GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, September 05, 2016

Mahathir sokong Anwar : Pertanda burok bagi Najib dan Pemakan Dedaknya

DSAI kelihatan gembira dan ceria ketika bersalaman dengan Tun M
di Mahkamah pagi tadi 
  Tun M buat kejutan hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

   Walaupun agak terlalu awal untuk meramalkan sesuatu berikutan pertemuan tersebut, namun ianya dilihat sebagai satu pertanda baik bagi merintis jalan bagi mereka berdua kembali akrab berganding bahu dengan matlamat yang sama, bergabung tenaga untuk selamatkan Malaysia.

  Melihat kepada reaksi spontan DSAI ketika dersalaman dengan Tun M pagi tadi di Mahkamah, DSAI jelas kelihatan gembira dan ceria. Beliau tidak marah-marah ... jauh sekali memaki hamun...

  Itulah istimewanya insan bernama Anwar Ibrahim. Beliau bukan sembarangan insan seperti kebanyakan kita yang pendendam… DSA adalah insan yang berjiwa besar…

    Betapa DSAI dan keluarganya terpaksa mengharungi penderitaan yang amat getir selama ini semata-mata angkara durjana Tun M... Dia dipenjara… Dia kena tumbuk lebam biji mata…keadaan kesihatan tulang belakang yang kritikal…

 Tidak tergambar betapa tersiksanya DSAI meringkok dalam penjara hingga ke saat ini akibat kerja gila Tun M itu dulu.

  Adalah satu persoalan bodoh jika ada yang bertanya adakah mereka berdua ini sedang saling maaf bermaafan... sedangkan dia sendiri telah menyaksikan dengan kedua biji matanya dua tokoh yang 18 tahun yang lalu tidak pernah kita bayangkan akan bertemu dan bersalaman mesra seperti mana pagi ini di mahkamah. Salam bersalaman bagi adat budaya orang Melayu adalah tanda maaf bermaafan. Apa perlunya nak ditanya?

  Kalau DSAI boleh memaafkan Tun… kalau DSAI tidak berdendam kepada Tun M… maka siapalah pula kita maka masih nak marah dan nak berdendam pulak?

  Almarhum Ust Fadzil Nor pernah berdoa agar Allah panjangkan umur Tun M untuk melihat segala apa yang telah dilakukannya…. 

 Doa Almarhum kini nampaknya mula termakbul...semoga Tun M telah sedar akan kesilapan lalu dan kembali membetulkan keadaan bersama Dato Seri Anwar Ibrahim.

 Walaupun ramai yang masih marah-marahkan Tun M… Tapi tidak kurang juga yang merasa terharu bila melihat gambar Tun M bersama DSAI di mahkamah pagi tadi.

  Mereka yang patut marah-marah dan gelisah apabila Tun M berbaik semula dengan DSAI ialah PM Najib, Hj Hadi, Haron Din dan mereka pemakan dedak dan pengampu Najib.

 Semoga kita semua dapat melihat diakhir hayat Tun M akan bersama kita memperjuangkan nasib rakyat. 
Comments
3 Comments

3 comments :

Timnajib Jomfikir said...

Sebagai umat islam kita wajib berpegang dan percaya dengan senjata umat islam...iaitu, Doa. Memohon pertolongan kepada Allah SWT. Setelah berusaha dan bertawakal...Doalah harapan terakhir umat islam.

Almarhum Ust Fadzil Nor telah membuktikannya. Dosa Tun M dahulu kepada rakyat Malaysia, biarlah Tun M menjawabnya nanti di depan Allah SWT. Skrg ni...fokus utama kita..adalah berganding tenaga untuk menumbangkan rejim yang sangat zalim dibawah pimpinan Najib Tun Razak dan pemakan dedaknya.

#TumbangkanUMNOBN
#SelamatkanMalaysia


pak lang zain said...

We pray for everyone's good ending, where good people prevail over the criminals

Anonymous said...



Siratol MUSTAKIM...Lurus Ber CAHAYA
Menyuloh Segala...Makna dan ERTI
Menyuloh EGO-Iblis...sang Licik Pen Dusta
Menyuloh FITNAH...sang Rasuah PENCURI
Menuyuloh Bakun...PKFZ IPP n Perwaja
Menyuloh Se Terang7nya...sang "niat" di HATI



"niat" yg SUCI...TAK Pentingkan DIRI
"niat" yg sePENUH7nya Luhur...Kudus dan MURNI
"niat" yg Memancarkan...AMANAH Integrity
"niat" yg sePASRAH7nya...Ke Hadrat ILAHI
"niat" yg TAK Hingin lg...FITNAH Men CURI
Biarpun Apa HUKUMAN...Menimpa DIRI
Biarpun Di PENJARA...Sehingga "kau" MATI
Relakan Di KUTUK...Di Cerca Di MAKI

Di Sana "kau" Temukan...CINTA Abadi
CINTA Sejati...Yg Sentiasa Kaseh Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI...Sbg Entiti FITRAH Syurgawi
Kaseh Mem-BERI...INSPIRASI "mu" yg Ter INDAH Skali
Yg Mem Bawa "kau" TERBANG...Nun Jauh dan TINGGI


Tun M...Moga2 "kau" Melintasi Bingkisan ku ini
Kembali Ke FITRAH "mu" yg SUCI Azali..

DEWASA kan lah Diri...BUKANnya Budak2 yg HINGUSAN lagi..

Budak2 HINGUSAN...Yg Suka Mnipu Diri Sndiri..









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...