SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI LEBARAN
SELAMAT HARI LEBARAN

Saturday, August 20, 2016

Perginya seorang sahabat Amanah, Abdul Razak

Sembang Teh Tarik Pakatan Harapan di Warong Allahyarham pada April lalu
  Pagi tadi sempat pergi menziarahi jenazah sahabat yang bernama  Abdul Razak, seorang peniaga warung makanan di pinggir padang berhampiran kediamannya di Lapangan Jaya, Ipoh.

  Allahyarham meninggal di hospital Permaisuri Bainun Ipoh malam tadi setelah dimasukan ke situ seminggu yang lalu.
 
Allahyarham Abd Razak, dua dari kanan
  Allahyarham meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.

   Semasa hayatnya, beliau seorang yang gigih berusaha sebagai peniaga kecil makanan.

 Beliau merupakan aktivis parti yang kental dan merupakan antara ahli yang awal menyertai Amanah Gopeng.

 Ramai sahabat handai, termasuk dari parti lamanya datang memberikan penghormatan terakhir kepadanya.

   Solat jenazah telah disempurnakan di Masjid Rapat Jaya Tambahan selepas solat Jumaat dan diimami sendiri oleh anak lelakinya, seorang hafiz ul-Quran.

 Jenazah Allahyarham telah disemadikan di tanah perkuburan yang berhampiran. Semoga Allah menempatkan Allahyarham bersama-sama para solihiin dan dicucuri rahmat. Al-Fateha.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Bukan tahfiz......tapi haafiz
Tahfiz makna penghafalan
Haafiz makna yang menghafal atau menjaga....

Anonymous said...

Salam Tuan AlHusseyn,

Takziah kepada keluarga allahyarham Abdul Razak. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh dan jasadnya dan dimasukkan beliau dalam golongan yang beriman. Jasa dan pengorbanan arwah kami sanjung dan kenang sentiasa. Semoga Allah membalas segala pengorbanan arwah di sana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...