GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, September 28, 2016

JANGAN MELAMPAU DALAM BERAGAMA – JAUHI FAHAMAN TAKFIRI

YB Dato Abdul Malik Kassim 
 Pelampau agama bukan sahaja bermaksud pengganas bersenjata yang menyalahgunakan nama Islam, tetapi juga boleh terdiri daripada mereka yang mengtakfiri sesama Muslim.

 Fahaman serong itu cukup bahaya, sebab ia jauh menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Padahal, Islam adalah Rahmat Seluruh Alam. Islam adalah agama dakwah yang menasihati secara hikmah. 

 Kenyataan biadap, buat kesekian kali oleh YDP PAS Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim yang sebelum ini menfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang, kali ini ditujukan pula kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah dalam isu RUU 355, sepertimana sedang diviralkan dalam media sosial, jelas mempunyai ciri-ciri takfiri. 

 Saya petik sedutan ucapan beliau tersebut :
[ https://www.youtube.com/watch?v=0_VRozj8iM0
 Kak Wan, Kak Wan kena angkat tangan. Kalau Kak Wan tak angat tangan boleh menyebabkan jatuh iman. Kalau ditakdirkan lepas tak angkat tangan itu mati … kami tanam (di) jirat ( tanah perkuburan bukan Islam).
 Beliau seolah-olah menjatuhkan hukum kafir kepada Presiden Keadilan itu, sekiranya Dr Wan Azizah tidak menyokong RUU 355. Siapa beliau, yang layak menjatuhkan hukum sedemikian rupa ? 

 Para agamawan Islam, khususnya pemimpin tertinggi PAS perlu menasihati pemimpin tersebut, agar tidak sewenang-wenangnya menghukum sesama muslim. Fahaman takfiri itu, seperti mengulangi fahaman kafir mengkafir, solat dua imam dan seumpamanya yang pernah berlaku sekitar tahun 70-an dan 80-an dulu. 

 Sepertimana kita sedia maklum, draf pindaan RUU 355, belum lagi dibentangkan secara jelas di Parlimen dan pastinya memerlukan penelitian dan pertimbangan setiap Ahli Parlimen sebelum menyatakan sebarang pendirian. Sepertimana dimaklumkan RUU 355 bukannya hukum hudud, dan ia belum lagi dibahaskan. 

 Sebagai rekod, pada Jun lalu, individu ini jugalah yang telah menfitnah kerajaan negeri, kononnya azan tidak boleh dilaungkan di Pulau Pinang sepertimana yang diucapkannya dalam tazkirah Ramadan di Padang Serai. Padahal, beliau selalu mendengar laungan azan di masjid, ketika mengadakan kuliah agama di negeri ini. 

 Dalam Al-Quran jelas menerangkan bahawa fitnah itu lebih besar bahayanya dari membunuh. Malah, Imam Ath-Thabari menjelaskan fitnah adalah perbuatan syirik, sehingga dikatakan syirik lebih besar dosanya dari membunuh. 

Bagaimanapun, pada 23 Jun lalu, beliau telah memohon maaf secara terbuka dan permohonan maaf itu telah diterima oleh kerajaan negeri. 

 Bayangkan, selepas menfitnah kerajaan negeri, Allah mencabut nyawanya sebelum beliau sempat memohon maaf…. ! 

 Justeru, saya memberi amaran keras kepada beliau kerana ini merupakan insiden kali kedua selepas memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghalang laungan azan di negeri ini pada bulan Jun lalu.' 

 Shaharudin perlu memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Seri Dr Wan Azizah di atas ketelanjuran beliau itu.

  Bersederhanalah, jangan melampau dalam beragama!

YB DATO’ ABDUL MALIK KASSIM
EXCO HAL EHWAL AGAMA P.PINANG 2
8 SEPTEMBER 2016~ sumber
Comments
5 Comments

5 comments :

Mat Safian said...

Ustaz camni biasanya takut berdebat, cuba mana2 pimpinan Ph ajak dia berdebat pasal RUU355, mesti dia lari punya..

Anonymous said...

Golongan yang menganggap diri mereka suci bagai rahib...

Anonymous said...

Hukum kafir akan kembali kepadanya bila ajar ajaran sesat

Anonymous said...

Kesian.. dia ingat ucapan itu hanya utk sedapkan hati jemaah surau.. zaman ini mana dapat nafi, cctv ada, camera hp ada, semua boleh rakam. Kalau zaman 70an dia boleh nafi bahkan muka ni bersumpah dgn nama tuhan pun berani. Sekarang dsh kantoi..kenalah mengaku.
Hati-hati bro.. TQ Ancient Mariner

652203 4423143 said...

Bab kafir mengkafir ni dulu popular,Haru biru masa tu,sampai ada yang terbontang!!!.Sekarang ni nak mula balik dah.kisah 45 tahun dulu markas PAS bergantungan gambar pemimpin Iran.konon nya Iran model negara Islam, dan syiah suka mengkafir jadi elok lah buang perangai macam syiah ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...