GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, August 05, 2016

ISTIQAMAH DALAM ISLAM

  Ada pihak yang mendabik dada mencanang bahawa kumpulannya sahaja yang merupakan mata rantai Harakah Islah dan Tajdid. Kumpulan lain adalah bathil!??

  Menurutnya, hanya  kumpulannya sahaja  yang wajib wujud kerana hanya kumpulannya itu sahaja yang mengikut perintah Al-Quran dan wasiat Rasulullah SAW dengan syarat, rukun dan ciri-ciri yang teguh dan anjal bersama situasi semasa dan setempat...  Tak larat nak tengok dia masuk bakul dan angkat sendiri...

  Dia sendiri pun dah lama sungguh tak membacakan ayat La-tarkanu illal-ladzina dzalamu... kepada orang-orangnya. Malah lenggok gaya bahasanya kini lebih kepada La-tarkanu ilal-ladzina AMANAH ...

  Dia marah dan benci sangat kepada orang-oarang Amanah sebab pada perkiraan sempitnya, mereka ni keluar dari Pas adalah tidak istiqamah dengan perjuangan Islam? Hanya mereka yang terus istiqamah dengan Pas adalah istiqamah dengan perjuangan Islam?? Baca di sini.

  Berikut merupakan pencerahan dari Ust Che Ibrahim Mohamad, menyanggah dakwaan yang yang sedemikian rupa.
Dlm Al Quran, perintah istiqamah disebut dua kali oleh Allah SWT;
 1. Dlm Surah al Hud ayat 112:

فاستقم كما امرت ومن تاب معك ولا تطغوا
(Maka tetapkanlah pendirian kamu sebagaimana kamu diarahkan dan sesiapa yang bertaubat bersama kamu, jgn kamu melampau2). 
2. Dlm Surah al Syura ayat 15:

فلذلك فادع واستقم كما امرت ولا تتبع اهواءهم
(Maka begitulah kamu diseru dan tetapkanlah pendirian kamu sebagaimana kamu diarahkan, jgn kamu mengikuti kehendak hawa nafsu mereka)

 Perintah istiqamah atas apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt diwajibkan ke atas semua yang beriman, bukan kpd golongan tertentu shj. Istiqamah dalam perjuangan Islam ini dituntut sepanjang masa, bukan masa masa tertentu shj.

 Tanggungjawab memperjuangkan Islam tidak boleh dimonopoli oleh jemaah tertentu shj sebagaimana tanggungjawab dlm feqah yg tidak boleh dikuasai oleh mazhab tertentu, atau kerja kerja dakwah yg cuba dikuasai oleh ngo tertentu shj.

 Begitulah juga tanggungjawab memperjuangkan politik Islam tidak boleh menjadi milik mutlak parti tertentu sehingga menafikan hak parti lain utk melibatkan diri dlm politik Islam.

 Parti adalah alat kpd perjuangan, bukannya aqidah perjuangan. Kita bebas memilih alat perjuangan kpd amalan politik kita sebagaimana kita bebas untuk memilih mazhab kpd amalan ibadat kita. Suatu mazhab fiqh yg terdahulu atau parti politik yg lebih dulu diwujudkan tidak boleh menghalang kewujudan mazhab atau parti yang baru.

 Istiqamahlah kita dengan perjuangan Islam dan perjuangan menentang kezaliman, jgn kita istiqamah dengan mazhab atau parti tertentu kerana mungkin suasana dan keperluannya telah berbeza dan berubah ubah.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...