BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Wednesday, August 24, 2016

Bila lagi Peguam Negara mahu bertindak ?

   Sangat malang, ketika Peguam Negara dari jabatan Kehakiman, Amerika Syarikat (DoJ), Peguam Negara Switzerland bersekali dengan Money Authority of Singapore (MAS) yang merupakan Bank Pusat negara itu, telah semua bertindak ke atas pesalah-pesalah dan perbankan yang terlibat dalam ‘konspirasi antarabangsa’ dalam pengsonglapan dana 1-MDB, termasuk memulakan ‘forfeiture of assets’ seumpama dilakukan DoJ, Peguam Negara Malaysia mendakwa segala-gala masih lagi dalam tahap siasatan.

 Peguam Negara Malaysia adalah merupakan seorang penasihat undang-undang utama kerajaan Malaysia sekaligus juga merupakan Peguam dan Pendakwa Raya bagi Kerajaan. Bidang kuasa dan tugas Peguam Negara diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

 Kalau benar-benar kita tidak mempunyai kemampuan untuk menyiasat secara forensik dan cekap, bukanlah lebih baik kita membantu segala siasatan yang sedang dilakukan oleh jurisdiksi negara-negara asing tersebut. Lagi pun yang didakwa dirompak adalah syarikat milik Malaysia dan milik rakyat Malaysia seluruhnya.

 Sesungguhnya kita tidak perlu tunggu dan lihat apa kesudahan kes saman sivil yang difailkan oleh DoJ di United State District Court, di Los Angeles, California sebelum kita bertindak dalam jurisdiksi atau kerangka perundangan negara kita yang berdaulat yang mendukungi Kedaulatan Undang-Undang atau Rule of Law.

Sudah cukup bukti prima face untuk Shahrol Azral Helmi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1-MDB (dulunya Terengganu Investment Authority-TIA) untuk didakwa atas pelbagai kesalahan. Kalau kita membaca dengan teliti Laporan PAC tersebut (dari muka surat 98 – 101), Shahrol telah melanggari serta membelakangi Lembaga Pengarah (BOD) sebanyak 19X, menipu (deceived) BOD 6X dan menipu 3X pihak Auditor.

 Laporan PAC juga telah secara khusus (di muka surat 106) menyebutkan…PAC berpendapat bahawa mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi perlu mengambil tanggungjawab untuk kelemahan dan kekakngan-kekangan tersebut. Oleh itu, pihak agensi penguatkuasa diminta untuk membuat siasatan.Baca selanjutnya di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Kalau dah jadi PEGUAM DEDAK NEGARA tak yah la nk koje keras.tunggu arah dari SiPemberi Dedak baru boleh koje.AKU tak Heran langsung dengan Mamat yg Bergelar Peguam Negara ni.Mamat ni Memang spesis macam KERBAU kena cucuk Hidung macam Mamat sekoq lagi ada jawatan KPN SAMA LA MAKAN DEDAK PM

Anonymous said...

Loyarburuk negara..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...