GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, August 17, 2016

Zahid Hamidi , percayalah hanya dia Melayu yang tidak makan babi...

  TAMPIN, 16 Ogos - Di samping mengekalkan hubungan yang sihat antara kaum di Malaysia yang berbeza adalah penting, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu perwakilan Umno hari ini bahawa terdapat beberapa garisan yang dia tidak akan seberangi seperti makan daging babi untuk meraih undi daripada pengundi Cina.

 Dalam ucapan perasmian beliau pada mesyuarat Umno Bahagian Tampin di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa dia mahir dengan budaya Cina, terutamanya opera Cina kerana dia telah mengambil empat mata pelajaran minor Cina termasuk penulisan dan kesusasteraan Cina.

 "Saya percaya dalam silang budaya. Walaupun kita adalah orang Melayu, kita mesti menghormati orang India dan budaya Cina.

 "Saya hanya tidak makan daging babi untuk mendapatkan undi daripada orang Cina ... yang saya tidak akan lakukan," kata Ahmad Zahid.

 Menteri Dalam Negeri itu berkata walaupun dia sentiasa mempertahankan masyarakat Melayu, beliau juga tidak menafikan peluang yang adil kepada kaum lain.

 "Ya, saya mempertahankan orang Melayu, tetapi saya tidak pernah menafikan peluang kaum lain.

 "Sejak ditubuhkan Umno ... kita tidak pernah menghalang lain kaum. Mengapa? Kerana Umno dipimpin oleh pemimpin yang berwibawa dan rasional, " kata Ahmad Zahid kepada sorakan dari orang ramai. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

  Zahid Hamidi ni adalah seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia ... tapi takkanlah mentalitinya sama taraf dengan seorang Adun Pas yang memakai pakaian dewa cina untuk meraih sokongan orang Cina....??

  Zahid Hamidi mengaku  bahawa dia mahir dengan budaya Cina, terutamanya opera Cina kerana dia telah mengambil empat mata pelajaran minor Cina termasuk penulisan dan kesusasteraan Cina....

  Kah! Kah! Kah! Zahid ni memang komidi sangat!

 Dia perlu sedar, calon MCA yang memang budayanya Cina, bertutur dalam bahasa Cina atau menulis kaligrafi Cina dan makan daging babi, tetapi mereka tidak menikmati sokongan pengundi Cina yang ramai kerana calon MCA bersubahat dan mempertahankan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh Umno/BN.

  Jangan ingat kerana mahukan sokongan pengundi Cina, maka seseorang itu perlu makan babi sebab orang Cina makan babi?

  Kenyataan Zahid Hamidi ini adalah satu penghinaan terhadap kaum Cina; seolah-olah orang Cina tidak menyokong orang Melayu kerana orang Melayu tidak makan daging babi.

  Bahawa orang Cina akan menyokong atau memberikan undi mereka kepada orang Melayu, hanya sekiranya orang Melayu itu sanggup makan babi?

  Apakah Zahid beranggapan bahawa kaum Cina tidak tahu menghormati ISLAM dan umat Islam di negara ini?  Orang Cina tahu orang Islam tidak makan daging babi, maka mereka tidak akan suruh kamu makan babi baru mereka akan memberi undi kepada kamu dan Umno.

  Apakah orang-orang Cina yang telah memberikan undi mereka kepada orang Melayu sebelum ini kerana orang Melayu makan babi?

  Jika anda seorang pemimpin yang adil, anda tidak perlu makan daging babi untuk mendapatkan undi orang Cina.

  Wahai Zahid Hamidi, sedarlah kamu bahawa mereka tidak memerlukan kamu untuk makan daging babi atau bertutur dalam bahasa Cina atau menulis kaligrafi Cina atau memakai pakaian dewa Cina macam orang Pas tu...

 Jika kamu seorang pemimpin yang bersifat perkauman dan rasuah, walaupun kamu makan daging babi, orang Cina tidak akan mengundi kamu.

 Jangan kamu beranggapan bahawa memakan babi itu adalah perkara yang paling keji dan mungkar dalam Islam  dan dengan tidak memakan daging babi, maka kamu adalah manusia bersih daripada sekalian dosa-dosa dari semua perkara-perkara yang mungkar....
 
  Orang Cina juga tahu, Islam melarang orang Islam makan rasuah... Dan mereka mahukan kamu tidak menjadi keldai bisu dalam mempertahankan PM dan skendal 1MDB.

  Apakah Zahid Hamidi akan berhenti makan daging lembu kerana mahukan sokongan pengundi India yang sangat menghormati lembu?
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

mlayu Xmkn babi tapi dok mkn bau babi..babi dgn kandang babi bkn cina yg empunya..kerajaan malaisa yg punya..toke babi cuma tukang olah..
kmudian dok sibok pasai pencemaran sg dan laut dan penyakit bawaan babi

tapi Xpa demi kemajuan malaisa dan sokongan cina pada umno dan satu industri yg sangat menguntongkan.. babi buleh export... babi mampuih buang dlm kolam ikan..taik babi bwat baja sayuran..sayuran jd subog dan hasilan ikan jd berganda lipat..
adey mr husain ..saya bahasa ada skit tarak sopan sbb byk sebut itu babi.
mkn bau sekali skala masih boleh tahan sbb kita harus hormat menghormati pada pelbagaian kaum dlm malaisa..kalu udah hari mkn bau harap sabag byk-byk sampe toa atau sabag la sampe mampuih...

Anti Fitnah said...

Apa beza makan Babi dengan makan Rasuah?
Hanya yang makan babi dapat membezakannya?

Anonymous said...

Cth mudah utk kita nilai.ada seorang ulamak melayu islam xmkn babi tp 24jam mengutuk cina babi2,kemudian terpalit isu pecah amanah rasuah dan skandal seks...berbanding dgn seorg cina yg mkn babi tp bekerja dgn rajin dan jujur...yg mana satu lebih baik?????Melayu yg xmkn babi atau cina yg mkn babi????

Anonymous said...

dah semedang dok mkn bau babi..
sbbtu depa kutuk cina babi 24jam
agak akule mlayu kena ikot cina mkn babi atau mkn babi mcm cina
nnti mlayu bekerja dgn rajin dan jujog mcm maklaikat dan tidak lagi tepalit isu pecah amanah.mkn rasuah.dan sex..apa itu hang maksudkan..
masaalah lani mlayu Xmkn babi tapi dok mkn bau babi dan taik babi..babi..
mlayu yg Xmkn babi atau cina yg mkn babi mana satu lebih baik???
baik untok cinala sbb dia mkn babi..terbaik pada mlayu.. babi telepaih tgn bau taik babi . atau dgn laen pekataan peliag terpacak burit telepaih ..nk habag bagi kat hang.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...