SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI LEBARAN
SELAMAT HARI LEBARAN

Saturday, September 03, 2016

Akibat terlalu cerdik agama, boleh tuduh orang lain jahil agama?

  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menuduh bekas Timbalan Presidennya, Datuk Husam Musa sebagai 'jahil agama' berikutan dakwaan Husam bahawa bagi orang PAS yang mahu mengikut perjuangan Tok Guru (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) mereka kena menyertai AMANAH kerana hanya AMANAH serupa dengan kehendak perjuangan Islam cara arwah Tok Guru.

 Ekoran mengaitkan nama almarhum TGNA itu, Hj Hadi naik hangin - dia bimbang ramai yang akan meninggalkan Pas dan mengikut jejak langkah Dato Husam menyertai Parti Amanah Negara.

   Kebimbangan Hj Hadi itu ada benarnya , kerana pada 30 Ogos 2016 yg lalu, 17 cawangan Amanah Dun Limbongan dalam Parlimen Pasir Puteh, Kelantan telah ditubuhkan dan diresmikan oleh Dato Husam sekembalinya ke Kota Bharu kelmarin.

  Perkembangan ini amat jauh berbeza ketika Hj Mohd Sabu dan rakan-rakan G18 keluar Pas dan menubuhkan Parti Amanah Negara; dimana dilaporkan kononnya Pas menerima ahli baru empat ribu ke enam ribu orang setiap bulan.....

  Kenapa fenomena kemasukan beribu-ribu ahli baru ke dalam Pas tidak berulang pada ketika Husam menyertai Amanah? Sebaliknya beberapa cawangan baru Amanah pula muncul di Kelantan.

     Sebab utamanya ialah,  cerita beribu-ribu ahli baru menyertai Pas itu adalah palsu dan tak ada siapa yang akan percaya kalau cerita lama itu mahu dikitar semula!

  Lantaran perkembangan kemasukan Husam ke dalam Amanah ini mengancam kewujudan Pas, maka Hj Hadi pun terpaksa melakukan serangan peribadi ke atas Husam dengan menuduhnya sebagai 'jahil agama'!

 Malah Hj Hadi mendakwa dirinya lebih rapat dengan almarhum TGNA berbanding dengan Husam... 

“(Kenyataan Husam) Itu kenyataan orang yang jahil agama. Saya lebih rapat de­ngan Tok Guru daripada dia. Kalau tidak percaya, tengok kaset arwah, tengok apa dia komen tentang saya,” katanya. ~ sumber"

  Tak kiralah apa juga dakwaan Hj Hadi itu benar atau tidak. Itu dia punya pasal. Tapi apa yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca sekalian adalah suatu kisah yang pernah ditulis oleh Zulkifli Sulung, pengarang The Malaysian Insider suatu masa dulu :
"Mana Datuk Husam?" tanya Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila terjaga dari tidurnya di atas katil Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu.

 Ekoran itu, keluarganya menelefon Naib Presiden PAS itu dan bergegaslah Husam ke HUSM menemui Nik Aziz. Namun Nik Aziz tertidur lagi. Husam tidak sampai hati untuk mengejutkan Mursyidul Am PAS itu.

 Apabila terkejut dari tidur, sekali lagi Nik Aziz bertanya, "Mana Husam?". Sekali lagi, Husam terpaksa berpatah balik ke HUSM ketika beliau dalam perjalanan ke lapangan terbang Pengkalan Chepa untuk seterusnya ke luar negara.

 Kali ini, Husam dapat mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh Nik Aziz kepadanya. Namun ia hanya antara mereka berdua. Selepas tiga hari berlalu, sehingga kini ia tetap menjadi rahsia antara mereka.
  Tok Lebai Malaun semua jangan kecil hati sebab almarhum tak sebut pun nama Tok Lebai Marang walaupun beliau mengaku lebih rapat dari Husam...

   Dan apakah ungkapan yang dititipkan oleh almarhum kepada Husam yang masih menjadi rahsia antara mereka berdua sahaja hingga kini? Pastinya Husam akan mendedahkannya suatu masa nanti.

