GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, September 09, 2016

PINDAAN AKTA 355 : BERBEZA PANDANGAN BUKAN BIADAB

1. Usul MP Marang tentang pindaan Akta 355 belum pun diperincikan. Semua MP sama ada Pas atau bukan belum menyatakan pendirian sah mereka terhadap cadangan pindaan akta itu. Sokongan atau bangkangan di luar parlimen tidak diambil kira.

2. Apabila Mufti WP memberi pendapatnya dalam Bayan Linnas dan pendapat itu disanggah oleh MP Parit Buntar, itu tidak boleh dianggap biadab. Berbeza pandangan bukan suatu kebiadaban tetapi ia adalah proses pemantapan ilmu dan kefahaman.

 3. Mufti boleh memberi pandangan bahkan mencadangkan pindaan itu disokong. Itu haknya. Sementara MP pula berhak menyanggah pandangan itu. Apatah lagi MP adalah orang yang terllibat secara langsung dengan proses pindaan itu.

 4. Mewajibkan sokongan kepada suatu usul yang belum jelas perinciannya adalah suatu tindakan tergesa-gesa. Hukum terhadap sesuatu perkara adalah cabang daripada tasawwur tentang perkara itu. Bagaimana sesuatu perkara boleh dihukum wajib disokong padahal butiran tentang perkara itu belum jelas dan belum diperincikan?

5. Bagi saya, label biadab yang diberikan oleh Harakah kepada MP Parit Buntar adalah tindakan di luar batas disiplin dan akhlak berbeza pandangan. Jika MP Parit Buntar di label biadab, adakah Mufti Perlis juga biadab apabila beliau juga agak kritikal terhadap pendirian Mufti WP itu dalam isu ini?

 6. Saya harap Harakah lebih profesional dan beretika pada masa yang akan datang dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian.

 Bekas Pembaca Harakah
 9 Sept 2016 ~   Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Harakah dah sama standard dengan Utusan.

Anonymous said...

Aku dh lama tk beli HARAKAH. Baca secara online pun tidak! Dalam bookmark handphone pun dah didelete. Malas nak baca info sampah!

Lebih teruk dari utusan. Utusan tu bohong2 pun takde le guna agama utk dpt sokongan politik..!!!

Anonymous said...

Pas dan harakah sudah dianggap rakyat sebagai tong tahi saja..sebelum ni umno digelar tong tahi tapi sekarang pas ambilalih sbg tong tahi..pas kan ganti umno sbg tong tahi baru.

Ir Anonymous said...

Bekas pembaca harakah yg tahu apa berita yg harakah lapurkan!

Anonymous said...

Bentang dahulu. Kami pun kurang jelas berkenaan RUU 355

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...