GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, August 17, 2016

Hj Hadi kantoi sebab ponteng sokmo....

  Mujur ada Asmuni Awi
  Pada 23 Februari 2014 yang lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah memerintahkan Tuan Guru Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Disember 2014.

 Mujurlah ada Asmuni Awi, yang telah membantu untuk mengetepikan tuntutan itu. Maka selamatlah Hj Hadi ketika itu... Pas pun tak perlu nak lancarkan kutipan derma jihad untuk Hj Hadi.

   Hj Hadi sudah tentu patut mengucapkan terima kasih kepada Asmuni dan anaknya si Fitri.... Kalau budi yang lama itu pun payah bagi Hj Hadi nak ucapkan terima kasih kepada mereka, pastinya sukar untuk mendapatkan bantuan guaman dari Asmuni & Co.

   Lagi pula Asmuni Awi dah dianggap musuh oleh Hj Hadi dan wala'unnya... Siapakah agaknya yang akan membantu Hj Hadi kali ini?

    Ya... kali ini, gara-gara kegemarannya suka ponteng,

  Satu penghakiman ingkar telah dibuat pada 12 Ogos 2016 keatas presiden Pas, Tuang Hj Hadi oleh mahkamah sesyen Kota Kinabalu kerana beliau gagal menghadirkan diri.

  Mahkamah itu telah memutuskan bahawa defendan , Hj Hadi perlu membayar ganti rugi kepada Marcel gangguan dengan hak Perlembagaan plaintif untuk kebebasan beragama di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dalam jumlah yang perlu ditaksir; Ganti rugi bagi kekufuran terhadap defendan dalam jumlah yang perlu ditaksir; faedah berkanun dan kos.

  Plaintif telah memohon untuk penghakiman dan mahkamah selepas meneliti permohonan itu, mengeluarkan perakuan tiada kehadiran oleh defendan walaupun surat panggilan oleh peguam plaintif telah disampaikan pada 19 Julai.

 Mengikuti perakuan itu, mahkamah membenarkan penghakiman yang memihak kepada plaintif.  ~ sumber

 Pada 25 Jan 2016, Marcel Jude Joseph 54, telah menamakan Hj Hadi sebagai defendan atas tuduhan membuat kenyataan fitnah terhadapnya.

 Dalam pernyataan tuntutannya, Marcel berkata pada 18 Jan tahun ini akhbar dalam talian Free Malaysia Today atau FMT telah menerbitkan satu artikel yang berasal daripada defendan bertajuk "Christianity Rejected By The Educated says Hadi"

 Marcel mendakwa defendan membuat kenyataan fitnah kepada perenggan pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam artikel tersebut.

  Pada 23 Februari 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah mengarahkan Abdul Hadi membayar saman berjumlah RM2,000,000 dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh calon PKR Dewan Undangan Negeri DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin; ekoran dakwaan yang dibuat ahli parlimen Marang itu bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.
Comments
12 Comments

12 comments :

Lelaki Dicermin said...

Agaknya situasi tgganu..tiada kenyataan membantu.. situasi selepas peguam amerika keluarkan kenyataan tuang presiden masih takde kenyataan membantu. Sedangkan dedak telah di bagi...tu skg tuang presiden. Sedang menerima tekanan..tiba2 lak SR dpt maklumat dedak.. tiba pulak byk blog2 dah menukar nama parti PAS kapada PIGS.. sedang AMANAH bermcm2 walaun pas gelarkan .. tak pernah timbul AMANAH nak membalasnya..skg ni tiba2 lak kena bayar ganti rugi.. tak logik..surat penting pada penama yg penting..penama tak dpt surat.. seandainya ganti rugi di KK tu.. dpt di elak.. tp nama dah masuk dlm mahkamah.. asyik masuk je..lama2 busuk gak.. kesan tetap ada..

Anonymous said...

Takpa..Hadi dah ada Apandi Ali

Anonymous said...

Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu..

Anonymous said...

Xpa..lebai2 semuanya maksum
He3

Anonymous said...

Alaa brp juta la sangat, pandai la dia cari duit. 90j kan hado.

Anonymous said...

Mahkamah sesyen je pom...bkn mahkamah persekutuan...hal kecik je pom...nanti bila diurus balik kes ni abis la jd mcm kes calon bukit besi tu...melopong bila court menangkan hj hadi hahahaha

Anonymous said...

PIGS apa cerita sekarang....Dh berapa ahli bertambah?

Anonymous said...

Kaki ponteng tetap kaki ponteng.

Anonymous said...

Hadi tak lama lagi akan jadi sampah masyarakat

An Anonymous said...

http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42218-menjadikan-maqasid-syariat-alat-untuk-tinggalkan-syariat

Anonymous said...

Ehemm. Tu dah mula nk kafirkan orang lain. Wa dah lamo tk read haramkah?? Hanya sesuai utk walaunta. Huhuhu

Anonymous said...

Hoi walaung. Depa dah tk baca harakah. Hanya laku 16,000 naskah saja. Baki return back. Tanya lah nasrudin tantawi al germani. Huhuhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...