JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, September 09, 2016

Hj Hadi : Jangan baca facebook!

     Sunyi sepilah dunia fesbuk lepas nih! Para wala'un sakalian enta jangan ada yang nak berani lawan cakap Tok Lobai korang aaa...

 Menurut Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan,  Hj Hadi melarang  ahli dan penyokong parti itu baca fesbuk! Kena sentiasa membaca al-Quran!
    
  Nasrudin berkata, Hj Hadi selepas mendengar laporan serta celotehnya mengenai sikap dan pendekatan PAS dalam pelbagai isu, ia hanya mengulas dengan sepatah ayat: 

"Anta (kamu) baca al-Quran, jangan baca Facebook."

 Bagaimanapun untuk makluman Nasrudin menyatakan kisah dan nasihat berkenaan melalui Facebook, lapor ortal berita malaysiakini secara sinis!

 Nasrudin juga kata, sewaktu usrah ahli jawatankuasa pusat parti, seminggu selepas itu, ahli usrah lain turut membangkitkan perkara serupa, betapa Facebooker dan pengamal media sosial lain sebahagiannya mengecam PAS bertali arus dan mereka mahu mendapatkan respons balas dari Tuan Guru Presiden.

  Menurut laporan itu, Nasrudin menulis bahawa  Hj Hadi menegaskan :  
"Baca al-Quran! Al-Quran tidak ada akaun palsu. Al-Quran adalah benar! Al-Quran adalah kalamullah. Al-Quran adalah mukjizat Nabi SAW. Al-Quran adalah petunjuk dan pedoman hidup kita di dunia ini untuk sampai ke akhirat dengan selamat.

"Baca al-Quran! Jangan baca Facebook saja!"
 Kenyataan itu turut dimuat naik dalam portal Harakahdaily diiringi gambar Abdul Hadi (atas) sedang menatap komputer riba.
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Husam sibaju merah petak2 pan amik kahkahkah...rasuah nk lepas burung kahkahkah...tanya mso siapa husam kahkahkah...pas dah knal siapa husam...kaki sembang husam ni

Anonymous said...

Rosyam Noor berjalan kaki berkilometer tu pun baca jugak fesbook!

Fesbook dan lain-lain medium adalah merupakan senjata untuk zaman ini. Deash pun menggunakannya untuk menyebarkan fahaman mereka.

Dalam peperangan antara Islam dengan musuh pun, panglima Islam memikirkan strategi yang sesuai.

Hj Hadi dah tak ada idea dan strategi untuk mempertahankan partinya.

Al Quran memimpin manusia menuju kebenaran dan jika dimanafaatkan keberkatan Al Quran, tak payah tanya Hj Hadi untuk minta respon balas Hj Hadi.

Samada kau orang yang goyah tak tahu apa nak buat atau kau orang nak letak kesalahan pada Hj Hadi di kemudian hari.

Anonymous said...

Tontowi al germany dgn hadi awe umpamo anak dgn bapak. Walak mutlak. Hihi. Adakah hadi amal quran? Atau baca saja. Arahan quran hanya kena pd org lain. Tidak kpd nye? Hadi lucu sangat. Hihi

Ahmad Kamal bin Ariffin said...

Husin, anda tidak jujur dalam menulis. Kalau marah pun, jujurlah sikit. Ulasan anda, Anda tinggalkan perkataan saja. Kata2 uztaz hadi tu tidak ada salahnya. Maksudnya, jangan baca facebook saja, baca quran juga. Nasihat umum. Nak bangkang boleh husin ooi. Tetapi jangan semuanya nak bangkang.

AIMAN said...

Husin, kamu ni marah sangat kepada ustaz hadi ni mengapa? Perkara betul pun salah. Kalu kamu baca elok2, kenyataan tu adalah ingatan ustaz hadi kepada ahli usrah dan u. Nasaruddin. Audien yang spesifik. Saya rasa sama macam nasihat guru kepada murid. Baca baik2

Ir Anonymous said...

Sebab itulah kami memang bersyukur bila dapat menendang keluar G18 dari PAS kerana mempunyai kefahaman yg berbeza dgn PAS..

Bila PAS putuskan hubungan dgn DAP, PAN faham putuskan hubungan dgn masyarakat cina secara total sdgkan selain DAP ramai lagi org cina di luar sana.

Begitu juga bila Presiden kata baca quran; PAN faham amalan wajib spt solat dan haji sudah tak wajib dilakukan!

Juga bila Presiden kata jangan baca facebook lagi; PAN faham sudah tak boleh baca facebook sampai bila2 hatta tgk laptop pun dah tak boleh.

Syukurlah kami berjaya melaksanakan tugas kami menyingkirkan G18 dulu..

Ahmad Kamal bin Ariffin said...

Ir anonymous, tulisan anda tiada kaitan dgn isu yang dibangkitkan. Emosi, dah berjaya melaksana tugas...tidak membantu PAS walaupun sedikit. IMEJ PAS dah tercalar. Tidak ada orang islam yang waras akan kata amalan wajib seperti solat dan haji sudah tak wajib dilakukan. Tulislah elok2 sikit.

Aina Safia Saluddin said...

Celaan org mencela

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...