JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, August 31, 2016

Dato Husam dah merdeka... bila pula Dato Mahfuz?

Datuk Husam Musa  ketika menyerahkan borang keahlian kepada Presidennya
Mohamad Sabu.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.
 Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata beliau merasakan kemerdekaan sebenar apabila Datuk Husam Musa mengumumkan penyertaannya ke dalam parti itu malam tadi.

 "Saya rasa merdeka apabila Datuk Husam memerdekakan dirinya dengan menyertai Amanah malam ini," katanya.

 Husam yang merupakan bekas exco Pas Kelantan sebelum itu menyerahkan borang permohonan menyertai Amanah kepada beliau dalam majlis makan malam Ambang Merdeka di Cyberjaya malam tadi.

 Mohamad menyifatkan tindakan Husam itu tepat pada masanya dalam membina Amanah yang inklusif.

 "Penyertaan Datuk Husam ini sangat tepat pada masanya. Kita memerlukan orang seperti beliau yang sangat banyak kepakarannya," katanya di hadapan kira-kira 500 orang yang hadir.

 Husam yang juga bekas naib presiden Pas, pernah menzahirkan hasratnya untuk menyertai parti Amanah ketika beliau berucap pada ceramah umum Amanah di Kota Lama Kanan, pada Jun lalu.

 Husam yang juga Adun Salor ini dipecat dari Pas berkuatkuasa 23 April selepas Jawatankuasa Tatatertib Pas mendapatinya melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan Pas.

 Ini ekoran beliau lantang mengkritik Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kerjasama parti Islam itu dengan Umno serta kepimpinan parti berhubung isu hudud.

 Malah, Husam sebelum itu juga pernah berada sepentas dalam program anjuran Amanah sempena majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya, Januari lalu.

 Bagaimanapun Husam tidak membuat sebarang keputusan muktamad berhubung hasratnya itu sehingga pada malam tadi, beliau secara rasmi mengumumkan menyertai Amanah. Baca lagi di sini


Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Tahniah bro husam. Semoga terus bersama rakyat majoriti yg undi menentang bn.

Sapa ada info terkini, jadi ke parti pas nak saman sarawak report?

Boley Jalan said...

Kena tunggu dipecat......tapi beranikah nak pecat, ini satu tanda tanya????

abrarmujahideen said...

Mahfuz nie lebih kepada POYO shj.

Anonymous said...

biarlah, jangan diganggu Dato Mahfuz, mungkin dia ada perancangan sendiri.

Anonymous said...

Mahfuz hang jgn lembab sangat. Jiwa hang secocok dgn amanah. Pas tunggu nk pecat hang jer. Nk reka alasan. Hihi. Kalo hang tunggu dlm pas hang takkan dipilih jd calon lg. Olamak dah ada calon sendiri. Hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...