraturan Peraturan Mesyuarat Parlimen, usul utk meminda Akta 355 hanya akan menjadi satu RUU dan dianggap sbg telah melepasi Bacaan Pertama jika usul tersebut diluluskan. Dgn kata lain usul yang dikemukakan oleh MP Marang pada 26/5/2016 yang lepas akan dianggap sebagai satu RUU 355 yang akan dicap dan diedar kpd Ahli Dewan jika ahli ahli parlimen secara majoriti bersetuju menerima usul tersebut. Selepas usul ini diterima dan dianggap sbg satu RUU, maka terserah kepada Menteri yang berkenaan utk kemukakan dalam Parlimen untuk Bacaan Kedua.

 Dengan Pas yang hanya ada 14 ahli MP, dan sikap Pas yang mengambil pendirian utk tidak berbincang dengan semua MP Pembangkang, adakah ada ruang di segi logiknya MP Kerajaan untuk menyokong RUU Bukan Kerajaan, di mana Kerajaan tidak ada apa apa kepentingan dan tujuan di sebalik cadangan pindaan tersebut? sumber

Komen al Husseyn :

   Pas mahu membawa pindaan Akta 355 ke parlimen dan dia memerlukan sokongan majoriti ahli parlimen supaya bersetuju menerima usul tersebut.

   Tetapi Pas ni samada dia pelik atau bangang yang melampau kalian cubalah fikirkan sama. PAS memperbanyakkan program penerangan, wacana dan dialog termasuk dengan bukan Islam berhubung pindaan Akta 355. Hinggakan khutbah Jumaat pun berceritakan pasal Akta 355.Apakah Pas ingat orang ramai atau  mereka yang datang ke masjid itu nanti yang akan membahas dan menyokong Akta 355 diparlimen nanti?

    Gerak kerja pas ini tidak menepati sasarannya.Sepatutnya Pas perlu mengambil pendirian utk menerangkan dan berbincang dengan semua MP Pembangkang untuk menyakinkan dan mendapat sokongan dan kerjasama mereka apabila Akta 355 itu dibentang dan dibahaskan di parlimen nanti.

 Namun dalam semua penerangannya itu pun, Pas gagal menjelaskan bagaimana hukuman-hukuman tersebut akan ditambah/naikan hukumannya.

   Inilah kerja bodoh Pas. Suka buat kecuh merata kampung nak tunjuk dialah pejuang ugama yang hebat kononnya....
Comments
5 Comments

5 comments :

Timnajib Jomfikir said...

Cara Hadi Awang berpolitik guna emosi bukannya guna strategi.

Guna lagilah emosi....otak kat siku dan lutut tu....

Nak kembangkan syiar Islam biarlah berstrategi. Pergilah belajar dengan Erdogan wahai Hadi. Ini, pergi Turki asyik jumpa Refah.

Azim Alias said...

Saat akhir kehidupan..... Bertukar menjadi Bal'am bin baura

Anonymous said...

Apa yg ngko sibuk dgn gerakkerja & strategi pas...cuba pikir sikit apa yg pan nak buat utk Islam di msia ni..

Anonymous said...

Kita tegur,klau tegur pun tak blh trima gi dok hutan,tembak babi mkan,tak hbis buat sarapn..bengong pnya walau

Joe Cole said...

Maaf, hari ni ambo trik diri dari perjuange demo..ambo bru sedar ad lgi perjuange yng utamo ambo kna buat... Ambo tsilap plih.

MARI LAH KITA SAMO2 SOKONG & TEGAKAN HUKUM ALLAH..SOKONG PEJUANGAN ULAMA', PAS AMBO KEMBALI..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...