GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, September 09, 2016

Inikah sikap dan akhlak terpuji yang Pas perjuangkan?

 Siapa yang biadap?
  Harakah, akhbar resmi Pas, telah memuat naik tajuk besar dimuka depan akhbar itu : PAN JANGAN BIADAB.

  Sebelum ini Hj Hadi dilaporkan sebagai berkata, "Baca Qur'an, jangan baca fesbuk"

   Saranan Hj Hadi itu memang ada kebenarannya. Hj Hadi kena ingatkan anak-anak buahnya sebagai ummat Islam kita semua kena mengamalkan apa yang al-Quran sebutkan.

Dalam Surah Al-Hujurat disebutkan tentang tata cara pergaulan, termasuk dalam berkata-kata.

 “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah Al Hujuraat : 11)

 Allah SWT melarang kita untuk menghina orang lain yakni dengan meremehkan dan mengolok-olok. Apakah pengikut tegar Hj Hadi ini tidak beriman dengan ayat al-Hujuraat di atas itu?

   Sikap Harakah  memuat naik gelaran yang mengandungi ejekan tersebut juga pernah dilakukan ketika PRK Kuala Kangsar berlangsung dengan tajuk besar di muka depan : PAN SELAMATKAN UMNO


  Jadinya ini merupakan siaran ulangan. Saya merasakan Parti Amanah Negara perlu menghantar surat bantahan resmi kepada Pas mengenainya. Jangan biarkan nama Amanah dipermain-mainkan oleh musuh. Musim mengundi nanti, rakyat terutamanya dikampung-kampung akan jadi keliru : PAN atau AMANAH?

 Saya pernah nasihatkan Ust Idris Ahmad supaya bertaubat dengan mengingatkannya kepada perintah Allah yang terkandung dalam surat al-Hujuraan ayat 11. Sila baca entri saya terdahulu di sini

  Jelas bahawa Ust Idris Ahmad yang menjaga Harakah ini masih belum mahu bertaubat dan terus mengingkari perintah Allah tersebut! Apa jenis Ustaz kalau macam ini kelakunya? Sajer nak tanya... kalau-kalau ada yang boleh tolong beri penjelasan mengenai sikap degil Derih nih!

 Harakah sebagai akhbar rasmi sebuah parti yang mengaku kononnya memperjuangkan Islam, sepatutnya menunjukan sikap dan akhlak Islam yang terpuji.

   Sikap Harakah ini turut ditempelak oleh beberapa fesbuker :


Djroy Live Stream :  "Akronim yg diluluskan dibawah akta pertubuhan 1966 dibawah seksyen 11 bagi Parti Amanah Negara telah ditetapkan sebagai #AMANAH dan bukannya #PAN. Diharap editor harakah lebih peka dan lebih cerdik dan faham akronim yg diluluskan oleh ROS."


Rizal Adnan : Hai, takkanlah parti Islam pun tak reti-reti lagi bab macam ni....ka terlupa habih dah ilmu penggajian Islam tu semua.

Rosudin Kassim : HARAKAH JANGAN BIADAP.

Mohd Bashah :Kasi ketuk sikit harakah tu , nampak macam biadap sangat dah tu .

Persatuan Belia Soleh : Harakah !!!Jangan BIADAB

Hadi Fahmiez : Bila lidah parti biadab dan kurang ajar, pengikut makin berani biadab

   Saya juga bersetuju agar Hj Hadi dapat mengubah kenyataannya itu sebagaimana status yang dinaikan fesbuker Ust Miqdad Zakaria :



Baca Al-Quran dan jangan memaki hamun.. Pesanan Nelayan Laut Dalam.
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Sekiranya Mahathir dan Muhyiddin berdegil mengguna nama BERSATU pasti ROS akan kenakan tindakan..

Anonymous said...

Pas merasa dia sgt suci hingga apa yg dipelajari drpd alquran, segala keburukan terkena pd org lain sj dan tidak pd dia. Jd org lainlah yg biadab, dia tidak. Org lain munafik, jebon, jahil dsb tp dia tidak. Cermin diri la dulu, tgk akhlak presideng dulu. Knp non Muslim sgt tertarik dgn akhlak TGNA tp tidak dgn presideng skrg?

Anonymous said...

Samanlah harakah tu bro bila lagi nk tunjuk kita ni jantan ada maruah jgn biar cacing naik ke mata kalo pemimpin amanah ada telur sila saman harakah tu usin sila pesan dkt pemimpin atas tu jgn berani kata saja sila saman kalo tak berani simpan telur tu bg kucing mkn !!!

Lelaki Dicermin said...

Kalau tak salah turutan peristiwanya begini. dr mujahid tu komen pasal mufti wilayah persekutuan menyuruh semua MP islam menyokong akta 355. Kami MP tak tgk lagi usul yg nak di bahas di perlimen tu.. takkan nak sokong.. esoknya MP temerloh bg buku cadangan akta 355 yg nak di bahas ke tangan mufti wilayah persekutuan.. nampak dr turutan nya.. mufti senyum je menerima buku tu.. tanpa malu2.maksud dia berckp pasal akta 355 tu.. tanpa tahu isi kandung.. sungguh pandai permainan parti pas ni.. suruh mufti keluarkan kenyataan.. akibatnya.. kita pandang rendah kenyataan mufti itu.

Anonymous said...

Harakah wajar disaman kerana memberikan maklumat yang mengelirukan kepada masyarakat tentang akronim sesebuah parti politik.

Anonymous said...

Inilah islam cara pas..boleh fitnah org..boleh ckp bohong..boleh caci maki..boleh balun duit juta2..x haram..

Anonymous said...

Harakah dah jadi akhbar bodoh.hanya org bodoh yg baca Harakah

Anonymous said...

Harakah mungkin sudah dapat KARUNG 90 JUTA ter paksa ikut perangai UTUSEX dan BERITA BINGAI

Biasa lah

Orang Orang PAS semua miskin tak pernah dapat DUIT tu sebab jadi BIOL

Bodoh tu standard pemikiran PAS

Perlu maafkan mereka ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...