GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, August 05, 2016

Pemuda Pas Kelantan mewarisi kelaku Pemuda Umno?

 Pemuda Pas Kelantan membuat laporan polis di Balai Polis Tanah Merah semalam ke atas individu yang memfitnah anggota rombongan kerajaan negeri ke Krabi, Thailand melakukan zina dengan pelacur Siam baru-baru ini.

 Individu tersebut didakwa membuat tuduhan tersebut melalui Facebook dan WhatsApp.

  Laporan polis itu juga menamakan individu dari Tanah Merah sebagai orang yang membuat tuduhan tersebut. Baca lagi di sini 

   Komen al-Hussyn :

  Pemuda Pas Kelantan ni sama vengong seperti Khairul Azwan, Naib Ketua Pemuda Umno yang buat laporan polis terhadap tiga orang yang didakwanya terbabit dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.

 Ketua Polis Negara, kemudiannya berkata, laporan Khairul Azwan itu berdasarkan andaian dan tidak mewajarkan siasatan lanjut...

   Korang boleh tengok sendiri kenyataan media Dewan Pemuda Pas Kelantan dan Dewan Pemusa Pas Kawasan Tanah Merah.

Kenyataan Media Pemuda Pas Kelantan, tanpa
menyebut nama yang di tuduh ....
  Antara kenyataannya itu ialah, " Menuduh pemimpin Pas pergi berzina di Thailand adalah satu tindakan jahat dan cukup keji. Apatah lagi ia telah melakukan satu kesalahan yang boleh dikenakan dibawah hukum qazaf ...."

  Bagaimanapun kenyataan tersebut tanpa menamakan sebarang nama ... samada pihak yang menuduh atau pihak yang kena tuduh...Apa jenis tuduhan ni? Langsung tidak ada penyertaan bukti untuk mendakwa tuduhan ...

Saya perturunkan pula komen Che Ibrahim Mohamad seperti berikut :
Tuduhan zina adalah satu kesalahan Qazaf mengikut Kanun Jenayah Syariah (II)(1993) 2015 Negeri Kelantan yg boleh dihukum dgn hukuman sebat 80 kali. Mengapa Pemuda Pas buat repot polis, bukan kpd Jab Agama Islam Kelantan untuk didakwa di Mahkamah Syariah, adakah pemuda Pas juga menolak hudud????

p/s dlm kenyataan media pemuda Pas, mereka kata " telah melakukan repot polis...."

Kenyataan media pemuda Pas pun tak sebut nama sapa yg jong tuduh dan sapa yg kena tuduh.
Gelihati bila budak-budak Pas ni tuduh individu tersebut sebagai menghina ugama Islam dan memperlekeh ulama' .... Hoi macai! Pas tu bukan agama! Pas tu hanya sebuah parti... ulama' pun ada yang warasatul anbia' dan ada pula warasatus-syayatiin....
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Knp terlintas dikepala aku ttg cerita di jerman pula. hahaha

Anonymous said...

lama tak singgah blog alhusseyn ni. blog keciwa rupanya sekarang ini. cliché macam blog2 keciwa lain. sehari tak hentam pas seropa panas punggung dibuatnya. itu hak tuan punya blog. diharap Allah swt memberikan kesihatan yang baik pd tuan blog dan dimurahkan rezki. aminn..

Anonymous said...

Macam Hadi jugak lah..
Tuduh orang pil kuda..
Buat lapuran polis pun samar-samar..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...