GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, September 07, 2016

Pemuda Amanah sokong Anwar dan Mahathir menentang kleptokrasi

 Lihatlah kehadiran Tun Mahathir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bagi menyatakan sokongan kepada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai titik tolak kepada penyatuan rakyat menolak kekejaman rejim Umo-BN pimpinan Najib Razak.

 Itu pendapat Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil ketika pertemuan bersejarah kedua-dua tokoh berkenaan selepas 18 tahun yang mengundang pro dan kontra rakyat Malaysia.

 Menurutnya, rakyat harus mencontohi jiwa besar mereka memandangkan Mahathir telah menunjukan sokongan secara terbuka dalam menolak pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

 “Akta MKN adalah akta zalim yang mencabul kebebasan rakyat dan keluhuran perlembagaan. Justeru, kebersamaan Anwar dan Mahathir dalam penentangan akta ini menjadi contoh teladan bahawa rakyat perlu bersatu menentang kezaliman melangkaui sempadan ideologi politik,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

  Beliau berkata, pertemuan kedua-dua negarawan itu yang disulami senyuman dan berjabat tangan adalah satu isyarat jelas kepada rakyat bahawa mereka merupakan pemimpin berjiwa besar yang sanggup bersama-sama meletakkan kepentingan rakyat mengatasi sengketa.

 “Perjuangan reformasi yang dipimpin Anwar pasti akan lebih bersemarak, inklusif dan ekstensif dengan sokongan bekas dan ahli Umno termasuk Tun Mahathir.

 “Rakyat terutama anak muda harus bersama dengan gerakan menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi (pemerintahan oleh pencuri) Najib Razak,” jelasnya.

 Tambah Faiz, usaha untuk menyelamatkan negara tercinta ini bukan lagi pilihan sebaliknya satu kewajipan.

  Sehubungan itu, Pemuda Amanah, ujarnya lagi, akan terus berjuang bersama Pakatan Harapan menggerakkan massa bagi mencapai matlamat suci ini demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.

  Semalam, Mahathir sempat bertemu Anwar sebelum mahkamah bersidang dan mereka kelihatan berpelukan seketika serta bersalaman sebelum beransur ke bilik saksi selama 30 minit ~ sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

Timnajib Jomfikir said...

Ayuh anak muda....kamulah bakal pemimpin masa depan...gerak kan dari sekarang!

Anonymous said...

Demokrasi tolak reformasi jadilah kleptokrasi(Mahathir-Anwar=Najib)

Anonymous said...

Ada sekor anak muda Amamah tu plak pepandai keluar statement perli mahathir..kan dah kena bantai..elok fikir dulu sebelum buat,jgn emosi.mcm faiz fadzil ni ok cool je.respek lu bro..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...