JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, August 09, 2016

Tahniah Pas kerana mengembirakan Umno BN ...

Hahaha! Aku yang paling segak! Kena pakai kemas nak masuk Dewan Negeri...
  Pagi tadi saya bersama dua orang rakan berkesempatan menjadi pemerhati Mesyuarat Kedua Penggal keempat, Dewan Undangan Negeri Perak Ke-13. Kami bertiga mengiri DS Nizar ke sana.

  Pagi ini ada usul perlantikan speaker baru dewan  bagi menggantikan Datuk Seri S K Devamany yang telah melepas kan jawatan Speaker Perak setelah dilantik  menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet yang baru lalu.

  Pakatan Harapan Negeri Perak telah menghantar nama Ahli Parlimen Batu Gajah daripada DAP, V Sivakumar sebagai calon Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Manakala pihak BN menamakan bekas Ketua Wanita MIC Perak S Thangeswary.

 Maka Timbalan Speaker pun membacakan notis pengundian Speaker kerana terdapat dua calon.

 Proses pengundian pun berlaku lalu Timbalan Speaker mengumumkan keputusannya bahawa Thangeswary dipilih sebagai speaker baharu setelah memperoleh 30 undi berbanding calon pembangkang V Sivakumar 24 undi.

   Ketika Timbalan Speaker mengumumkan V Sivakumar hanya memperoleh 24 undi, ramai yang agak tertanya-tanya... sebab menyedari pembangkang di Perak ada 28 kerusi... mana lagi yang empat??

 "Empat wakil rakyat PAS berkecuali dalam pengundian hari ini," jelas Timbalan Speaker diikuti dengan tepukan meja bergemuruh oleh pihak BN...

  Jelas sikap dan pendirian Pas memilih untuk berkecuali dalam pengundian tersebut telah mengembirakan BN.Tahniah kepada Pas kerana telah mengembirakan BN!

   Apabila sampai disuatu peringkat dimana Speaker yang baru itu diasak dengan pertanyaan-pertanyaan berhubung dengan isu petani-petani yang kena halau dan dia tidak dapat nak memberi penjelasan, maka speaker pun menangguhkan sidang selama 30 minit!

     Kami pun pergi ke tempat makan. Sedang leka memilih juadah di situ, saya telah disapa oleh bekas PJ Pas Perak, Ust Abu Bakar, Adun Titi Serong. Memang telah lama tak bertembung dan bertegur sapa dengannya. Kami pun bermanis-manis muka, masing-masing bertanya khabar. Habis gitu saja.... dan saya pun pergi ke suatu sudut meja makan.
 
Aku dengo jer ... sengaja aku letak rambutan kat situ supaya tekak
masing-masing tak rasa perit bila bertekak!
  Sedang menikmati juadah, Ust Bakar datang turut menyertai berlabuh dimeja makan saya... kemudian diikuti pula oleh dua sahabat saya, Bob dan Pahrol. Kemudian DS Nizar pula singgah berlabuh sama!

  Maka berlakulah sedikit perbincangan....DS Nizar mempersoalkan pendirian Pas yang berkecuali ketika mengundi tadi.

  "Pas berkecuali, tidak memihak kemana-mana... kami tidak menyokong pembangkang, tidak menyokong BN," terang Ust Bakar.

  " Mana boleh macam itu..." sampuk DS Nizar. "Pas kena tegas pendiriannya menentang kezaliman, tidak boleh berkecuali..." tegas DS Nizar.

  "Pas sepatutnya tidak duduk sebaris dengan pembangkang didalam dewan!" Tiba-tiba Bob menyampuk.

   "Kalau saya Speaker dewan, saya letak Pas ditengah-tengah dewan antara barisan pembangkang dan kerajaan sebab Pas tidak berpihak ke mana-mana..." gerutu Bob dengan selamba...

 "Itulah perinsip kami; tidak berpihak kemana-mana... kalau kami sokong, pembangkang pun tetap kalah!" Ust Bakar cuba mempertahankan pendirian partinya.

  Dia mungkin terlupa ungkapan yang sering Pas laungkan : ALLAH TAK TANYA KALAH ATAU MENANG....TAPI TANYA KENAPA KAMU TAK BERJUANG....

  "Ustaz mana boleh terus duduk diatas Siratal-Mustaqim.... Ustaz kena pilih sama ada nak masuk syurga atau neraka!" Bob sedikit emosi...

  Tapi Ust Bakar ni memang cool orangnya... dia buat derk ajer... walaupun diterjah oleh DS Nizar dan Bob, Ust Bakar terus mengoyah rambutan yang ada di atas meja...

   Memang rambutan tu cukup manis... boleh tanya sendiri pada Ust Bakar!
Comments
10 Comments

10 comments :

Mat Safian said...

Dari lagak Ust Bakar kita dah faham, pendirian berkecuali itu bukan dtg dari dia, tp tuang Presideng.
Depa ni ikut saja, takut berdosa la konon.

Anonymous said...

Mana boleh berkecuali. Baik ponteng terus.

Orang yang berjuang kena pilih yang mana yang benar dan kebenaran adalah di pihak Allah.

Boleh kah dikatakan begini. Allah memanggil hambanya menjadi saksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah. Tetapi se telah menyaksi kan kebenaran, pilih berkecuali.

Anonymous said...

Ada pendirian ....kepala butuuuu wahai ustaz

Anonymous said...

Ostat2 mmgla otak depa pkir jauh mana.takat hujah halal haram haid nifas ja la diorang tau.hal economy apah xtau apatah lagi mdb ka apa ka.mengabiskan beras undi depa ni

Unknown said...

Bak Pas lah nak pilih sapa. Kan Pas org tak pandang tetapi knp nak komen ttg keputusan Pas. Bagi Pas bn dan ph jenis kemaruk kuasa. Prinsip Pas meletak Islam di depan kecuali mrk yg dah tak yakin pada Islam sendiri

Anonymous said...

Pas tk kemaruk kuasa?? Huhu. Awat masuk bertanding? Ohhh sekadar nk jadi yb kutip elaun ribu2. Pehhh. Ustaz ni mesti terima arahan hadi aweng buncit. Walak kan. Baru mudah masuk syurga. Dapat pula bidadari. Huhuhu

Anonymous said...

Comel baju pak husseyn. Ada gaya olamak. Tahniah

Anonymous said...

Ostaz bakar tu walaunta lah tu. walak kpd tuan presideng pil kuda barua broker n jebon. Ye lah 1st time jadi yb titi serong. Lepas ni tak meraso lah jadi yb. Depa ni bukan yb untuk rakyat. Rakyat dah tak mauuuu. Not perform as yb rakyat. Hanya yb kpd tuan presideng pil kuda barua broker n jebon. Hahahahahahahaha

Anonymous said...

Abes tu hangpa pi parlimen nak buat apa? Minum2..? Pas punya pasai.. Islam nampak mundur dan bodoh.. hang pa tanggung la wahai lebai pascai..

Anonymous said...

Sebelom undi mesti ust. Bakar tepon presideng hadi buncit. Nk undi siva dap atau berkecuali? Lalu hadi wi fatwa mesti berkecuali. Dan lebih apdhal ponteng terussss. Macam hadi awe biasa buat di parlimen n dun. Hahahahaha. Tahniah adun pas perak. Moga ni kali terakhir hang jadi adun walaunta. Wakil hadi awe di dun perak. Bukan wakil rakyat. Huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...