  Tapi ketika berucap malam tadi di Kampung Cheram, Husam telah mendedahkan suatu rahsia..... memulakan dengan menyebut wallahi sebanyak 3x lalu beliau memaklumkan bahawa dalam suatu perjumpaan  AJK Pas pusat, Nasaruddin Mat Isa memaklumkan bhw Pak Lah telah menawarkan 3 jawatan menteri dan 3 timb. Menteri jika menyertai kerajaan.

 Husam lalu bertanya, mandat siapa yg suruh anta berbincang dgn Pak Lah? Tapi pertanyaan itu dipotong oleh Hj Hadi dan kemudian menutup mesyuarat itu.

  Sekarang Hj Hadi tidak ada kuasa macam dulu nak potong cakap Husam...  Husam akan dedahkan siapa Hj Hadi sebenarnya.

Update :


Baru terbaca komen dari fesbuker, Syam Ghas yang menyertakan gambar dan komen berikut :

Gambar TGNA dgn Dato Husam, di saat saat akhir hayat TGNA di HUSM, dimana waktu tu Dato Husam di luar Kelantan balik segera bila TGNA memangil untuk berjumpa beliau.

 *Gambar ini sudah membuktikan bahawa TGNA sangat baik dgn Dato Husam, w/pun saat adik beradik lain tidak dibenarkan masuk (spt ayat Adik Nik Ahmad Mumtaz), Dato Husam tetap dapat masuk berjumpa arwah.

* Apapun sama2 kita sedekahkan Al Fatihah dan sambung perjuangan TGNA utk jadikan Islam sebagai RahmatanLilAlamin. 
Comments
24 Comments

24 comments :

Timnajib Jomfikir said...

Pendekatan TGNA lembut dan tegas.

Pendekatan Hadi Awang pulak...keras dan gong.

Kepada Hadi Awang,Nik Abduh, dan walaunta2...cakap bolehlah..
Hakikatnya...semua orang tahu.. Siapa Dato Husam disamping arwah.

Dengan usaha yang berterusan dan izin Allah SWT. Kelantan akan diwarnai warna oren dan ditadbir urus oleh pemimpin2 seperti arwah TGNA.

Al fatihah.

Anonymous said...

Meroyan lagi laa hadi bila tengok gambar tuu.

Lepas ni dia akan cakap... "aku selalu jumpa tgna di alam barzakh.. kamu budak2 jahil agama.. apa kamu tauuu"

Anonymous said...

Allahu Akbar...meniti perjuangan pasti ada ranjau dan duri. Tetapkan iman kukuhkan perjuangan. Barakallah. Alfatihah!

Anonymous said...

klu la si husam tu jahil agama..xdak la bini dia pakai tudung labuh..
baik husam sruh ja bini dia kaler rambut,free hair..
ulamak ke...spesis babi jadian si hadi awang tu??
memalukan title ulamak btl la..si babi marang sekor tu..
hakptuuiihhh

syah adam said...

Terbaiklh artikel ni tuan👍👍

M.N.Hasnal Bakiyah said...

Tengganu pun tak leh tawan...mung hj hadi nak ckp banyak pulak.
Malu la..mung tu presideng..tapi negeri mung pong mu tak dpt tawan.

Anonymous said...

Kita tunggu pula kesudahan 90 juta dakwaan Sarawak Report. Adakah rahsia hj hadi akan terburai lagi

Mat Safian said...

Terbaik Husam! Perdana Menteri Malaysia dari Kelantan yang pertama, InsyaAllah.

Azim Alias said...

Lagi 10 hari tunggu takiyuddin nak saman . 20 hari dah berlalu

Anonymous said...

kenyataan paling gabra pernah aku dengaq dari HJ hadi.. semoga roh TGNA bersama orang2 yg bersama d jalam Allah..juga kita yg masih mendokong perjuangannya...Aminn

Anonymous said...

Inilah pemimpin yang kita mahu, jelas hala tuju dan jelas dalam perjuangan.. tidak kira amanah,pas dan amno hatta dap, pemimpin yang berwibawa pasti mempunyai aura yg tersendiri, mudah mudahan husam ini menjadi salah satu ikon penting dalam persada politik negara dan mampu mengisi kekosongan peranan pembangkang yang dahulunya dipegang oleh PAS digantikan dengan amanah. InsyaAllah, konsistensi, integriti tinggi yg dimilikinya, amanah pasti mempunyai taring bila berlaku pilihanraya akan datah

Jiwa Kacau said...

