GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, September 04, 2016

Dedah pembohongan Ust Nassarudin Daud, Exco Kelantan

Selepas tukar bendera,sekarang di cat warna oren..
  Apabila pas pecat Dato Husam dari parti lamanya, Husam pun ambil semula bangunan yang gah dan cantik yang selama ini Husam beri PAS guna buat pejabat bertahun-tahun lamanya...

  Bendera Amanah dinaikan menggantikan bendera parti lama.Bangunannya dicat warna oren, iaitu warna Amanah menggantikan yang hijau...

 Tetiba lebai Pas yang tak tahu kenang jasa yang selama ini menumpang percuma di bangunan tersebut memfitnah bahawa Husam merompak bangunan PAS? Memang melampau dan tidak senonoh sunggoh!

  Ustaz Nassarudin Hj Daud, Adun Meranti yang merupakan exco kanan Kelantan telah mendakwa bahawa tanah Pusat Khidmat Adun Salor, Kubang Krian, Kelantan itu adalah milik Pas.

   Menurut Nassarudin, tanah yang asalnya milik kerajaan itu kemudiannya diserahkan menjadi Pejabat Dun yang diwakili Dato Husam Musa.

  Menyangkal dakwaan tersebut, En Ibrahim bin Sulaiman (gambar) anak saudara kepada Pn Minah, pemilik asal tanah pejabat Dun Salor itu,  telah menjelaskan status tanah tersebut dengan terperinci dengan mengemukakan salinan Geran Pemilik Asal dan Pemilik Terkini.

  Menurut maklumat, En Ibrahim yang ditemubual, bahawa pemilik asal tanah tersebut ialah Pn Minah binti Musa. Didaftarkan: Tahun 1960. Jadi Hak Milik: Tahun 1961

  Kemudian ianya menjadi milik kepada Pn Saripah binti Dollah pada tahun 1993. Puan Saripah ialah isteri kepada Dato' Rosli Ibrahim. Dato Rosli telah menyerahkan tanah tersebut kepada Dato Husam Musa untuk aktiviti beliau.

  Jadi jelas bahawa dakwaan Ust Nassarudin bahawa tanah tersebut kepunyaan Pas adalah bohong.

 Dan bahawa tanah tersebut adalah milik Kerajaan negeri yang kemudiannya diserah untuk dijadikan Pejabat Dun Salor sebagaimana dakwaannya juga adalah bohong.

  Tanah tersebut adalah milik persendirian yang telah diserah oleh tuan tanah tersebut  kepada Dato Husam Musa untuk aktiviti beliau.

   Ternyata apa yang Dato Husam Musa katakan bahawa bangunan tersebut adalah hak miliknya adalah benar.

 Ayuh kita sama-sama menyertai kebenaran dan jangan terus diselubungi dengan pembohongan dan kepalsuan. SERTAI AMANAH UNTUK BUAT PERUBAHAN.

Nota : Untuk salinan Geran Pemilik Asal dan Pemilik Terkini, sila klik di sini 
Comments
9 Comments

9 comments :

Jiwa Kacau said...

Betul betul sudah jiwa kacau pemimpin pis terutama di Kelantan.
Go Amanah Go. Teruskan kesinambungan kepimpinan Almarhum TGNA.

Ontahmano said...

Katanya parti islam, tapi ahlinya penuh dgn munafikun.

Ayah Man said...

PAS, UMNO Dan dedak tak dapat di pisahkan

Anonymous said...

Saman... biar berkecai badan kerana mulut yang membinasakan.

Anonymous said...

Seorang lelaki asnaf fakir miskin. Berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.

Anonymous said...

Rujuk pusat zakat boh

Timnajib Jomfikir said...

Alahai Nasarudin Daud dan walaunta2...
4 bulan Husam tunggu jawapan tentang pemecatan nya...kamu semua buat apa?
Tido ka....!

Setelah Husam masuk AMANAH...pandai pula kamu keluarkan suara busuk kamu tu..ya...!

Jangan pakailah serban, jubah tu...
Makin kotorlah !

anuariun zaidin said...

Nak buat dakwaan buat homework dulu...kan dah malu

Ir Anonymous said...

Islam versi PAN:

a. Doa
b. Sumpah

Selain di atas akan dianggap oleh PAN sebagai menjual agama..

Sebab itu kini harbi pun dapat merasai bahawa islam versi PAN memang selari dan sesuai sangat dgn kefahaman harbi itu sendiri tentang islam.. malah mungkin boleh mencapai sehingga ke tahap harbi sendiri pun merasakan bahawa mereka sudah islam; jika islam versi PAN inilah yg menjadi sandaran harbi..

Patutlah PAN amat marah pabila majoriti ahli PAS tak mahu mengikut jejak langkah mereka masuk PAN! Kerana PAN masih menyangka bahwa semua org perlu tunduk kpd harbi! Rupanya PAN tak perasan pun yg sebenarnya selama ini hanya PAN shj yg tunduk.. kih kih kih..

Sebab tu dalam PAN boleh:

a. Biarkan tonggang arak secara terang2an selagi mursyidul am PAN tidak bersuara

b. Perjuangkan hak2 pengamal LGBT selagi PAN masih dapat sokongan bukan islam

c. Perjuangkan hak2 pengamal murtad selagi PAN yg 'profesional' berpendapat mereka masih islam

d. Langgar sumpah asalkan org PAN sendiri yg langgar

e. Sapu harta wakaf jika PAN sendiri ada kepentingan

f. Buat ramalan tok nenek mereka jika sipolan tu masih hidup akan masuk PAN

g. Fitnah pihak lain berUG dgn UMNO tapi jika PAN dgn harbi tidak mengapa

h. Fitnah ada 10 ADUN akan lompat parti tapi jika tak jadi PAN hanya perlu buat muka bodoh je..

i. Membentak seorang mufti hanya kerana menyokong RUU tapi kalau harbi MENENTANG RUU tak mengapa kerana harbi adalah rujukan PAN dalam soal agama..?

Sekian seadanya kehidupan terkini sang pengkhianat!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...