Inilah (DHM) calon PM Malaysia.Sebagai permulaan rakyat Kelantan tiada pilihan lain untuk meneruskan corak kepimpinan Almarhum TGNA. Hanya ada satu pilihan, ia adalah DHM.

Anonymous said...

Tuan guru rapat....dok rapat ketika di atas pentas berceramah...bergambar....bukan rapat berkongsi hati nulrani mcm datok husam....al fatihah bt TGNAA.

Anonymous said...

Antara kejayaan haji hadi
1. Dapat perintah terengganu sepenggal
2. Dapat perintah Perak 2 tahun
3. Dapat perintah kedah sepenggal
4. Dapat keluarkan mat sabu and geng drpd pas
5. Boleh memaki
6. Memecahkan pakatan rakyat
7. Berkawan dgn umnobn
8. Banyak dapat....? Hehehe

Tun Perak said...

Go husam go....hanye 3melayu di malaysia yg layak jadi PM. 1. DS ANWAR IBRAHIM. 2. DS NIZAR JAMALUDDIN 3. DP HUSAM MUSA. sekarang yg paling berpengaruh untuk org melayu DP Husam.ketiga2 tokoh melayu ini dapat diterima oleh semua kaum.

Anonymous said...

Seperti kisah Rasulullah saw ketika kewajarannya yang menyebut berulangkali.. Umatku. Umatku. Umatku. Tanda kasihnya kepada umatnya.
Begitu terasa kasihnya Baginda pada kita.

Ya Allah ketemukan lah aku dengan kekasih Mu. ..

Anonymous said...

sebenarnya jika para pendukung perjuangan arwah tgna blh faham akan maksud disebalik kata2 arwah tentang husam ni pastinya mereka tidak akan buat mcm ini terhadap husam..... sepatutnya kerusi mb kelantan tu husam la yg akan duduk cuma malangnya para walaunta ini buat2 buta dan bodoh tidak faham dgn isyarat arwah tgna...

Anonymous said...

Ok.

Nak tahu siapa yang jahil, buat debat lah.

Tenguk yang mana satu yang paling hampir pada kebenaran.

Banyak perkara mengenai Islam yang boleh di perkatakan seperti pengkhianatan, penipuan mengenai pembalakan, RM90 juta yang dijanjikan untuk kemuka saman, kemunafikan dengan banyak buat U-turn, ponteng kerja dan goyang kaki melihat kezaliman...

Anonymous said...

Boss.. bab hadith yang Rasulullah sebut umatku umatku umatku tu hadith palsu. Aku dah check.

pak maun said...

Ini hadis palsu

Alhusseyn Alhusseyn said...

Hadis yang menyatakan ayat terakhir nabi sebelum meninggal, nabi menyebut Ummati, Ummati, Ummati itu adalah lemah.

Hadis yang sahih seperti riwayat Aisyah, isteri nabi, sebab nabi meninggal di pangkuan Aisyah, bermaksud Aisyah yang paling dekat dengan nabi..hadis yang sahih adalah spt di bawah :

Berkata Aisyah r.a: Adalah akhir kalimah yang diucapkan oleh Nabi s.a.w ialah “Allahumma Rafiqul A’laa” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Ahzaab 33: 56]

Anonymous said...

Terima kasih kepada saudara-saudara ku kerana memperbetulkan apa yang aku ketahui selama ini. Bertahun. Terima kasih Tuan AlHusseyn.

Semoga kita diberkati Allah.

Dan maafkan saya atas kelemahan saya.

Anon 04 Sep 10.15 am

Dr Nik-On X-Ray said...

Almarhum Tok Guru Nik Aziz tetap di dalam hati kami walaupun dah bersama Amanah sebab yang nampak ISTIQAMAH MELAWAN UMNO adalah Amanah, bukan geng Hj Hadi yang lebih lunak dgn Najib walaupun rakyat terus dihimpit polisi melampau Najib. Pesanan utk geng Hj Hadi...kami beri mandat kepada kalian untuk melawan UMNO. Samada kalian terima RM90 juta atau tidak, biar AlLah SWT yang tunjukkan.

Anonymous said...

Ini baru tabayyun

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...